[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Danger! Mind-setting aku dah lari! Aku makin lemah! Takde power! Energy semua dah hilang! Diri aku yang sebenar dah nazak... Betul-betul nazak! Buktinya, kalau dulu aku yang tension boleh diubati dengan latihan Add Math, sekarang hanya dengan memandang buku Add Math boleh membuat aku tension.


Semakin hari aku rasa makin penat menghadapinya.. Setiap kali aku hendak memulakan perancangan aku, ada-ada sahaja dugaannya. Dan setiap halangan tersebut perlu aku akur, tidak boleh melawan walau sedikit pun. Berbekalkan 'kekuatan' yang aku ada serta sokongan daripada orang-orang yang menyokong aku, aku teruskan juga hidupku, walaupun pedihnya sangat menusuk qalbu. Lama kelamaan aku mengalahkan diri aku. Hampir-hampir putus asa. Tapi aku tak dapat cerita kepada sesiapa melalui mulut. I don't talk, I write. Penat aku tahan memendam bebelan hati aku. Tapi tak pernah terluah. Aku tak tahu macam mana orang boleh luahkan melalui mulut. Aku tak reti. Banyak kali aku cuba. Tak boleh jugak. Lama-lama aku terpaksa pendam sorang-sorang. Mulakan hari dengan senyuman hanya sekadar untuk menyedapkan hati orang lain walhal hati sendiri terluka. Hanya Allah yang menyaksikan titisan air mata aku.

Maafkan aku wahai sahabatku. Anan, sungguhpun kau berulang-kali menenangkan fikiran aku, otakku tetap berserabut. Izzat, sungguhpun kau kerap kali mengemukakan tips-tips yang sememangnya aku patut ikut, aku tetap gagal setelah aku mencubanya. Terima kasih kerana prihatin.

Salahkah bila aku terlalu menurut kehendak orang lain sehingga diri ini terabai? Bagi aku, aku merelakannya kerana aku lebih suka melukai diriku sendiri berbanding melukai hati orang lain. Aku sedar, aku tak bersederhana. Aku TERLALU memikirkan orang lain. Ampunkan aku wahai diriku, kau amat rugi kerana mempunyai tuan seperti aku.

Aku menanti hari-hari esok. Akan ikhlaskah senyuman aku? Atau tersengih hanya untuk menutup penderitaan hati aku?

..................................................................................... [hampir nazak]

Olympiad. Mula-mula aku excited masa Cikgu Zuzi bagitau yang aku terpilih. Tapi skarang aku betul-betul tak semangat. Tak berharap. Dan sangat tidak yakin. Selamat tinggal. Sekarang aku hanya ikut flow hidup aku. Apa nak jadi jadilah. Yang penting orang sekeliling aku bahagia.

1 KOMENTAR:

ahakz , anin ..
ingat lg x time ana tension dlu kat kelas sume x oke ? cmni ah ana rse . nak lari dr skola sume2 ..
hehe
xpe la , i took 3 months to learn nk hidup sendiri dan kawal emosi .. time ana sakit pn xde kwn yg jaga . xde sgt orang kisah . HUHU ..

you will learn , anyway , just pray to ALLAH . HE IS ALWAYS THE BEST :) THE MOST PRECIOUS ..

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini