[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Danger! Mind-setting aku dah lari! Aku makin lemah! Takde power! Energy semua dah hilang! Diri aku yang sebenar dah nazak... Betul-betul nazak! Buktinya, kalau dulu aku yang tension boleh diubati dengan latihan Add Math, sekarang hanya dengan memandang buku Add Math boleh membuat aku tension.


Semakin hari aku rasa makin penat menghadapinya.. Setiap kali aku hendak memulakan perancangan aku, ada-ada sahaja dugaannya. Dan setiap halangan tersebut perlu aku akur, tidak boleh melawan walau sedikit pun. Berbekalkan 'kekuatan' yang aku ada serta sokongan daripada orang-orang yang menyokong aku, aku teruskan juga hidupku, walaupun pedihnya sangat menusuk qalbu. Lama kelamaan aku mengalahkan diri aku. Hampir-hampir putus asa. Tapi aku tak dapat cerita kepada sesiapa melalui mulut. I don't talk, I write. Penat aku tahan memendam bebelan hati aku. Tapi tak pernah terluah. Aku tak tahu macam mana orang boleh luahkan melalui mulut. Aku tak reti. Banyak kali aku cuba. Tak boleh jugak. Lama-lama aku terpaksa pendam sorang-sorang. Mulakan hari dengan senyuman hanya sekadar untuk menyedapkan hati orang lain walhal hati sendiri terluka. Hanya Allah yang menyaksikan titisan air mata aku.

Maafkan aku wahai sahabatku. Anan, sungguhpun kau berulang-kali menenangkan fikiran aku, otakku tetap berserabut. Izzat, sungguhpun kau kerap kali mengemukakan tips-tips yang sememangnya aku patut ikut, aku tetap gagal setelah aku mencubanya. Terima kasih kerana prihatin.

Salahkah bila aku terlalu menurut kehendak orang lain sehingga diri ini terabai? Bagi aku, aku merelakannya kerana aku lebih suka melukai diriku sendiri berbanding melukai hati orang lain. Aku sedar, aku tak bersederhana. Aku TERLALU memikirkan orang lain. Ampunkan aku wahai diriku, kau amat rugi kerana mempunyai tuan seperti aku.

Aku menanti hari-hari esok. Akan ikhlaskah senyuman aku? Atau tersengih hanya untuk menutup penderitaan hati aku?

..................................................................................... [hampir nazak]

Olympiad. Mula-mula aku excited masa Cikgu Zuzi bagitau yang aku terpilih. Tapi skarang aku betul-betul tak semangat. Tak berharap. Dan sangat tidak yakin. Selamat tinggal. Sekarang aku hanya ikut flow hidup aku. Apa nak jadi jadilah. Yang penting orang sekeliling aku bahagia.

Pelajar >> dah nama pun pelajar, kena la belajar. Ya, aku ngaku. Aku memang tak membantah kalau cikgu bagi kerja sekolah. Aku ok je kalau cikgu bagi kerja sekolah banyak2 nih. Tapi aku akan start cari alasan bila aku tak dapat apa yang aku rancang! Biar la orang nak kata ni aku punya masalah ke apa ke, aku tetap akan bagi alasan! (nampak sangat tak matang agi. haha. biar ah, asalkan hati puas).


Asalkan dapat FOKUS, aku akan siapkan kerja aku dengan senang hati. Apa kepentingan FOKUS ni? Penting sangat ke? Perlu ke mende alah ni ada?

YA!!!! Memang benda ni WAJIB ada!
Korang buat kerja, memang perlukan fokus. Korang tengok tv, memang kena fokus, kalau tak kita tak tau apa yang kita tengah tengok. Korang makan, kena fokus gak kalau tak nanti tercekik! Korang main game, kena fokus gak kalau nak menang. Senang cite, sume menda yang kita buat kena FOKUS! [Tidur kena fokus gak ke? Maybe~]

Maksud Fokus mengikut pendapat orang:~

"Fokus bermaksud memberi tumpuan sepenuhnya kepada pekerjaan yang sedang dilakukan. Fokus ni selalunya kat sumting yang kita minat je. Tak boleh hipokrit sebab fokus memerlukan keikhlasan. Fokus gak tak boleh disuruh, tapi boleh digalakkan. Fokus akan membuahkan output yang lebih bernilai, dan kadar kefokusan seseorang bergantung kepada penyesuaiannya kepada persekitaran. Contoh: kalau orang tu syok buat kerja tyme bising2, dia akan fokus masa bising. Camtu gak sebaliknya.."

Aku? Bagi aku, fokus bermaksud memberi perhatian semaksima yang mungkin terhadap sesuatu yang kita lakukan. Fokus boleh dibuat terhadap semua perkara, sama ada yang kita minat atau tidak. Tapi hasilnya akan lebih berharga terhadap sesuatu yang kita minat, berbanding yang kita tak minat sebab bak kata Am, fokus memerlukan keikhlasan. Kalau hati tak ikhlas nak buat kerja, macam mana la nak rasa puas kat hati ni kan? Nanti kang rasa cam frust je kalau tak puas hati. Fokus boleh dipaksa, kalau kita nak. Dan selalunya orang yang mempunyai power untuk memaksa kita fokus ialah mind-setting daripada diri kita sendiri. Selain kita sendiri, selalunya orang yang paling top kat hati kita atau dikenali sebagai antara orang yang paling kita sayang turut mempunyai power untuk menyuruh kita FOKUS. Dan aku memang setuju dengan pendapat Am, iaitu kadar kefokusan seseorang bergantung kepada penyesuaian persekitarannya. Terpulanglah kepada individu tersebut, sama ada boleh fokus dalam apa jua cara sekalipun.

Ok, back to the main point. Kenapa tiba2 aku membebel panjang lebar pasal fokus nih?
Terus terang aku katakan, cuti kali ni adalah cuti yang sangat useless bagi aku! Dan aku ngaku, memang kebanyakannya salah aku sendiri.

Cuba bayangkan, sebelum cuti lagi korang dah rancang untuk RAJINkan diri korang & siapkan kerja rumah secepat mungkin, supaya dapat study subjek2 lain yang korang lemah. Tapi, ada seminar EasyMaths yang perlu korang pergi selama 4 hari 3 malam. Sampai je kat rumah pada hari habisnya seminar tu iaitu pada hari Selasa, terus ayah korang pesan suruh training golf kat driving range, sebab hujung minggu ni nak pergi golfing kat Port Dickson. Ok, fine. Aku ok je kot masa dapat 'arahan' tu, sebab aku boleh la jugak dikatakan minat kat golf tu. Dan aku tak kisah sangat masa tu sebab minggu first cuti, maybe sempat untuk buat kerja lain. So, aku buat keputusan untuk pergi berlatih ngan kakak aku, setiap malam. Masa tu, aku tak rasa terganggu sangat pun masa aku sebab training golf tu cuma dalam 1 and half hour je, so takde ah teruk sangat kan.
Secara tidak langsungnya, korang turut menerima berita daripada kakak korang bahawasanya korang akan menerima kehadiran dua orang sepupu korang yang datang dari Kelantan (saja2 nak bercuti la ni kununnya). Pada mulanya, kehadiran mereka agak menggembirakan aku. Lama kelamaan, aku rasa teramat stress, tension & terganggu gara2 kebisingan dan kenakalan diorang sewaktu aku buat kerja! (Untuk makluman korang, diorang berumur 10 tahun & 8 tahun). Tambah lagi, aku kurang sihat selama seminggu cuti kali ni (mungkin berjangkit daripada sepupu yang darjah 4 tuh). Hampir demam selama 2 hari, dan selesema sampai hari ni. Ditambah lagi dengan kepenatan setelah berlatih golf, pastu dengan tidur yang tak cukup sebab budak2 tu tidur lambat dan bising SETIAP malam, macam mana agaknya korang boleh siapkan kerja?
Tambah lagi dengan stress memikirkan homeworkS yang terlalu banyak, memikirkan lagi betapa sekejapnya nak SPM, nak dibandingkan lagi dengan usaha aku yang sangat keterlaluan yang teramat sangat sikitnya, nampak sangat otak aku sangat serabut! Tambah lagi dengan persekitaran korang yang sangat bersepah disebabkan CHAOS yang dibuat oleh sepupu-sepapat dan adik aku yang kecik sorang nih, macam mana agaknya aku boleh belajar dengan TENANG? Aku tekankan lagi, dengan TENANG!

Ya, semua salah aku. Aku cuma nak tempat untuk belajar, masa untuk belajar, dan ketenangan untuk belajar. Yang paling penting, aku tak nak ada sesiapa pun yang lunturkan semangat aku untuk belajar. Salah ke kalau aku mintak semua tu? Dah terlambat, sebab kepala aku betul2 tengah serabut sekarang! Mampu ke aku kosongkan fikiran aku sebelum bukak sekolah nih?

Semangat. Kekuatan. Ketenangan. Relaks. Itu je yang aku perlukan sekarang untuk jadi rajin.
Aku betul2 rindu kat kelas aku! Nak siapkan kerja!

*anan, mana kau? tolong urutkan kepala, tengah tension nih.*

Aku ingatkan minggu second cuti ni boleh la aku relaks sikit, tapi ayah aku nak main golf lagi hujung minggu nih. huh~ [redha..]

Photobucket


Mengapa nama guru addmath ku terpapar sebagai tajuk post kali ni?
>>sebab post kali ni aku nak cakap pasal ADDITIONAL MATHEMATICS.
>>sebab bila aku search kat google nama beliau, hanya di facebook sahaja yang kutemukan namanya. (nak bagi nama cikgu famous ar nih kununnya).

Percaya atau tidak, ini le cikgu addmath aku (baju oren itam) >> Cikgu Zuzi. (comel kan?)

__________________________________

Betapa penat dan sengalnya badan dan otakku, gara-gara kem EasyMaths yang diceramahkan oleh Cikgu Noor Ishak Mohd Salleh. Bayangkan betapa hebatnya rakan-rakanku (tidak lupa juga aku sendiri yang teramat perasan orangnya) yang bertungkus-lumus memerah medulla oblongata kami semata-mata untuk subjek AddMath, selama lebih kurang 10 jam setiap hari.

Skema sungguh ayat. Kalau betul semua tatabahasa aku nih, mesti bangga punyalah Cikgu Kuza kat aku.

Berbalik kepada muqadimah, serious aku lelah gila lepas balik kem tuh. Keberkesanan program?
Hmm.. aku rasa macam lebih kurang Cikgu Zuzi je ajar. Tapi disebabkan aku belajar kat situ topik-topik form5 yang belum diajar kat sekolah, aku rasa macam agak senang ah masa buat tuh.
Walau apapun yang berlaku, Cikgu Zuzi aku tetap nombo satu!

Masa hari last kem, aku, nik ngan iqa rasa macam ter'touching' pulak kat cikgu ishak tuh. Aku rasa dia ah antara cikgu yang memiliki ciri-ciri cikgu yang hebat, walaupun setiap cikgu ada kelebihan masing-masing. Yang aku pasti, cikgu ishak betul-betul ikhlas nak mengajar kitorang. Walaupun aku baru jumpa ngan beliau 4 hari je, aku dapat rasa yang aku sayang kat dia macam aku dah kenal ngan dia lebih 10 tahun. Bukan kitorang bertiga je yang rasa macam tuh, budak-budak sekolah lain pun nampak gila macam sayang kat cikgu tu. Aku rasa rindu plak kat lawak kurang bijak yang dia buat, dan yang paling aku rindu sokongan ngan doa-doa beliau kat pelajar2 yang datang kat kem tu, walaupun cikgu tu takde bau bacang langsung ngan kitorang.

Kesimpulannya, aku tak rasa rugi langsung pergi sana, sebab aku dapat tambah sorang lagi cikgu yang memahami hati pelajar.

-habis sesi touching-

Hehe. Sebenarnya, ada sebab lain gak aku rasa best pergi kem EasyMaths nih.
Aku jumpa 2 orang kawan lama aku, Izzati ngan Fahmi. Yang aku excited gila2nya masa jumpa Fahmi ah, tapi bukan sebab dia laki je. (takde ah gatal sangat en). Bukannya apa, dah 5 tahun lebih aku tak jumpa dia (baru 5 tahun. haha). Yang bestnya sebab dia nih salah sorang besfren aku masa sekolah rendah dulu. (Nik sudah jatuh hati sama dia? aha~~)

*tengah rehatkan otak setelah bekerja selama 4 hari beturut-turut tanpa keuzuran*

Setakat nih, target aku 1 A+, 1 A, 4 A-, dan yang laen B, kecuali PSI ngan Sejarah iaitu C. haha. [sian ustazah zakiah ngan cikgu mus]


addmaths? aku target A- je paling tinggi pun. Serious aku tak yakin masa jawab semua paper, kecuali Chemistry. Acehh. Rasa cam poyo lak. Nak kata yakin takde ah yakin pun, cuma exam kali ni first time aku rasa bahawasanya aku betul-betul jawab exam. Rasa seronok la plak Kimia nih. Main charge2 negatif positif plak, rasa cam ada kuasa masa belajar tuh.

Aku takut ah nak pergi Olympiad Maths 26 Jun nanti. Serious aku cuak. Masa aku bukak web Persama tuh, bila aku tengok je contoh2 soalan dia, takut gila rasanya. Fenin kefala otak dibuatnya. Macam takde harapan je nak berjaya. Bila tengok nama pemenang2 yang tahun2 lepas, 99% orang Cina. Memang diorang hebat ah bab2 kira2 nih.

Sejak paper Addmaths hari tu, kepala aku rasa cepat gila nak pening. Buat kerja sikit dah pening dah. Apa nak jadi ngan aku nih? Dah makin tua sangat ke? Dah le selera makan kurang balik.
Nak kata ada penyakit rindu, ada tu memang ah ada. Tapi dulu ok je. Dah melampau sangat kot rindu orang. Haha. Camne ah nak jadik guardian ni enn.

Tapi pape pun, aku bersyukur sebab sekarang nih aku tengah excited gila nak study esp. Chemistry!
Dan aku rasa seronok sebab dapat habiskan cuti nih dengan FOLIO ADDMATHS! [ahak]

Nak jawapan? Nah~

*Aku dah dapat gamba taekwondo! yay! haha*

Setelah kian lama aku meninggalkan komputer kesayangan aku, akhirnya dapat gak aku blogging untuk cuti kali nih.


Banyak memori baru yang terpateri kat hati aku, cuma tak disimpan dalam bentuk catatan je. Mana la tau satu hari nanti aku hilang ingatan ke.

Yang penting, yang paling-paling aku ingat,
>>>>> TAEKWONDO
>>>>>>>> Balik rumah ANAN!

Senorok gila. First time aku dapat sijil taekwondo yg lawa gila, rasa cam nak laminate je (tapi tak mampu).

Balik rumah Anan? Hanya kami yang dapat rasa bestnya. ngah3. Jangan jeles ek.

*kepala aku dah start pening. ahh. tak jadi nak bebel lama2. sori kawan, cau dulu! ARGHHHH*

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini