[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Bila aku sign in YM, mesti muka orang sama je la yang online.
Tapi, kali ni punya cuti makin kurang la orang yg online, berbanding cuti2 yg sebelumnya.
Kenapa ek?

"SPM laa. Sedar la sikit."
"Nak cover balik Form 4 punya. Nyesal lak tidur dlm kelas time dulu2."
"Dah bosan ngan facebook."
"Siapkan homework dulu, baru enjoy!"

Aha. Macam2 ah jawapan dari kotak hati masing2. Tapi bagi aku, kalau sehari aku tak bukak internet, memang akan rasa lain dalam hati aku. Rasa macam baik sangat kalau tak duduk depan komputer satu hari.

Pernyataan aku kat atas ni memang dah menunjukkan yang aku ni memang malas nak study. Setiap kali aku bukak buku, kalau ada mood tu, alhamdulillah. Tapi dalam 1jam lepas tu, mesti aku dah mula rasa bosan. Camne nak tanam rasa rajin dalam diri ek?
Kalau sesiapa yang ada doa nak jadi rajin, ajarlah kat aku untuk diamalkan. (Saudara Hazmi Al-Wafi, ada cadangan?)
Yang aku tau, pasni aku nak mintak mak aku doakan aku jadi rajin.

Dan aku juga mula pelik kerana selera makan aku mula berkurang. Nak kata diet, aku memang tak pernah ada niat untuk diet seumur hidup aku. Tapi semenjak 1 Januari 2010, memang aku tak banyak makan. Kalau dulu, sehari tu aku mampu makan 5 atau lebih pinggan nasi. Tapi sekarang, separuh pinggan pun tak sampai.
Bila aku bagitau mak aku pasal benda ni, mak aku terus ambik tindakan.
Dia masak ayam kicap untuk aku. Fuh~ Memang sah2 la selera aku takkan turunnya. (Memang betulla mak je yang paham hati anak. hehe~ sayang mak)

Rasa-rasanya, ada kaitan tak selera makan aku dengan sifat rajin aku? (saja nak cari alasan)

*Nak buat macam orang lain ke tak hah >> stop bukak komputer kejap after bulan 5. (mampu ke aku?)*

1 KOMENTAR:

last year mmg best makan beradab ngan Aslah . AHAHA

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini