[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

*Peringatan: Ruangan ini sesuai untuk semua jantina (ada dua jantina je kan? tak tau la kalo ada lagi spesis baru yang wujud).

Ahha. Terkezut? Inilah keluaran aku kali nih.

PMS & Menstrual Pain atau bahasa kampungnya, senggugut sangat sinonim dengan wanita yg dah akil baligh.
Aku bukannya apa, just nak kaum Adam kat luar sana tahu serba sedikit tentang penyakit yang memang sakit gila ah. Berguna pe untuk isteri ngan anak korang nanti.
Even aku pun pernah sesungut. Normal la kan.

Aku percaya, mesti dah ramai dah antara laki2 di luar sana yang pernah tengok adik/kakak/mak/makcik/nenek?/makwe senggugut. Ada yang menangis, terguling-guling, terbaring sampai takleh bangun, terlentang atas air, & macam2 ah. Yang selalu orang cop kat wanita2 yang selalu datang bulan ni >> selalu marah2. Emosi tak stabil la katakan.

Point utama yang aku nak cakap, hakikatnya senggugut ni memang sakit. Masa senggugut tu rasa macam 2 ekor gajah pijak pinggang korang. Tapi kalo mintak kawan pijakkan, jadi makin sedap plak. Kesimpulannya, sakit sbb rasa macam kena pijak & pijak juga lah penyembuhnya. Tapi tak semua orang bila kena pijak mcm tu. Kadang2 je rasa ok sikit. Ada orang yang pernah sakit belakang masa senggugut. Selalunya rasa macam lenguh gila pinggang.

Senggugut yang paling teruk aku pernah hadapi >> aku punya pinggang of course lenguh + cramp gila, perut pun sakit, kepala aku pening, memang lemah gila tubuh ni. Tambah lagi kalau tak sarapan ngan makan time rehat tu, lagi ar teruk jadinya. Muka pucat gila. Aku sendiri boleh rasa darah kat muka ngan tangan aku menghilang. Nak buka stokin pun tak larat.

Time senggugut aku yang paling teruk tu, sepanjang-panjang masa aku sakit tu la aku teringat kat mak aku. Cikgu kata, senggugut ni baru 1% daripada bersalin. Aku tertanya-tanya kat diri aku nih, "Camne la mak aku boleh tahan beranakkan 5 orang?". Cikgu kata, kalau mak bersalin tu, badan diorang cramp sampai berjam-jam. Huh~ Serious sakit owh. Kalo senggugut pun at least satu jam ah paling lama (yang pernah aku rasa r). Nak samakan ngan berapa ekor gajah agaknya kesakitan mak aku tuh. Kalau mak yang anaknya berbelas-belas tu lagi la kesian.

Kesimpulannya, kepada wanita2 & jejaka2 kat luar sana, tak kiralah muda mahupun tua, hargailah isteri/ mak korang, yang berkorban untuk lahirkan korang & anak2 korang.

*Peringatan sekali lagi: Jangan kacau perempuan yang tengah period.

3 KOMENTAR:

(tepok tangan!!!)....giler open...wa salut sama lu..
sokong!!

nnt pas kawin citer psl pngalaman beranak lak

oke. i will wait for the post . lg 99% . hehe camne rasa senggugut aa ?

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini