[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..


Masa aku kecik2 dulu, nak kata minat bola tu tak la sangat, tapi ada la gak layan sikit2. Boleh la dikatakan tak BUTA bola. Tapi sejak aku join geng2 bas sekolah aku, rasa cam ketagih lak. Rasa cam sentiasa rindu nak tengok bola. Sanggup stay up sampai pukul 2.00 pagi semata-mata nak tengok player beraksi & pengadil2 yang bayes serta slowEST motion yang sangat menyerikan malam2 kami di aspuri! Agaknya macam ni ah kot perasaan orang yang kemruk gila kat bola nih. Nasib baik ah aku tak pernah kutuk orang yang gila bola nih. hehe

Saat2 yang paling best for sure ah masa GOL! Aku ingatkan budak2 puteri sekolah aku ni tak pandang langsung kat bola nih, rupanya ramai lagi yang menggila nak tengok Jabulani tuh ditendang2. Sampai nangis gitu bila Ustazah Hashimah betau tak leh tengok. Nasib baik ar bonda pengetua memahami. [hehe] Memang ah best bila tengok ramai2, tapi bila tengok ngan dak pompuan, korang paham2 jelah. Terpekik terlolong sana sini. "Ah, sikit lagi!", "Ha, bawak ke belakang balik!", "Wahh, hensemnya KAKA." , "Bengong punya pengadil!". Huh~ Itu le antara dialog2 bingit yang didengari sepanjang2 match tuh. Geram betul aku. Rasa nak halau keluar je. Dok senyap sudah ah.
Kepada orang laki kat luar sana, kalo ada girlfriend korang yang gila bola, baik siasat dulu awal2. Kalo diorang kool je tyme match, bagus. Kalo tak nanti pas kawin korang terpaksa tahan telinga ngan jeritan2 diorang.

Skarang aku tak sabar nak tengok Jerman lawan Argentina. Dan yang pastinya aku akan sokong Jerman! (tak bermaksud aku benci argentina eh)
Mari kita saksikan Ozil beraksi!

0 KOMENTAR:

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini