[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Sekarang saya sedang mendengar Ustaz Nazri menerangkan hadis maudhu' kepada kami.

Ceyh. Ustaz tak bagi bukak web lain lagi sebenarnya. Aku ngan IZZATZAID je memandai-mandai.
Tapi kitorang ikut gak au apa yang ustaz suruh buat.

Izzat ada terjumpa satu laman web ni. Kalau korang berminat nak tau pasal Hadis Maudhu', silakanlah ke link ni

www.fiqh-sunnah.blogspot.com

Aku ngan izzat tengah geram sebenonya pasal pereka-pereka hadis ni. Gaduh ngan puak lain punya pasal, agama sanggup digadai. Na'uzubillah.

Antara hadis-hadis maudhu' yang aku baru tau:
#Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
#Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China.
#Tuntutlah ilmu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Beramallah seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.
>>Pastu aku tak ingat dah. Ada la dalam 10 lebih contoh yang ustaz bagi. Kalo korang nak tau lagi, tanya ah ustaz ustazah Quran Sunnah korang sendiri.

Ustaz aku kata, contoh hadis-hadis maudhu' yang aku tunjuk tadi hanya boleh diambil yang baiknya saja, cuma kita JANGAN PERCAYA YANG ITU ADALAH HADIS SAHIH.

Okeh. Tutup cerita pasal PQS.

Aku menyesal sebenarnya sebab tak mematerikan memori Anan tidur kat umah aku dalam blog nih. Percaya atau tidak, Nurul Hanan binti Khairunnaim telah bermalam di rumahku pada 15 Januari 2010. Pengalaman yang agak mengejutkan. Memang betullah kata beliau, aku tak sangka yang aku akan online farmville ditemani dia. huhu~ (Sori la kalau aku excited sangat. 1st tyme bawa balik kawan la katakan...)

Ok la, ustaz dah suruh stop dah ni. Dah nak waktu rehat sat agi. Babai
Selamat belajar!

*Bila la memori ni nak jadi realiti lagi sekali? huh~*

0 KOMENTAR:

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini