[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..


Mengapa nama guru addmath ku terpapar sebagai tajuk post kali ni?
>>sebab post kali ni aku nak cakap pasal ADDITIONAL MATHEMATICS.
>>sebab bila aku search kat google nama beliau, hanya di facebook sahaja yang kutemukan namanya. (nak bagi nama cikgu famous ar nih kununnya).

Percaya atau tidak, ini le cikgu addmath aku (baju oren itam) >> Cikgu Zuzi. (comel kan?)

__________________________________

Betapa penat dan sengalnya badan dan otakku, gara-gara kem EasyMaths yang diceramahkan oleh Cikgu Noor Ishak Mohd Salleh. Bayangkan betapa hebatnya rakan-rakanku (tidak lupa juga aku sendiri yang teramat perasan orangnya) yang bertungkus-lumus memerah medulla oblongata kami semata-mata untuk subjek AddMath, selama lebih kurang 10 jam setiap hari.

Skema sungguh ayat. Kalau betul semua tatabahasa aku nih, mesti bangga punyalah Cikgu Kuza kat aku.

Berbalik kepada muqadimah, serious aku lelah gila lepas balik kem tuh. Keberkesanan program?
Hmm.. aku rasa macam lebih kurang Cikgu Zuzi je ajar. Tapi disebabkan aku belajar kat situ topik-topik form5 yang belum diajar kat sekolah, aku rasa macam agak senang ah masa buat tuh.
Walau apapun yang berlaku, Cikgu Zuzi aku tetap nombo satu!

Masa hari last kem, aku, nik ngan iqa rasa macam ter'touching' pulak kat cikgu ishak tuh. Aku rasa dia ah antara cikgu yang memiliki ciri-ciri cikgu yang hebat, walaupun setiap cikgu ada kelebihan masing-masing. Yang aku pasti, cikgu ishak betul-betul ikhlas nak mengajar kitorang. Walaupun aku baru jumpa ngan beliau 4 hari je, aku dapat rasa yang aku sayang kat dia macam aku dah kenal ngan dia lebih 10 tahun. Bukan kitorang bertiga je yang rasa macam tuh, budak-budak sekolah lain pun nampak gila macam sayang kat cikgu tu. Aku rasa rindu plak kat lawak kurang bijak yang dia buat, dan yang paling aku rindu sokongan ngan doa-doa beliau kat pelajar2 yang datang kat kem tu, walaupun cikgu tu takde bau bacang langsung ngan kitorang.

Kesimpulannya, aku tak rasa rugi langsung pergi sana, sebab aku dapat tambah sorang lagi cikgu yang memahami hati pelajar.

-habis sesi touching-

Hehe. Sebenarnya, ada sebab lain gak aku rasa best pergi kem EasyMaths nih.
Aku jumpa 2 orang kawan lama aku, Izzati ngan Fahmi. Yang aku excited gila2nya masa jumpa Fahmi ah, tapi bukan sebab dia laki je. (takde ah gatal sangat en). Bukannya apa, dah 5 tahun lebih aku tak jumpa dia (baru 5 tahun. haha). Yang bestnya sebab dia nih salah sorang besfren aku masa sekolah rendah dulu. (Nik sudah jatuh hati sama dia? aha~~)

*tengah rehatkan otak setelah bekerja selama 4 hari beturut-turut tanpa keuzuran*

0 KOMENTAR:

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini