[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Huh~
Apa yang nak diubahnya?
Diri sendiri la!
Esp. SIFAT!
Macam biasalah, malas. Dari dulu sampai sekarang aku asyik dok malas je. Kalau orang tua2 & lelaki (terutamanya) dengar ayat nih dari mulut WANITA, abeh le dihamburnya.
"Pompuan mana boleh malas! Nanti takde orang nak!"
Kesian la kat aku, sebab aku tak pikir lagi hal2 kawin ni.

TAPI,
Aku malas bab study je. Malas nak bukak buku. Tapi kalau nak bukak buku addmath tu dengan senang hati~ hehe

Jadi,
Untuk membuktikan aku ni agak rajin, aku try la 'upgrade' sikit blog aku nih. [bunyi upgrade tu macam melampau skit ek?]

Bukannya apa pun, sikit je benda yang aku tambah kat blog aku ni.

Kalo korang perasan, aku ada tambah 'favicon' untuk blog aku nih.
Kepada sesiapa yg belum tau, favicon tu gambar kecik yang korang nmpk kat sebelah address yg korang pergi.

Contohnya macam gambar kat sebelah ni. Kalau korang tengok huruf 'Y!' tu, confirm dalam kepala korang dah set "Oh, itu Yahoo! punya web".

Jadi, untuk memudahkan pembaca blog aku mengenal pasti blog ini, aku gunakan simbol "Pi" dalam Matematik >> aku ngan Maths memang takleh dipisahkan.

Dua jam aku dok belajar nak letak favicon nih (Padahal lepas aku try balik, boleh je siap dalam 5 minit. Ceyh~ Takpe, itulah BELAJAR namanya). Huh~ Memang pening kepala.
Berkat kesabaran & tunjuk ajar daripada Saudara Ariff Shah, akhirnya aku berjaya gak. Alhamdulillah. Tersengih lebar aku lepas siap buat semua benda nih.

Terima kasih kepada semua yang membantu.
Kalau ada sesiapa yg berminat nak tonjolkan lagi blog anda dengan favicon ni, klik di sini.

*Apa yang aku buat ni boleh dikatakan RAJIN ke?*

2 KOMENTAR:

Aslah dah blaja sengih , gud2. keep up the good attitude . :D :D :D

ana dri dulu mmg dh pndai SENGIH.
(xleh senyum daaa.. nnt nmpk gak gigi)

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini