[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..


Esok nak balik asrama~
Hari ni Perjanjian PLKN dh tamat!! Keputusannya:~
#Wirawati Nor Aini Aslah (kesempurnaan pelaksanaan projek: 80%)
#Wirawati Fatin Iliyana (kesempurnaan pelaksanaan projek: 40%)
Catatan: Wirawati Fatin nmpknya telah melanggar syarat perjanjian yg utama iaitu ON9 LEBIH MASA.. (tak saba rsenye nk dpt ROKA~)
Sebenarnya aku nk post psl biodata FAMILY SMAPK aku.. tp malas r plak..xde smgt.. len kali je la ye~

Ok la, kembali kepada tajuk utama, msti r ada antara korang yg berat jari nk g kat page iluvislam kn?? Oleh itu, ada satu cite aku nk share yg dipetik drpd laman web trsebut...Tajuknya, PISANG DAN HATI~
Camni citenye..

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. "Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa."Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk."Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam. Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

>>Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati. Sedangkan Allah subhanahuwata'ala Yang Maha Kuat pun rasa malu kalau tak maafkan hambaNya yg sungguh2 minta keampunan drpdNya, kita Yang Maha Lemah ni nak wat muka tak malu lak jeling2 org yg kite tak suke.. patut ke? Pape pon, sume nih sbg renungan utk semua org..

Yang baik tu dtg drpd Allah, yang buruk pun dtg drpd Allah, disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri..
______________________________________________

0 KOMENTAR:

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini