[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Kalo dulu orang slalu kata aku ni kool je, JARANG menangis. Time muhasabah je nangis. [ahak]
Mmm.. aku pun sebenonya rasa camtu gak, dulu hidup aku dok gelak je sepanjang hari. Skarang, aku lebih memikirkan tentang diri aku. Aku bukannya nak cakap aku tak bahagia dengan orang sekeliling aku sekarang ni, aku cuma nak cakap yang aku rindu dengan sikap aku yang dulu.

Mana yang lagi baik ah? Kehidupan dulu ke skarang? Aku sendiri konpius, sebab aku hidup dengan orang yang berlainan. Tak mampu nak bezakan, masing2 ada kelebihan sendiri. Yang pasti, aku takkan menyesal.
Bezanya, aku rasa makin tak berguna dok rumah. Nyusahkan mak ayah je. Aku sedih sangat2.
  • Cikgu kelas aku kata aku tak bayar yuran lagi. Seingat aku, aku dah bagi slip tuh. Aku tak tau salah siapa. Aku nak tanya betul2 kat cikgu aku tu, tapi aku takut sebab suara beliau makin meninggi bila aku tanya lagi banyak. Bila aku betau mak ayah pulak, aku kena marah sebab tak tanya betul2 kat cikgu. Apa aku nak buat skarang? Kalo la parents aku memahami betapa takutnya aku nak bersoal jawab dengan cikgu yang aku slalu carik pasal = tido dalam kelas + markah exam teruk. Dilema betul..
  • Spek aku hilang. Nyusahkan mak ayah lagi. Aku rasa nak dekat RM 500 duit bapak aku abes sebab aku buat hal. Aku betul2 tanak spek tu hilang, dan aku tak sengaja. Tapi macam mana pun, aku tau parents aku takkan terima alasan tu sebab aku yang cuai. Dah la ayah aku kena save duit sikit untuk bayar duit kakak aku masuk U, rasa bersalah gila.
  • Aku takut ngan SPM aku. Boleh ke aku? Serious tak yakin.. SORI MAK, AYAH. SORI. SERIOUSLY SORRY..
Apa maksud di sebalik semua yang jadi kat aku ni? Makin matang? Ke mengada-ngada je ah? Huh~ Just wait and see.

_________________________

Habis sesi touching. Skang aku nak cakap pasal player football yang aku dah jatuh hati sikit, iaitu Mr. Mesut Ozil. Player Jerman. Pakai jersi nombo 8. Agak bergaya masa main kat padang. Dan yang paling aku suka & agak terkejut, beliau merupakan saudara seISLAM aku! huhu~ Baru ku tau tadi. Alhamdulillah, pemain yang aku minat adalah orang Islam. Yang aku perasan lagi, mata dia lebih kurang macam mata bapakku! yuuhuuu~
Cuma aku berharap, lepas ni dia dapat main bola dengan menutup lutut beliau.
Thumbs Up!

1 KOMENTAR:

cayala aslah;)

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini