[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Tahun ni,
mmg tahun rekod terpecah. Mana taknya, org yg conductnya Batch 0610 >>PEMECAH REKOD SMAP KAJANG.

Batch yg bertuah ini, lebih dikenali sbg Phoenix 0610 telah memecahkan beberapa tradisi SMAPK, antaranya:~
# pengakhir batch yg pakai baju batik lama.
# start batch inilah para naqibah mula berdakwah tanpa tengking2 (kalau ada marah2 pun, setahun 2 kali je)
# batch pertama (puteri) yg berlari2 masa waktu balik nak makan tengahari (tanak bagi can kat budak Siam..haha)
# batch pertama (puteri) yg panjat tangki kat flat guru [rendah je, tak tinggi mana pun--- dimaafkan la ek :P]
# batch pertama (putera) yang duduk kat saf depan dalam masjid (puteri?)
# tahun 2009, wakil sidang redaksi sekolah merupakan ahli batch ini. Pada tahun inilah kali pertama majalah sekolah berjaya disiapkan pada tahun yang sama [tapi publishnya lambat gak. cikgu nak jaga hati je kot?]
# batch pertama yg MAJORITInya (bukan SEMUA tau) kekal ana-anti [puteri je laa]

Dah la tu. Penat nak perah kepala otak dok ingat balik tradisi2 SMAPK yg dipecahkan oleh batch ni. Yang penting aku nak cakap, batch ni banyak jadi peawal & pengakhir perkara2 lama & baru kat SMAPK ni. Bukannya apa, pentadbir bertukar masa kitoranglah Form5 nya, so kitorang la yg kena conduct 'kemajuan'2 sekolah tu (poyo sangat ke bunyinya?)

[Asal aku rasa apa yg aku ckp kat atas ni takde kaitan ngan tajuk?]
Takpe2. Tu MUQADDIMAH.

Okay. SUKAN. Nak dikaitkan dengan Rekod SMAPK, Abu Ubaidah (rumah sukan aku) dapat tempat ke-4 buat pertama kalinya, setelah beberapa tahun meraih gelaran 'Johan'. Aku tanak cakap dengan lebih terperinci lagi, sebab perit sungguh di hati ini bila mengenangkannya kembali. Tapi, bila ku pikirkan balik, rumah yang aku bagi support (Khalid Al-Walid) pun pecah rekod gak apabila diumumkan sebagai Naib Johan setelah beberapa tahun mendapat tempat ke-4.
So, aku takleh la layan sangat sedih aku, seolah-olah aku tak bagi peluang kat diorang untuk merasai bahagianya bila dapat kemenangan. [ingat tu kawan2 (esp. rumah biru), semuanya telah diTAKDIRkan.]
Kalau korang nak tau lagi selanjutnya pasal Sukan SMAPK 2010 ni, sila klik di sini.

Pape pun, aku memang takleh lari drpd kesedihan ni. Last year kat SMAP la katakan, siapa yg nak kenangan kurang manis. Tapi aku percaya, ALLAH MAHA TAHU SEGALA-GALANYA, lebih drpd yang aku tau.
Lupa nak cakap, TAHNIAH kepada semua warga SMAPK.

Alhamdulillahi 'ala kullihal. Wa astaghfirullahal'azim.


*COUNTDOWN: lagi 5 hari nak hari Ahad--- no more call*

0 KOMENTAR:

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini