[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Pelajar >> dah nama pun pelajar, kena la belajar. Ya, aku ngaku. Aku memang tak membantah kalau cikgu bagi kerja sekolah. Aku ok je kalau cikgu bagi kerja sekolah banyak2 nih. Tapi aku akan start cari alasan bila aku tak dapat apa yang aku rancang! Biar la orang nak kata ni aku punya masalah ke apa ke, aku tetap akan bagi alasan! (nampak sangat tak matang agi. haha. biar ah, asalkan hati puas).


Asalkan dapat FOKUS, aku akan siapkan kerja aku dengan senang hati. Apa kepentingan FOKUS ni? Penting sangat ke? Perlu ke mende alah ni ada?

YA!!!! Memang benda ni WAJIB ada!
Korang buat kerja, memang perlukan fokus. Korang tengok tv, memang kena fokus, kalau tak kita tak tau apa yang kita tengah tengok. Korang makan, kena fokus gak kalau tak nanti tercekik! Korang main game, kena fokus gak kalau nak menang. Senang cite, sume menda yang kita buat kena FOKUS! [Tidur kena fokus gak ke? Maybe~]

Maksud Fokus mengikut pendapat orang:~

"Fokus bermaksud memberi tumpuan sepenuhnya kepada pekerjaan yang sedang dilakukan. Fokus ni selalunya kat sumting yang kita minat je. Tak boleh hipokrit sebab fokus memerlukan keikhlasan. Fokus gak tak boleh disuruh, tapi boleh digalakkan. Fokus akan membuahkan output yang lebih bernilai, dan kadar kefokusan seseorang bergantung kepada penyesuaiannya kepada persekitaran. Contoh: kalau orang tu syok buat kerja tyme bising2, dia akan fokus masa bising. Camtu gak sebaliknya.."

Aku? Bagi aku, fokus bermaksud memberi perhatian semaksima yang mungkin terhadap sesuatu yang kita lakukan. Fokus boleh dibuat terhadap semua perkara, sama ada yang kita minat atau tidak. Tapi hasilnya akan lebih berharga terhadap sesuatu yang kita minat, berbanding yang kita tak minat sebab bak kata Am, fokus memerlukan keikhlasan. Kalau hati tak ikhlas nak buat kerja, macam mana la nak rasa puas kat hati ni kan? Nanti kang rasa cam frust je kalau tak puas hati. Fokus boleh dipaksa, kalau kita nak. Dan selalunya orang yang mempunyai power untuk memaksa kita fokus ialah mind-setting daripada diri kita sendiri. Selain kita sendiri, selalunya orang yang paling top kat hati kita atau dikenali sebagai antara orang yang paling kita sayang turut mempunyai power untuk menyuruh kita FOKUS. Dan aku memang setuju dengan pendapat Am, iaitu kadar kefokusan seseorang bergantung kepada penyesuaian persekitarannya. Terpulanglah kepada individu tersebut, sama ada boleh fokus dalam apa jua cara sekalipun.

Ok, back to the main point. Kenapa tiba2 aku membebel panjang lebar pasal fokus nih?
Terus terang aku katakan, cuti kali ni adalah cuti yang sangat useless bagi aku! Dan aku ngaku, memang kebanyakannya salah aku sendiri.

Cuba bayangkan, sebelum cuti lagi korang dah rancang untuk RAJINkan diri korang & siapkan kerja rumah secepat mungkin, supaya dapat study subjek2 lain yang korang lemah. Tapi, ada seminar EasyMaths yang perlu korang pergi selama 4 hari 3 malam. Sampai je kat rumah pada hari habisnya seminar tu iaitu pada hari Selasa, terus ayah korang pesan suruh training golf kat driving range, sebab hujung minggu ni nak pergi golfing kat Port Dickson. Ok, fine. Aku ok je kot masa dapat 'arahan' tu, sebab aku boleh la jugak dikatakan minat kat golf tu. Dan aku tak kisah sangat masa tu sebab minggu first cuti, maybe sempat untuk buat kerja lain. So, aku buat keputusan untuk pergi berlatih ngan kakak aku, setiap malam. Masa tu, aku tak rasa terganggu sangat pun masa aku sebab training golf tu cuma dalam 1 and half hour je, so takde ah teruk sangat kan.
Secara tidak langsungnya, korang turut menerima berita daripada kakak korang bahawasanya korang akan menerima kehadiran dua orang sepupu korang yang datang dari Kelantan (saja2 nak bercuti la ni kununnya). Pada mulanya, kehadiran mereka agak menggembirakan aku. Lama kelamaan, aku rasa teramat stress, tension & terganggu gara2 kebisingan dan kenakalan diorang sewaktu aku buat kerja! (Untuk makluman korang, diorang berumur 10 tahun & 8 tahun). Tambah lagi, aku kurang sihat selama seminggu cuti kali ni (mungkin berjangkit daripada sepupu yang darjah 4 tuh). Hampir demam selama 2 hari, dan selesema sampai hari ni. Ditambah lagi dengan kepenatan setelah berlatih golf, pastu dengan tidur yang tak cukup sebab budak2 tu tidur lambat dan bising SETIAP malam, macam mana agaknya korang boleh siapkan kerja?
Tambah lagi dengan stress memikirkan homeworkS yang terlalu banyak, memikirkan lagi betapa sekejapnya nak SPM, nak dibandingkan lagi dengan usaha aku yang sangat keterlaluan yang teramat sangat sikitnya, nampak sangat otak aku sangat serabut! Tambah lagi dengan persekitaran korang yang sangat bersepah disebabkan CHAOS yang dibuat oleh sepupu-sepapat dan adik aku yang kecik sorang nih, macam mana agaknya aku boleh belajar dengan TENANG? Aku tekankan lagi, dengan TENANG!

Ya, semua salah aku. Aku cuma nak tempat untuk belajar, masa untuk belajar, dan ketenangan untuk belajar. Yang paling penting, aku tak nak ada sesiapa pun yang lunturkan semangat aku untuk belajar. Salah ke kalau aku mintak semua tu? Dah terlambat, sebab kepala aku betul2 tengah serabut sekarang! Mampu ke aku kosongkan fikiran aku sebelum bukak sekolah nih?

Semangat. Kekuatan. Ketenangan. Relaks. Itu je yang aku perlukan sekarang untuk jadi rajin.
Aku betul2 rindu kat kelas aku! Nak siapkan kerja!

*anan, mana kau? tolong urutkan kepala, tengah tension nih.*

Aku ingatkan minggu second cuti ni boleh la aku relaks sikit, tapi ayah aku nak main golf lagi hujung minggu nih. huh~ [redha..]

Photobucket

3 KOMENTAR:

anin , jgn fikir byk sgt benda anti kne settle kan dlm satu mse ..

try buat list of things to do dan FOKUS one at a time , dah siap satu , baru teruskan ,
baru ah rasa tak banyak sangat mende kne wat plus tak serabut otak sbb everything seems to be in order :)
relax k ..

lg satu , try tgk gmba ana byk2 . mesti relax . HAHA
x lah , try termenung sorg2 kt langit or kt alam sekitar . that's my way to relax . :)

selagi otak serabut , selagi tu satu kerja pn x jalan ..

so , let me put something on your list ..

1 . relax ur mind :)

xtau nk tengok langit cmne kat sini.. nnt leher sakit.. lenguh.. kat umah ana xleh baring mcm kat bumbung umah anti..

thanx jat.. tgh kuatkn diri sndiri nih.. [relakn apa yg berlaku..]

http://widgetindex.blogspot.com/2010/03/spider.html

link ni ade spiderman..
:)

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini