[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Salam 1SMAPK.


Semua krew sidang redaksi An-Nur 2009 kini hanya mampu menahan kesabaran & kesedihan mereka kerana pihak sekolah tidak mempunyai duit yang cukup untuk menanggung bayaran pencetakan majalah sekolah. Ketua Unit Sponsor An-Nur 2009 iaitu saudari Fatin Iliyana tidak mampu berkata apa-apa kerana mengikut perancangan beliau, kami bersepakat untuk menyinggahkan diri kami yg slim ini dari kedai ke kedai semata-mata untuk mencari dana. Namun, perancangan yang agak strategik itu terus dibatalkan kerana mengikut arahan pihak sekolah, Unit Sponsor tidak perlu melakukan demikian kerana PIBG akan menanggung semua bayaran untuk penerbitan majalah sekolah yg ditunggu-tunggu itu. Terima kasih atas tawaran anda yg berharga itu.

Bertitik tolak daripada kes tidak cukup wang ini, kami diarahkan untuk mengurangkan jumlah muka surat daripada 160 kepada 100 muka surat sahaja. Selain itu, muka surat yg berwarna juga perlu dikurangkan.

Salah seorang tulang belakang majalah An-Nur, saudara Amirulhazim menyatakan rasa kesalnya di blog beliau. Saudara Raja bertindak menenangkan beliau dengan menyatakan bahawa setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.
Ya, saya bersetuju dengan pendapat beliau.
Cuma sehingga kini, saya masih tetunggu-tunggu apakah hikmah disebalik pengiktirafan SMAPK sebagai sekolah kluster.

Harapan saya, tidak perlulah terlalu bangga dengan pencapaian yg kita peroleh.
Semoga An-Nur tahun ini dan tahun seterusnya dapat menerbitkan keluaran yg lebih baik dan bermutu, menunjukkan ciri-ciri SEKOLAH KLUSTER.

Sekian sahaja laporan daripada saya,
Majulah An-Nur untuk SMAPK kluster

*nampaknya karya PokDeng harus disingkirkan dengan segera!*

1 KOMENTAR:

aslah .. ahad mlm .. kte buat meeting . budak2 annur . k ?

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini