[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Semalam gi melawat kakak aku kat KMNS.
Yeah! Kakakku semakin hari semakin chubby! Lihatlah muka beliau yang berseri-seri dengan ketembamannya! muahaha! (kejam sangat ke aku?)

Tapi aku jeles betul la bila tengok baju baru beliau. Smart owh. Aku lupa nak amik gambar baju baru dia. Memang nampak SLIM kalau dia pakai baju tu.

Mcm biasa, aku akan geledah dompet dia untuk pow 'money'.
Sekali kubukak, ada singgit je. Ceyh~ hampeh punye kakak.
Dia kata dia dah pokai ar sebab dok beli baju 3 helai, & setiap satu tu RM30+. Huh~ mana tak abehnya duit.

Lagi satu faktor dia abeh duit, katanya sebab dok makan kat kafe hari2. Dah la mkn sedap katanya.
Aku pun tanya ar dia, "Amende yg sedap sgt sampai kau dok lahap hari2 kat kafe?"
Dia pun keluarkanlah sebuah polisterin yg aku tak tahu apa isinya.

Bila dibukak......

Jengjengjeng



Perghh.. sedap gila menda nih. Korang tau tak amende nih?
Masa mula2 menda alah ni diperkenalkan, akak aku pandang sebelah mata je. Cewahh~ Diorang ingatkan ni popia yg berisi taugeh salut ngan kicap je ah kununnya.

Pastu ada la sorang senior ni promote kat dia.
"Bila pertama kali digigit sahaja, mangai.... rasa macam nak tibai lagi 2 ringgit. Sedap gila owh." kata kakakku.

Mana taknya, popia ni kat dalamnya ada PISANG, & kat luar tu COKLAT rupanya. Lepas kakak aku beli 2 ringgit, aku plak gi tibai lagi 2 ringgit (RM1 = 3 bijik). Ayah aku pun masa mula2 pandang tu dia dok menghina je Popia Coklat nih. Sekali aku suap kat mulut dia, perghhhh.. Diambiknya lagi berapa bijik tah.. Haaa. Tu la dianya. Cuba dulu, baru tau.

Kesimpulannya, malu bertanya, ketinggalan zaman le jawabnya!
So, alasan kakak aku kehabisan duit boleh diterima la sebab Popia Coklat nih serious sedap gila!
(Dan mungkin Popia Coklat ni gak salah satu sebab dia semakin tembam.. huhu)

___________________________________









*Gambar ni diambil semasa dalam perjalanan ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS)*

0 KOMENTAR:

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini