[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Apsal special?

Sebab hari ni hari Khamis malam Jumaat?
Betul.
Tapi sebab paling tepat ialah
-sebab hari ni hari lahir manusia paling agung kat dunia ni, iaitu Muhammad S.A.W.-


Mari sama2 kita berselawat ke atas baginda Rasulullah.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim)

Selamat Memanfaatkan Maulidur Rasul yang mulia ini.

[Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad]

aku tgh bosan.
dah tiga hari aku camni.
orang yang baca blog aku pun mesti dah bosan.
asyik2 sedih je mamat ni.

anan tengah busy ngan open house.
sampaikan aku call dia pun dapat voice mail je.
busy betul la suri rumah sorang tu.

hmmmm

dengan penuh kebosanan & tak berdaya,
aku sign in YM
yahhh!
izzatzaid ada.
tegur la dia kejap.
kebetulan dia tengah sedih lak pasal rumah hari tu.
dengar la luahan hati dia.
lama la jugak kitorang borak.
padahal sekarang tengah turn abang aku guna kom.
hehe

tapi aku rasa agak puas+lega
sebab dapat bercerita ngan someone.
izzat tengah sedih sebab hampir kehilangan kasih sayang kawan baik dia.
aku sedih gak, tapi adakah sebabnya sama dengan izzat zaid?
aku harap tak......



.....................................................................................................

Kalau dulu aku bangun pagi2 buta untuk online, aku akan tunggu dia online/ dia akan ada secara automatik.
Tapi sekarang, dia busy.
Aku boleh habiskan masa kat sini je.
blog.blog.blog.
Kalau tak selalunya aku bukak farmville.
Tapi cuti kali ni tiba2 farmville aku stuck, takleh bukak.

Semuanya tak boleh.
Aku sunyi.
Semua nak tinggalkan aku.
Apa aku nak buat sekarang?



dengar lagu - layan perasaan - baca2 blog orang


*sebenarnya dah lama aku menunggu post drpd izzatzaid. oit zaid! mana post hang? aku rindu nak dengar hang punya touching tuh!*

Aku tengah balas dendam+lepas geram!
Sebab tu aku publish post byk2!
Sbb abg aku ada kat umah!
He is the conquerer of this computer!!!!!!

ARGHHHHH!!!!
aku dah gila

aku tak tahan dah
penat mengharap

emosi aku tak stabil
aku dah start risau
otak aku serabut
kepala aku pening lagi
berdenyut-denyut
tak tentu hala
merepek
meraban



aku tension




lgi sehari >> bermula kembali dunia rushing. just wait for it



*i need someone to hug me........




who is this unlucky person?*

Takkan lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Puas kumengharapkan dirimu
Seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
Kau tempuhi penuh bahagia
Diriku mahu kau tahu
Pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
Seperti yang aku kenali dulu
Setiaku menantikan dirimu
Seperti setianya terhadap diriku

Tapi kumelepaskanmu
Melangkah namun tak berdaya
Terus kuterus menunggu
Cinta yang takkan pernah ada



MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com


*Lagu ni slow gila. Kalau dengar time sedih gila + rindu gila2 kat sumone = confirm nangis. Jangan pelik. Aku memang mudah touching kalo bab2 lagu ni.*


Hari nih family aku ajak pergi main boling daa.. rasa macam malas gila masa mula2 bapakku bagitau. Tapi aku ikut je laa.

Tiba2 bila sampai kat sana tuh, semangat aku nak main boling datang lak. Kebetulan aku main hari nih agak ok la berbanding sebelum2nya. First2 baling dah dapat strike dah. Cewah. Rasa cam poyo lak. Tapi kira ok la tu kan aku dapat nombo 3 drpd 6 org yg main.

1st- Ayah
2nd- Kak
3rd- GUA
4th- Mak
5th- Lah
6th- Abe
Ayah aku bayar untuk 2 game. Ranking kat atas nih aku amik yang 2nd game punya. Biar Abang aku rasa tergugat sikit. hehe
Tapi seriously, kali nih semua orang nampak macam menyerlah gila ah. Mana taknya, mak aku yang tak pernah2 dapat spare sepanjang hayat dia, tiba2 kali ni dapat 2 kali strike. Salut ah sama dia!

Dan yang paling bestnya, kali ni tetiba lak family aku macam first time jumpa kamera. Hari ni semua macam excited bila aku amik gambar. Kalau tak, selalunya aku syok sendiri je candid gambar pokok2 bunga yang tengah mengawan ngan rumput.

Bapakku tengah setting skrin

Ni aku perkenalkan sorang budak nih yang 24 jam asyik mengadap kamera je. Bergaya seyhh (kununnya)

Ni plak abang aku yang asyik2 buat 'spin' yang asyik melencong ke longkang. Teknik dah ada, tapi hampeh. (need more practice arr)

Kali ni plak aku nak tunjukkan satu budak nih yang teknik satu hapak pun tarak tau, yang tau nye lempar je bola tuh. (hantam sajalahhh)

Akulah orangnya yang bertuah tu. Hehe. Cakap kat orang je lebih. Nasib aku baik je hari ni, sebab tu la leh dapat nombo 3 tuh. Jujur la aku katakan, memang aku tak tau teknik yang betul untuk main boling nih! (tgk gaya pon dah tau.. adik aku kata gambar aku yang nih nampak macam marah kat bola je) piiraaahhhh!!~

Budak kecik sorang ni plak tak main, dok dengar iPod je kerjanya. Budak ni tak main boling. Dah bosan la katakan. Masa kitorang main boling tu plak banyak kali dia merajuk sebab mak ayah aku asyik2 cakap ngan adik bradik aku yang lain je (tak layan dia pon). Itu pasal la dia nak tarik perhatian sikit. Apa lagi, merajuk je ahhhhh

Sesi penggambaran ramai2

Pastu kitorang gi jalan2 kat The Street lak. Lawa tempat tuh.
Mak ayah aku >>merpati 2 sejoli
Kitorang adik bradik>> menggila/sawan!/excited/hyper

Ni semua bajet menjiwangkan diri dengan bunga-bungi

____________________________________________

Itu sahaja gambar yang dapat aku tayangkan!
Aku rasa happy gila sebenarnya hari ni! Salah satu sebabnya, aku rasa abang aku comel sebab dia sudah tarak rambut! (mcm kepala shrek)
______________________________________________________

*dah berjuta kali aku menembak.. & semua peluru terlepas..*

Tahniah kepada Pemimpin Pelajar (PP) SMAPK kerana kerja anda menjadi lebih mudah pada tahun ini. Sememangnya saya mengagumi kepimpinan saudara Hazmi Al-Wafi dan saudari Nazirah terutamanya, kerana berjaya mendisiplinkan pelajar aspuri. Hanya dengan menggunakan sistem de-merit, warga aspuri telah berusaha bersungguh-sungguh untuk ke masjid dengan awal, ke sekolah sebelum pukul 6.55 pagi, ke prep malam sblm 9.15 (walaupun balik dri masjid pukul 9.05 malam) dan tidak melakukan perbuatan2 yang mampu menyebabkan markah rumah mereka terkorban begitu sahaja. Saya akui, saya amat menghormati mereka kerana sepanjang-panjang 5 tahun saya bernafas di bumi SMAPK ini, hanya pada tahun ini sahajalah PP-PP ini mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar Tingkatan 5 (batch aku le katakan.. hehe)

Walaubagaimanapun, ada sesetengah pelajar yang bermasalah (termasuk saya), yang kadang-kadang merasakan bahawa sistem de-merit ini telah mengancam nyawa mereka. Mana tidaknya, bayangkanlah, aku yang sudah sebati dengan muka yang lewat selama 3 tahun berturut-turut & bertindak dengan lembab sehingga berjaya merebut kejuaraan siput, tiba-tiba terpaksa mengubah pattern hidup aku dengan serta-merta, secara mendadak.

Aku mengaku, setelah aku pikir2kan balik, memang salah aku sebab tak pandai nak sesuaikan diri dengan peraturan sekolah. Aku tidak menyalahkan para pemimpin pelajar kerana bukan mereka yang menetapkan peraturan2 yang amat menyusahkan bagi aku ni, mereka hanya diamanahkan oleh cikgu untuk menjaga kami yang nakal tahap dewa nih. Tapi, mereka tetap terkena tempiasnya sebab ada antara mereka yang sering mencari pasal dengan kami yang tak matang nih (sama ada sengaja ataupun tidak).

Kalau direnungkan balik, everything is fine. Banyak yang menjadi masalah semuanya datang drpd aku sendiri. Aku cepat berpeluh, even baru lepas minum air pun peluh terus keluar. Kesian la kat aku kalau setiap kali gi sekolah je berpeluh >>(ini bukan kes meraih simpati ehh). Biar la apa orang nak kata, aku tanak raih simpati kat orang. Biar la aku cerita kat hati aku. Biarla aku pujuk diri aku sendiri. Orang tak pernah rasa duduk kat situasi aku macamana. Allah je yang tau betapa aku menderita sepanjang 1 bulan nih.

Jujur dari hati aku, aku betul-betul sedih sejak peraturan rushing2 nih berkuatkuasa. Percaya atau tidak, hari2 aku nangis sebab menda kecik ni. Orang je tak nampak. Aku dah tak tahan dah pendam dalam hati (wat touching lak). Mungkin ni memang salah aku sendiri, sebab aku ngan certain orang lain je yang still tak dapat adapt dengan suasana baru nih. Aku dah try sekuat semampu aku dah untuk pegi awal & sume2 tuh. Walaupun kadang2 berjaya gak, dalam hati aku mesti ada sumting wrong & aku tetap akan tensen tiap2 hari.

Tapi, aku tetap kena buat sebaik mungkin sebab aku kesian kat kawan baik aku sorang nih. Dah la PP. Hari2 kena tengok aku buat perangai. Kalau aku pergi sekolah awal & PATUH kat peraturan seadanya, itu semua aku buat sebab kesian kat dia. Dah la dia ketua rumah biru, terpaksa terima yang aku asyik menyebabkan markah umah biru melayang.

Fine. Semuanya salah aku. Even aku utuskan rasa tak puas hati ni kat PP, aku still akan kalah. Aku yakin sume tu akan berlaku. Wat penat je gaduh ngan PP. Baik aku pegi naik tangki ngan Fatin & Shima.

Betullah orang kata >> "If you obey all the rules, you miss all the fun"
Aku dah pun alami semua tuh.
Sekarang, aku terpaksa terima hakikat yang aku KENA jugak relakan hati aku untuk ikut peraturan2 nih untuk 10 bulan yang akan datang.

*tak sangka last year aku kat SMAP jadik mcm nih..*

*Peringatan: Ruangan ini sesuai untuk semua jantina (ada dua jantina je kan? tak tau la kalo ada lagi spesis baru yang wujud).

Ahha. Terkezut? Inilah keluaran aku kali nih.

PMS & Menstrual Pain atau bahasa kampungnya, senggugut sangat sinonim dengan wanita yg dah akil baligh.
Aku bukannya apa, just nak kaum Adam kat luar sana tahu serba sedikit tentang penyakit yang memang sakit gila ah. Berguna pe untuk isteri ngan anak korang nanti.
Even aku pun pernah sesungut. Normal la kan.

Aku percaya, mesti dah ramai dah antara laki2 di luar sana yang pernah tengok adik/kakak/mak/makcik/nenek?/makwe senggugut. Ada yang menangis, terguling-guling, terbaring sampai takleh bangun, terlentang atas air, & macam2 ah. Yang selalu orang cop kat wanita2 yang selalu datang bulan ni >> selalu marah2. Emosi tak stabil la katakan.

Point utama yang aku nak cakap, hakikatnya senggugut ni memang sakit. Masa senggugut tu rasa macam 2 ekor gajah pijak pinggang korang. Tapi kalo mintak kawan pijakkan, jadi makin sedap plak. Kesimpulannya, sakit sbb rasa macam kena pijak & pijak juga lah penyembuhnya. Tapi tak semua orang bila kena pijak mcm tu. Kadang2 je rasa ok sikit. Ada orang yang pernah sakit belakang masa senggugut. Selalunya rasa macam lenguh gila pinggang.

Senggugut yang paling teruk aku pernah hadapi >> aku punya pinggang of course lenguh + cramp gila, perut pun sakit, kepala aku pening, memang lemah gila tubuh ni. Tambah lagi kalau tak sarapan ngan makan time rehat tu, lagi ar teruk jadinya. Muka pucat gila. Aku sendiri boleh rasa darah kat muka ngan tangan aku menghilang. Nak buka stokin pun tak larat.

Time senggugut aku yang paling teruk tu, sepanjang-panjang masa aku sakit tu la aku teringat kat mak aku. Cikgu kata, senggugut ni baru 1% daripada bersalin. Aku tertanya-tanya kat diri aku nih, "Camne la mak aku boleh tahan beranakkan 5 orang?". Cikgu kata, kalau mak bersalin tu, badan diorang cramp sampai berjam-jam. Huh~ Serious sakit owh. Kalo senggugut pun at least satu jam ah paling lama (yang pernah aku rasa r). Nak samakan ngan berapa ekor gajah agaknya kesakitan mak aku tuh. Kalau mak yang anaknya berbelas-belas tu lagi la kesian.

Kesimpulannya, kepada wanita2 & jejaka2 kat luar sana, tak kiralah muda mahupun tua, hargailah isteri/ mak korang, yang berkorban untuk lahirkan korang & anak2 korang.

*Peringatan sekali lagi: Jangan kacau perempuan yang tengah period.

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini