[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Tahniah kepada Pemimpin Pelajar (PP) SMAPK kerana kerja anda menjadi lebih mudah pada tahun ini. Sememangnya saya mengagumi kepimpinan saudara Hazmi Al-Wafi dan saudari Nazirah terutamanya, kerana berjaya mendisiplinkan pelajar aspuri. Hanya dengan menggunakan sistem de-merit, warga aspuri telah berusaha bersungguh-sungguh untuk ke masjid dengan awal, ke sekolah sebelum pukul 6.55 pagi, ke prep malam sblm 9.15 (walaupun balik dri masjid pukul 9.05 malam) dan tidak melakukan perbuatan2 yang mampu menyebabkan markah rumah mereka terkorban begitu sahaja. Saya akui, saya amat menghormati mereka kerana sepanjang-panjang 5 tahun saya bernafas di bumi SMAPK ini, hanya pada tahun ini sahajalah PP-PP ini mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar Tingkatan 5 (batch aku le katakan.. hehe)

Walaubagaimanapun, ada sesetengah pelajar yang bermasalah (termasuk saya), yang kadang-kadang merasakan bahawa sistem de-merit ini telah mengancam nyawa mereka. Mana tidaknya, bayangkanlah, aku yang sudah sebati dengan muka yang lewat selama 3 tahun berturut-turut & bertindak dengan lembab sehingga berjaya merebut kejuaraan siput, tiba-tiba terpaksa mengubah pattern hidup aku dengan serta-merta, secara mendadak.

Aku mengaku, setelah aku pikir2kan balik, memang salah aku sebab tak pandai nak sesuaikan diri dengan peraturan sekolah. Aku tidak menyalahkan para pemimpin pelajar kerana bukan mereka yang menetapkan peraturan2 yang amat menyusahkan bagi aku ni, mereka hanya diamanahkan oleh cikgu untuk menjaga kami yang nakal tahap dewa nih. Tapi, mereka tetap terkena tempiasnya sebab ada antara mereka yang sering mencari pasal dengan kami yang tak matang nih (sama ada sengaja ataupun tidak).

Kalau direnungkan balik, everything is fine. Banyak yang menjadi masalah semuanya datang drpd aku sendiri. Aku cepat berpeluh, even baru lepas minum air pun peluh terus keluar. Kesian la kat aku kalau setiap kali gi sekolah je berpeluh >>(ini bukan kes meraih simpati ehh). Biar la apa orang nak kata, aku tanak raih simpati kat orang. Biar la aku cerita kat hati aku. Biarla aku pujuk diri aku sendiri. Orang tak pernah rasa duduk kat situasi aku macamana. Allah je yang tau betapa aku menderita sepanjang 1 bulan nih.

Jujur dari hati aku, aku betul-betul sedih sejak peraturan rushing2 nih berkuatkuasa. Percaya atau tidak, hari2 aku nangis sebab menda kecik ni. Orang je tak nampak. Aku dah tak tahan dah pendam dalam hati (wat touching lak). Mungkin ni memang salah aku sendiri, sebab aku ngan certain orang lain je yang still tak dapat adapt dengan suasana baru nih. Aku dah try sekuat semampu aku dah untuk pegi awal & sume2 tuh. Walaupun kadang2 berjaya gak, dalam hati aku mesti ada sumting wrong & aku tetap akan tensen tiap2 hari.

Tapi, aku tetap kena buat sebaik mungkin sebab aku kesian kat kawan baik aku sorang nih. Dah la PP. Hari2 kena tengok aku buat perangai. Kalau aku pergi sekolah awal & PATUH kat peraturan seadanya, itu semua aku buat sebab kesian kat dia. Dah la dia ketua rumah biru, terpaksa terima yang aku asyik menyebabkan markah umah biru melayang.

Fine. Semuanya salah aku. Even aku utuskan rasa tak puas hati ni kat PP, aku still akan kalah. Aku yakin sume tu akan berlaku. Wat penat je gaduh ngan PP. Baik aku pegi naik tangki ngan Fatin & Shima.

Betullah orang kata >> "If you obey all the rules, you miss all the fun"
Aku dah pun alami semua tuh.
Sekarang, aku terpaksa terima hakikat yang aku KENA jugak relakan hati aku untuk ikut peraturan2 nih untuk 10 bulan yang akan datang.

*tak sangka last year aku kat SMAP jadik mcm nih..*

1 KOMENTAR:

rasa air mata kita murah an sbb jatuh untuk benda ni . hari2 ana tension duduk kat smapk . tu sebab tiap2 petang turun padang . tak suka duduk aspuri !!!

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini