[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Ya. Untuk org yg JARANG-JARANG maju mcm aku, mmg cuti nih perkara normal yang tiada apa-apa keistimewaan. Balik rumah, bukak farmville, tanam pokok banyak2, kutip hasil yg dapat, pastu sambil2 tunggu buah nak masak tuh boleh la gi makan2 nasi beriani ayah ke, takpun gi wat addmaths sikit (itupun kalau pen tu sudi terima hakikat bahawa akulah orang yg bakal menggunakannya utk membuat latihan! )

Tapi kadang-kadang tu rasa special la jugak balik rumah nih. Esp. bila mak masak ayam kicap, pastu bila balik rumah tgk2 duit kat farmville mencecah 150000. huh~ memang seronok.

Sebenarnya seronok je hidup kat SMAP. Cuma aku je yg tak bersyukur dengan apa yang ada. Bila balik rumah, rindu SMAP. Bila dah sampai SMAP, rindu rumah plak. Hmmm~ Fenomena normal pada seorang pelajar asrama.

Macam tu la rutin harian aku kat rumah. Kalau setiap kali balik, first skali yg akan aku buat, tgk blog yg aku follow takut2 ada post baru. Pastu aku akan blogging selagi ada idea yg merayap di kepala BIJAK kurniaan Allah ni.

Yang aku frust, setiap kali aku post sumtin, bila dikaji balik semuanya seolah-olah aku mengeluh dengan hidup yg Allah bagi. Astaghfirullahal'azim.

So, aku nak try membuang cas2 negatif dalam fikiran aku supaya aku menjadi seorang cation yg sentiasa husnuzzon (bersangka baik).

Tadi aku terserempak dengan Cikgu Natrah! Tak sangka dia ingat lagi kat aku (cuma perkara yang tak pernah berubah, dia akan panggil aku HIDAYAH).
Aku rindu ah dengan loghat Kelantan dia time mengajar BIO tu, dengan analogi dia yang unik2 belaka. Sekarang hanya ada seorang sahaja guru Biology Form5, iaitu Puan Norazma Khairi dan beliau bakal meninggalkan kami dalam bulan Jun kerana mengikuti suaminya yang berada di ______. (hamba tak ingat. maaf) Fuh~
TOLONG! SMAPK kekurangan guru Biology!

______________________________________

Hayati kisah berikut:~

Suatu hari sepasang rakan berborak-borak.
Semasa berborak, satu topik timbul:
a: Kau rasa kita kawan sampai bila?
b: Sampai mati!
a: Kenapa kau ckp mcm tu?
b: Sebab aku syg kau!
a: Kau rasa jarak mase kite berkawan berapa lama?
b: 5 minit lg!

Si 'a' terdiam lalu bertanya lagi:
a: Apa yg kau ckp ni? 5 minit? Kata smpai kita mati?
Lalu si 'b' hanya tersenyum.

Selepas 5 minit,
si 'a' yg melintas hampir-hampir dilanggar kereta tetapi diselamatkn oleh si 'b'.
Benar kata orang tua-tua, bila hayat hampir tamat, kita dapat rasakannya.
Lalu si 'b' berkata:
b: Aku tepati janji aku. Aku berkwn dgn kau sampai aku mati.

Si 'b' tersenyum lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir di situ juga..
Si 'a' hanya mampu menangis

*aku tengah blurr*
p/s: Happy Birthday my dear fren, Fatin Iliyana.







0 KOMENTAR:

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini