[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Setelah aku berceloteh selama beberapa hari ni, jom kita sama-sama putihkan balik hati kita.

Hayati kisah di bawah ni (bacala.. penat aku taip dari buku) :~

MELIHAT TANPA BERTEMU.

Seorang penggembala tua sedang mencari-cari kerbaunya yang hilang. Puas dicarinya di merata-rata tempat, namun kerbaunya masih belum ditemui. Dia bertembung dengan seorang budak yang sedang memancing.
Penggembala itu pun bertanya:"Ada kau nampak kerbau pakcik yang hilang?"
"Oh, kerbau pakcik yang buta matanya di sebelah kanan itu ya?" tanya budak itu.
"Ya, ya..." jawab pakcik itu dengan cepat.
"Rasanya kerbau pakcik itu dah tua..." tambah budak itu lagi.
"Betul, betul, kerbau pakcik memang sudah tua. Kau ada jumpa dia?"
"Kerbau pakcik itu tempang kaki kanannya yang di sebelah hadapan, bukan?"
"Betul. Betul. Tunjukkan kerbau pakcik itu di mana?"
"Maaf pakcik, saya tak jumpa kerbau pakcik..." kata budak itu.
"Kau jangan main-main. Memang itulah kerbau pakcik. Kerbau pakcik memang dah tua, tempang kakinya dan buta mata kanannya. Jangan bergurau, pakcik nak cepat ni..."
"Betul saya tak nampak, pakcik," balas budak itu lagi.
"Kalau kau tak jumpa, bagaimana kau tahu sifat kerbau pakcik?"
Budak itu tersenyum. "Macam ni..." kata budak itu lalu membawa penggembala itu ke tepi belukar.
"Tengok rumput-rumput ini. Ia telah diragut oleh kerbau pakcik. Ini kesan ragutannya..." Budak itu menunjukkan kesan ragutan pada rumput-rumput hijau tersebut.
"Ya. Memang ini kesan ragutan kerbau. Tapi macam mana kau pasti ini kesan ragutan kerbau pakcik? Bukan kerbau lain?"
"Cuba pakcik lihat baik-baik. Semua rumput yang diragutnya adalah yang di sebelah kiri. Itu menunjukkan kerbau itu buta mata kanannya. Kesan ragutannya pula tidak sekata. Menunjukkan giginya sudah jarang atau ada yang patah... ertinya kerbau ini telah tua. Dan tengok pula kesan tapak kakinya. Kesan tapak kaki hadapan sebelah kanan berbeza dengan tapak-tapak kakinya yang lain. Ia kelihatan seperti diseret, ada ketikanya tidak ada langsung. Itu menunjukkan kerbau ini tempang..."

-the end-

Moral of The Story: Tidak semestinya kita perlu nampak sesuatu untuk kita menerima kewujudannya. Ada waktunya keyakinan dapat dicapai hanya dengan melihat tanda-tandanya. Begitulah Allah, kita tidak perlu melihat-Nya dengan mata untuk mengakui keagungan-Nya. Cukup dengan melihat ciptaan-Nya!

Tengok video kat bawah ni. Best~





Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
The push it all aside..
NO......

"*"
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise

Take us in the best way
(Allah)

Guide us every single day...
(Allah)

Keep us close to you
Until the end of time...

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
The push it all aside
NO..........

Repeat "*"

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

Repeat "*"


Allah...

You created everything
We belong to yo0u
YA RAB we raise our hands
Forever we thank you

.....Alhamdulillah......

Selamat tinggal kuucapkan kepadamu..
Walaupun kita sudah saling menyayangi,
walaupun hati kita sudah saling berpaut,
walaupun kau sentiasa menemani ku ke mana-mana sahaja kupergi,
walaupun aku memang mencintai kamu,

aku terpaksa terima hakikat bahawa
hayat kamu hanyalah selama 7 bulan sahaja..

aku terpaksa terima hakikat bahawa

bateri kamu akan habis jua..

kerana kamu hanyalah jam Spiderman yang berharga RM 13, dibeli di Mydin.
Walaubagaimanapun, kau tetap di hatiku!

#older post tentang kisah jam ini: Kebahagiaan Dikongsi Bersama

____________________________________________

Aku rasa pelik sebenarnya >> sejak bila lak kat Kelantan ada Jom Heboh nih?
Persoalan dijawab di sini.

* aku dah start batuk2 dah. mak tak bagi minum air sejuk :( *

Bila aku sign in YM, mesti muka orang sama je la yang online.
Tapi, kali ni punya cuti makin kurang la orang yg online, berbanding cuti2 yg sebelumnya.
Kenapa ek?

"SPM laa. Sedar la sikit."
"Nak cover balik Form 4 punya. Nyesal lak tidur dlm kelas time dulu2."
"Dah bosan ngan facebook."
"Siapkan homework dulu, baru enjoy!"

Aha. Macam2 ah jawapan dari kotak hati masing2. Tapi bagi aku, kalau sehari aku tak bukak internet, memang akan rasa lain dalam hati aku. Rasa macam baik sangat kalau tak duduk depan komputer satu hari.

Pernyataan aku kat atas ni memang dah menunjukkan yang aku ni memang malas nak study. Setiap kali aku bukak buku, kalau ada mood tu, alhamdulillah. Tapi dalam 1jam lepas tu, mesti aku dah mula rasa bosan. Camne nak tanam rasa rajin dalam diri ek?
Kalau sesiapa yang ada doa nak jadi rajin, ajarlah kat aku untuk diamalkan. (Saudara Hazmi Al-Wafi, ada cadangan?)
Yang aku tau, pasni aku nak mintak mak aku doakan aku jadi rajin.

Dan aku juga mula pelik kerana selera makan aku mula berkurang. Nak kata diet, aku memang tak pernah ada niat untuk diet seumur hidup aku. Tapi semenjak 1 Januari 2010, memang aku tak banyak makan. Kalau dulu, sehari tu aku mampu makan 5 atau lebih pinggan nasi. Tapi sekarang, separuh pinggan pun tak sampai.
Bila aku bagitau mak aku pasal benda ni, mak aku terus ambik tindakan.
Dia masak ayam kicap untuk aku. Fuh~ Memang sah2 la selera aku takkan turunnya. (Memang betulla mak je yang paham hati anak. hehe~ sayang mak)

Rasa-rasanya, ada kaitan tak selera makan aku dengan sifat rajin aku? (saja nak cari alasan)

*Nak buat macam orang lain ke tak hah >> stop bukak komputer kejap after bulan 5. (mampu ke aku?)*

Huh~
Apa yang nak diubahnya?
Diri sendiri la!
Esp. SIFAT!
Macam biasalah, malas. Dari dulu sampai sekarang aku asyik dok malas je. Kalau orang tua2 & lelaki (terutamanya) dengar ayat nih dari mulut WANITA, abeh le dihamburnya.
"Pompuan mana boleh malas! Nanti takde orang nak!"
Kesian la kat aku, sebab aku tak pikir lagi hal2 kawin ni.

TAPI,
Aku malas bab study je. Malas nak bukak buku. Tapi kalau nak bukak buku addmath tu dengan senang hati~ hehe

Jadi,
Untuk membuktikan aku ni agak rajin, aku try la 'upgrade' sikit blog aku nih. [bunyi upgrade tu macam melampau skit ek?]

Bukannya apa pun, sikit je benda yang aku tambah kat blog aku ni.

Kalo korang perasan, aku ada tambah 'favicon' untuk blog aku nih.
Kepada sesiapa yg belum tau, favicon tu gambar kecik yang korang nmpk kat sebelah address yg korang pergi.

Contohnya macam gambar kat sebelah ni. Kalau korang tengok huruf 'Y!' tu, confirm dalam kepala korang dah set "Oh, itu Yahoo! punya web".

Jadi, untuk memudahkan pembaca blog aku mengenal pasti blog ini, aku gunakan simbol "Pi" dalam Matematik >> aku ngan Maths memang takleh dipisahkan.

Dua jam aku dok belajar nak letak favicon nih (Padahal lepas aku try balik, boleh je siap dalam 5 minit. Ceyh~ Takpe, itulah BELAJAR namanya). Huh~ Memang pening kepala.
Berkat kesabaran & tunjuk ajar daripada Saudara Ariff Shah, akhirnya aku berjaya gak. Alhamdulillah. Tersengih lebar aku lepas siap buat semua benda nih.

Terima kasih kepada semua yang membantu.
Kalau ada sesiapa yg berminat nak tonjolkan lagi blog anda dengan favicon ni, klik di sini.

*Apa yang aku buat ni boleh dikatakan RAJIN ke?*

Tahun ni,
mmg tahun rekod terpecah. Mana taknya, org yg conductnya Batch 0610 >>PEMECAH REKOD SMAP KAJANG.

Batch yg bertuah ini, lebih dikenali sbg Phoenix 0610 telah memecahkan beberapa tradisi SMAPK, antaranya:~
# pengakhir batch yg pakai baju batik lama.
# start batch inilah para naqibah mula berdakwah tanpa tengking2 (kalau ada marah2 pun, setahun 2 kali je)
# batch pertama (puteri) yg berlari2 masa waktu balik nak makan tengahari (tanak bagi can kat budak Siam..haha)
# batch pertama (puteri) yg panjat tangki kat flat guru [rendah je, tak tinggi mana pun--- dimaafkan la ek :P]
# batch pertama (putera) yang duduk kat saf depan dalam masjid (puteri?)
# tahun 2009, wakil sidang redaksi sekolah merupakan ahli batch ini. Pada tahun inilah kali pertama majalah sekolah berjaya disiapkan pada tahun yang sama [tapi publishnya lambat gak. cikgu nak jaga hati je kot?]
# batch pertama yg MAJORITInya (bukan SEMUA tau) kekal ana-anti [puteri je laa]

Dah la tu. Penat nak perah kepala otak dok ingat balik tradisi2 SMAPK yg dipecahkan oleh batch ni. Yang penting aku nak cakap, batch ni banyak jadi peawal & pengakhir perkara2 lama & baru kat SMAPK ni. Bukannya apa, pentadbir bertukar masa kitoranglah Form5 nya, so kitorang la yg kena conduct 'kemajuan'2 sekolah tu (poyo sangat ke bunyinya?)

[Asal aku rasa apa yg aku ckp kat atas ni takde kaitan ngan tajuk?]
Takpe2. Tu MUQADDIMAH.

Okay. SUKAN. Nak dikaitkan dengan Rekod SMAPK, Abu Ubaidah (rumah sukan aku) dapat tempat ke-4 buat pertama kalinya, setelah beberapa tahun meraih gelaran 'Johan'. Aku tanak cakap dengan lebih terperinci lagi, sebab perit sungguh di hati ini bila mengenangkannya kembali. Tapi, bila ku pikirkan balik, rumah yang aku bagi support (Khalid Al-Walid) pun pecah rekod gak apabila diumumkan sebagai Naib Johan setelah beberapa tahun mendapat tempat ke-4.
So, aku takleh la layan sangat sedih aku, seolah-olah aku tak bagi peluang kat diorang untuk merasai bahagianya bila dapat kemenangan. [ingat tu kawan2 (esp. rumah biru), semuanya telah diTAKDIRkan.]
Kalau korang nak tau lagi selanjutnya pasal Sukan SMAPK 2010 ni, sila klik di sini.

Pape pun, aku memang takleh lari drpd kesedihan ni. Last year kat SMAP la katakan, siapa yg nak kenangan kurang manis. Tapi aku percaya, ALLAH MAHA TAHU SEGALA-GALANYA, lebih drpd yang aku tau.
Lupa nak cakap, TAHNIAH kepada semua warga SMAPK.

Alhamdulillahi 'ala kullihal. Wa astaghfirullahal'azim.


*COUNTDOWN: lagi 5 hari nak hari Ahad--- no more call*

Semalam gi melawat kakak aku kat KMNS.
Yeah! Kakakku semakin hari semakin chubby! Lihatlah muka beliau yang berseri-seri dengan ketembamannya! muahaha! (kejam sangat ke aku?)

Tapi aku jeles betul la bila tengok baju baru beliau. Smart owh. Aku lupa nak amik gambar baju baru dia. Memang nampak SLIM kalau dia pakai baju tu.

Mcm biasa, aku akan geledah dompet dia untuk pow 'money'.
Sekali kubukak, ada singgit je. Ceyh~ hampeh punye kakak.
Dia kata dia dah pokai ar sebab dok beli baju 3 helai, & setiap satu tu RM30+. Huh~ mana tak abehnya duit.

Lagi satu faktor dia abeh duit, katanya sebab dok makan kat kafe hari2. Dah la mkn sedap katanya.
Aku pun tanya ar dia, "Amende yg sedap sgt sampai kau dok lahap hari2 kat kafe?"
Dia pun keluarkanlah sebuah polisterin yg aku tak tahu apa isinya.

Bila dibukak......

Jengjengjeng



Perghh.. sedap gila menda nih. Korang tau tak amende nih?
Masa mula2 menda alah ni diperkenalkan, akak aku pandang sebelah mata je. Cewahh~ Diorang ingatkan ni popia yg berisi taugeh salut ngan kicap je ah kununnya.

Pastu ada la sorang senior ni promote kat dia.
"Bila pertama kali digigit sahaja, mangai.... rasa macam nak tibai lagi 2 ringgit. Sedap gila owh." kata kakakku.

Mana taknya, popia ni kat dalamnya ada PISANG, & kat luar tu COKLAT rupanya. Lepas kakak aku beli 2 ringgit, aku plak gi tibai lagi 2 ringgit (RM1 = 3 bijik). Ayah aku pun masa mula2 pandang tu dia dok menghina je Popia Coklat nih. Sekali aku suap kat mulut dia, perghhhh.. Diambiknya lagi berapa bijik tah.. Haaa. Tu la dianya. Cuba dulu, baru tau.

Kesimpulannya, malu bertanya, ketinggalan zaman le jawabnya!
So, alasan kakak aku kehabisan duit boleh diterima la sebab Popia Coklat nih serious sedap gila!
(Dan mungkin Popia Coklat ni gak salah satu sebab dia semakin tembam.. huhu)

___________________________________









*Gambar ni diambil semasa dalam perjalanan ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS)*

Ya. Untuk org yg JARANG-JARANG maju mcm aku, mmg cuti nih perkara normal yang tiada apa-apa keistimewaan. Balik rumah, bukak farmville, tanam pokok banyak2, kutip hasil yg dapat, pastu sambil2 tunggu buah nak masak tuh boleh la gi makan2 nasi beriani ayah ke, takpun gi wat addmaths sikit (itupun kalau pen tu sudi terima hakikat bahawa akulah orang yg bakal menggunakannya utk membuat latihan! )

Tapi kadang-kadang tu rasa special la jugak balik rumah nih. Esp. bila mak masak ayam kicap, pastu bila balik rumah tgk2 duit kat farmville mencecah 150000. huh~ memang seronok.

Sebenarnya seronok je hidup kat SMAP. Cuma aku je yg tak bersyukur dengan apa yang ada. Bila balik rumah, rindu SMAP. Bila dah sampai SMAP, rindu rumah plak. Hmmm~ Fenomena normal pada seorang pelajar asrama.

Macam tu la rutin harian aku kat rumah. Kalau setiap kali balik, first skali yg akan aku buat, tgk blog yg aku follow takut2 ada post baru. Pastu aku akan blogging selagi ada idea yg merayap di kepala BIJAK kurniaan Allah ni.

Yang aku frust, setiap kali aku post sumtin, bila dikaji balik semuanya seolah-olah aku mengeluh dengan hidup yg Allah bagi. Astaghfirullahal'azim.

So, aku nak try membuang cas2 negatif dalam fikiran aku supaya aku menjadi seorang cation yg sentiasa husnuzzon (bersangka baik).

Tadi aku terserempak dengan Cikgu Natrah! Tak sangka dia ingat lagi kat aku (cuma perkara yang tak pernah berubah, dia akan panggil aku HIDAYAH).
Aku rindu ah dengan loghat Kelantan dia time mengajar BIO tu, dengan analogi dia yang unik2 belaka. Sekarang hanya ada seorang sahaja guru Biology Form5, iaitu Puan Norazma Khairi dan beliau bakal meninggalkan kami dalam bulan Jun kerana mengikuti suaminya yang berada di ______. (hamba tak ingat. maaf) Fuh~
TOLONG! SMAPK kekurangan guru Biology!

______________________________________

Hayati kisah berikut:~

Suatu hari sepasang rakan berborak-borak.
Semasa berborak, satu topik timbul:
a: Kau rasa kita kawan sampai bila?
b: Sampai mati!
a: Kenapa kau ckp mcm tu?
b: Sebab aku syg kau!
a: Kau rasa jarak mase kite berkawan berapa lama?
b: 5 minit lg!

Si 'a' terdiam lalu bertanya lagi:
a: Apa yg kau ckp ni? 5 minit? Kata smpai kita mati?
Lalu si 'b' hanya tersenyum.

Selepas 5 minit,
si 'a' yg melintas hampir-hampir dilanggar kereta tetapi diselamatkn oleh si 'b'.
Benar kata orang tua-tua, bila hayat hampir tamat, kita dapat rasakannya.
Lalu si 'b' berkata:
b: Aku tepati janji aku. Aku berkwn dgn kau sampai aku mati.

Si 'b' tersenyum lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir di situ juga..
Si 'a' hanya mampu menangis

*aku tengah blurr*
p/s: Happy Birthday my dear fren, Fatin Iliyana.







Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini