Takleh jadik nih. Sume orang dok post kat blog masing2 pasal thn baru. Aku tak tulih pape agi pasal new year ni. Diorang ada yang siap tulis azam, impian & bla bla bla. Fuh~ Tercabar sungguh rasanya.
Tiap2 tahun asyik azam yg sama je.. nak jadi rajin, nak jadi baik, nak jadi comel, nak jadi bos & semua2 yg sewaktu dengannya ah. Aku penah gak berazam nak jadi rajin ni (masa aku 10 tahun), tapi azam tak azam sama je slim aku terhadap kerajinan nih.
Oklah,
Angan2 aku untuk tahun baru?
err....
Yg plg aku nak,
Cari pengalaman & kenangan banyak2 kat SMAP sbb 2010 thn last aku kat penjara homework tu! yeehaaa~
Pastu ape ekk?
Hmmmm
Aku target nak kumpul duit RM100+.. Tapi aku tak tau untuk apa aku kumpul ni. huh~
Then, aku nak jadi 'wall' yg mantap dlm team handball aku. insyaAllah..
Dah la. 3 sudah cukup. Tak nak buat harapan menggunung sangat. Nanti meletup aku gak yg hangus.
Eh2
Jap2
Nak buat pengakuan
Sebenarnya dari mula aku taip post kali ni, aku dok terfikir gak. Nak jadi rajin ke tak ah? Ke baik malas je? Terngiang-ngiang kat telinga aku pasal nasihat akak ngan abang aku supaya belajar je tyme sekolah lagi ni.
Fikir punya la fikir, walaupun aku rasa macam tak yakin je nak cakap, akhirnya aku buat keputusan untuk tambah satu lagi angan2 aku iaitu mewujudkan my own world record dgn menjadi rajin semaxima yg mungkin, yg tak pernah aku buat dlm hidup aku.. hehe (takut tak?)
Aku harap
angan2 aku nih jadi kenyataan
Sape2 yg baca ni kalau tgk aku macam hampir2 nak melanggar angan2 aku tu, cpt2 r bgnkn aku dari mimpi eh!