[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Ni ada satu cite nk share.. Hayatilah ye..

Dari catatan seorang teman...

Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan
runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap.
Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba
dapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga..!

Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya
ceritakan perkara yang saya alami.

"Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,"katanya.

Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji
sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana
saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa
memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam
diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang
saya alami itu.

Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah
Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?"

"Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini."
Emak menjawab.

Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih
menjawab,"Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati
lagi. Malam itu saya munajat dengan Tuhan minta Allah tunjukkan jalan
kebenaran.

Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengadap mama sekali lagi.
Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya
genggam erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali
lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri
tahu sabri ada buat salah, tapi mama tak nak bagitau." Airmata
sudah membasahi pipi. "Tak ada apa-apa" Tingkah mama
semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi
terdiam kembali.

Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susah nak lupakan
dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka.
Kadang-kadang ketika membasuh pinggan, mama boleh menangis
tersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih
berbekas hingga sekarang."

Saya terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu inagt arwah ayah
meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen
ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat
tak?" Mama mula menangis. Saya tunduk.

"Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh
Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri
bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya
hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta
Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama
nak sambung belajar juga.Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri
belajar dalam hati yang penuh terpaksa."

Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan
ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri tetap
berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai
anak derhaka!" Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di
pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri.
Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama
luahkan. Mama harap mama dapat mengadap Tuhan dengan hati yang
tenang."

Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk
ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya
terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali
tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah.

Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga
dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana
ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yang terlibat dalam
program motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada
peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya
harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan
didunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi,
saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia
40-an. "Ën Sabri, bulan depan telefon saya." Saya
kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan
lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang ke kampung.

Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon."Ën Sabri
terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari.
Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya." Suara lelaki itu
seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut
ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung
menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak
juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai

di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan
kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam
tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaf di atas
segala silapnya selama ini.

"Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf
bersunguh-sungguh.
Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa
kamu
yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam
rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak
rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang
mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan
air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata 'órang
tua bodoh. Tak ada otak."

Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang
berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu
kotor lalu si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok dan lipat.
Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja,
malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya.
Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei,
orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!"
Akhirnya dosa si anak diampunkan.

Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa
disebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin
ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat
tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah
hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita.
Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.

"Sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya,
sombong dengan perkataannya. " An-Nisa':36

****
AMBIL IKTIBAR DAN PEDOMAN DR CERITA DIATAS.... SESUNGGUHNYA SYURGA DI
BAWAH TELAPAK KAKI IBU.... RASA INSAF BILA MENGHAYATINYA DAN
BERSYUKUR PADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI IBU DAN BAPA.

0 KOMENTAR:

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini