[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

On9 tido on9 tido, dah tahun 2010. Sekejap betul masa berlalu, itu le yg selalu org dok kata. Smlm baru aku sedar yg tahun depan aku SPM rupanya, nasib baik r ayah aku ingatkan. SPM. Sijil Pelajaran Malaysia. Tapi yg aku selalu praktikkan, Sentiasa Pejam Mata. Hati aku ni hari2 bertanya kat tuan dia, bila la nak jadi rajin ni. Kadang2 aku tergugat gak bila tgk roommate aku hari2 study, esp makhluk yg bernama Siti Nur Aisyah Mohd Nor. Tapi tergugat aku takde la teruk tahap dewa macam Hanan tergugat tgk berat badan aku. hehe

Malam tadi aku pergi driving range ngan bapak, kena berlatih sebab lagi 2 hari aku kena teman ayah aku main golf ngan kengkawan dia kat PD Golf Club. Rasa cam cuak pun ada, tapi nasib baik r aku pernah jumpa kawan bapakku tu. So rasa mcm dh biasa la jugak.
Semalam pun, ada orang tanya aku, apa kejadah driving range tuh? Meh sini aku nak perkenalkan.

Haa. Gambar kat atas tu la driving range namanya. Kat sini la orang berlatih nak kawal bola golf tu supaya pergi straight je, tak melencong ke mana2. Alah, senang cite kalau korang nak tau yg mana satu driving range tu, korang tgk je kat mana yg ada karpet rumput yg palsu, itula driving range namanya.

Malam tadi aku pergi tu yg kat Kinrara Golf Club. Aku rasa makin best plak main golf ni sebab malam tadi aku improve skit, baru tau taktik baru la katakan..
Semalam pun ada orang kata main golf ni tah pape tah, pukul2 bola pastu naik kereta pergi kejar bola tu. (agak2 aku terasa tak bila dia tanya camtu? huhu~)
Takpe2, itu pandangan orang, so kita takleh la nak kata pape. Mana leh bangkang pendapat org 100%, ye dakk?
Tapi pape pun, belum cuba, belum tahu.
Seriously, golf memang memenatkan.

Aku nak selitkan beberapa gambar aku pergi main golf, sblm gambar tu ghaib

Dua2 gambar kat atas ni masa aku kat Danau UKM


Yang ni plak masa aku pergi main kat Seri Menanti

*esok mlm kena gi driving range agi..*

5 KOMENTAR:

haha. teringin nak main golf . xpernah pegang kot kayu golf tu . :D
go go chaiyok !! :)

eh , next year SPM eh ? kte dah PMR ke ? HAHA

ni lgi expert drpd gue nih..
hapak pn tatau..podahhhh
PMR=Pehal Markah Rendah

HAHA . HAHAHAA . HAHAHAH . tak tahan . Pahal Markah Rendah ? errr.. arrr.. SPM ape pulak ?

kat atas tuh dh tulih arr
SPM=Sentiasa Pejam Mata

Haha! nak guna konsep tu jugak leh tak? Ahahaha..
Inche Aini Aslah, aku pun mcm tu jugak..
slalu tnye bila la nak jdi rajin nih..

n golf!
Ayah aku pun main golf! gila gold! wahahaha~

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini