[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Sekarang saya sedang mendengar Ustaz Nazri menerangkan hadis maudhu' kepada kami.

Ceyh. Ustaz tak bagi bukak web lain lagi sebenarnya. Aku ngan IZZATZAID je memandai-mandai.
Tapi kitorang ikut gak au apa yang ustaz suruh buat.

Izzat ada terjumpa satu laman web ni. Kalau korang berminat nak tau pasal Hadis Maudhu', silakanlah ke link ni

www.fiqh-sunnah.blogspot.com

Aku ngan izzat tengah geram sebenonya pasal pereka-pereka hadis ni. Gaduh ngan puak lain punya pasal, agama sanggup digadai. Na'uzubillah.

Antara hadis-hadis maudhu' yang aku baru tau:
#Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
#Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China.
#Tuntutlah ilmu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Beramallah seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.
>>Pastu aku tak ingat dah. Ada la dalam 10 lebih contoh yang ustaz bagi. Kalo korang nak tau lagi, tanya ah ustaz ustazah Quran Sunnah korang sendiri.

Ustaz aku kata, contoh hadis-hadis maudhu' yang aku tunjuk tadi hanya boleh diambil yang baiknya saja, cuma kita JANGAN PERCAYA YANG ITU ADALAH HADIS SAHIH.

Okeh. Tutup cerita pasal PQS.

Aku menyesal sebenarnya sebab tak mematerikan memori Anan tidur kat umah aku dalam blog nih. Percaya atau tidak, Nurul Hanan binti Khairunnaim telah bermalam di rumahku pada 15 Januari 2010. Pengalaman yang agak mengejutkan. Memang betullah kata beliau, aku tak sangka yang aku akan online farmville ditemani dia. huhu~ (Sori la kalau aku excited sangat. 1st tyme bawa balik kawan la katakan...)

Ok la, ustaz dah suruh stop dah ni. Dah nak waktu rehat sat agi. Babai
Selamat belajar!

*Bila la memori ni nak jadi realiti lagi sekali? huh~*

Salam 1SMAPK.


Semua krew sidang redaksi An-Nur 2009 kini hanya mampu menahan kesabaran & kesedihan mereka kerana pihak sekolah tidak mempunyai duit yang cukup untuk menanggung bayaran pencetakan majalah sekolah. Ketua Unit Sponsor An-Nur 2009 iaitu saudari Fatin Iliyana tidak mampu berkata apa-apa kerana mengikut perancangan beliau, kami bersepakat untuk menyinggahkan diri kami yg slim ini dari kedai ke kedai semata-mata untuk mencari dana. Namun, perancangan yang agak strategik itu terus dibatalkan kerana mengikut arahan pihak sekolah, Unit Sponsor tidak perlu melakukan demikian kerana PIBG akan menanggung semua bayaran untuk penerbitan majalah sekolah yg ditunggu-tunggu itu. Terima kasih atas tawaran anda yg berharga itu.

Bertitik tolak daripada kes tidak cukup wang ini, kami diarahkan untuk mengurangkan jumlah muka surat daripada 160 kepada 100 muka surat sahaja. Selain itu, muka surat yg berwarna juga perlu dikurangkan.

Salah seorang tulang belakang majalah An-Nur, saudara Amirulhazim menyatakan rasa kesalnya di blog beliau. Saudara Raja bertindak menenangkan beliau dengan menyatakan bahawa setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.
Ya, saya bersetuju dengan pendapat beliau.
Cuma sehingga kini, saya masih tetunggu-tunggu apakah hikmah disebalik pengiktirafan SMAPK sebagai sekolah kluster.

Harapan saya, tidak perlulah terlalu bangga dengan pencapaian yg kita peroleh.
Semoga An-Nur tahun ini dan tahun seterusnya dapat menerbitkan keluaran yg lebih baik dan bermutu, menunjukkan ciri-ciri SEKOLAH KLUSTER.

Sekian sahaja laporan daripada saya,
Majulah An-Nur untuk SMAPK kluster

*nampaknya karya PokDeng harus disingkirkan dengan segera!*

Huh~ gara2 aku dan adikku Fadhilah yg bakal menduduki peperiksaan besar tahun depan, bapaku Che Jaafar telah bersepakat dengan makku untuk mengetatkan peraturan penggunaan komputer. Kata beliau, sesiapa yang ingin menggunakan komputer, mereka perlulah meminta izin daripada makku, kemudian password akan diberi. (Daripada pemerhatian aku, gaya beliau semasa berkata-kata amat serius) Nampaknya, aku pun haruslah SERIUS semasa study.

Nasib baik la aku terperap kat asrama. So, takyah la aku dok tahan diri drpd godaan komputer yg sememangnya menetap kat bilik aku!

Adui.. tangan aku dah start dah lenguh2. Mak jari kanan aku pun melecet. Pinggang aku start pusing2. Bahu pun dah tak betul sangat dah. Ni semua gara2 golf. Tomorrow is the day! Rasa cuak tiba2 menyelubungi jiwaku. Ah! Persetan semua itu. Yang penting, aku rindu nak naik buggy~ yeehaa!

*ari ni ari last kat umah. esok gi PD. lusa pulang ke asrama! SPM2*

Smart tak gambar kat atas nih? huhu~ aku amik kat facebook ayah aku. Ni salah satu padang golf kat Thailand.

Mercun dah start dah meletup-letup kat bawah tu. Sambut new year la katakan. Kepada semua umat Islam, jom kita sama2 baca Yasin sempena tahun baru ni. Tambah pulak dengan hari Jumaat, insyaAllah dapat berkat..
Mak aku kata dlm pukul 1@2 ada gerhana bulan. Huh~ Aku dah lupa daa camne nak solat gerhana.

Pape pon, aku tak penah lupa birthday member aku yg sorang nih. Along a.k.a Wawa, SELAMAT HARI LAHIR. Semoga Allah memberkati hidup anda. Nak kenal dia? Ni je la gambar yg aku sempat jumpa

Lawa kan? hehe~ itu pasal la ada mamat sorang nih minat dia. Si Wawa nih mmg gila Twilight. huh~ Kadang2 sronok gak tgk dia excited ngn Robert Pattinson (camni ehh nama vampire tuh? aku men tibai je). Alah, kalau ikut nama gelaran yg aku bg dia, Rob Patin je laa

Tadi aku main golf kat driving range mcm shittun je. Penat gila owh hari ni. Lelah seluruh jiwa raga aku. Adomayaiii, esok petang kena pergi keluar lagi, pergi berlatih kat Bangi Golf Club. Malam tu pun ada gak. huh~ Camne la Tiger Woods leh tahan idup camnih. Esok kena packing pulak tuh, nnt pagi Sabtu nak bertolak pegi PD.

*aku dorm mana ah tahun depan?*

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini