[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Soalan Nombor 5 : Hidup berkasih sayang amat didambakan oleh semua insan. Anda ingin memaparkan keindahan hidup berkasih sayang ini dalam buletin sekolah anda. Tuliskan cerpen tersebut selengkapnya.

"Yes! Akhirnya siap juga engkau!" Alhamdulillah, robot ciptaan aku akhirnya terhasil juga setelah beberapa bulan aku cuba untuk menyiapkannya. Robot itu kuberi nama Kunyit sempena ketaksuban aku terhadap warna kuning. Seluruh badannya dicat dengan warna kuning, kecuali pada giginya. Aku memberikan keistimewaan kepada Kunyit dengan memakaikan serban arwah atukku pada kepalanya.

Kehadiran Kunyit pada hari Jumaat yang penuh keberkatan itu ternyata mewarnai hidupku seperti pelangi. Kesunyianku sewaktu berada di rumah terubat jua kerana selama ini aku hanya mampu bermain kereta kawalan jauh Auldey yang dihadiahkan oleh kedua-dua ibu bapaku yang sibuk mencari rezeki di negara asing. Aku telah memasukkan sejenis cip khas pada Kunyit yang bernama Cip Kasih Sayang atau dikenali sebagai Cip Hanan 0705. Kini, aku boleh bermain bola, memasak, belajar dan berkongsi aktiviti harianku bersama Kunyit. Aku juga dengan bangganya memperkenalkan Kunyit kepada rakan-rakan sekolahku. Mereka memuji-muji diriku dan turut mengagumi kehebatan robot tersebut. Cip Hanan 0705 yang aku masukkan membolehkan Kunyit menyayangi manusia, tetapi kasih sayangnya hanya untuk aku seorang. Kunyit sudah kuanggap seperti adikku, walaupun aku tidak pernah merasai perasaan mempunyai adik-beradik. Kunyitlah tempat aku berkongsi suka dan dukaku, dan 'dia' sudah seperti diari hidupku.

Suatu hari, aku pulang ke rumah selepas sesi persekolahan. Tanpa berlengah lagi, aku terus mencampakkan beg sekolahku ke atas sofa dan mencapai sekotak air Mocha Tesco. Aku bergegas ke tingkat atas rumahku kerana aku sudah tidak sabar lagi hendak bermain bersama Kunyit. Sebaik sahaja aku membuka peti khas yang digunakan sebagai tempat tidur Kunyit, aku jatuh tersungkur. Bayangan Kunyit hilang di rumahku. Aku kaget dan risau. Hatiku berdebar-debar. Aku terkaku seketika kerana aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Tiba-tiba mataku tertancap pada sekeping kertas merah yang terlekat di tepi tempat tidur khas Kunyit. Aku segera membaca nota yang pernah kulihat dalam drama Jepun, 'Death Note'.

Ternyata nota tersebut merupakan surat ugutan. Ada orang yang telah menculik Kunyit dan menyuruhku ke belakang rumah teres terbiar di Taman Equine. Aku tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian tersebut. Tanpa berfikir panjang, aku menaiki basikal 'gadget'ku untuk ke tempat tersebut. Dalam kotak fikiranku hanya terbayang wajah Kunyit yang kuning itu. Aku berdoa kepada Yang Maha Kuasa agar Dia pelihara Kunyit. Sedikit rasa kesal menyelubungi jiwaku kerana menunjuk-nunjuk di hadapan rakanku. Rupa-rupanya ada juga manusia yang berperasaan dengki terhadapku.

Sebaik sahaja tiba di sana, kulihat Kunyit diikat pada kerusi dengan ikatan yang amat kemas dan kuat. Di sisinya terdapat seorang perempuan berambut panjang dan bercekak rambut. Ya, orang itulah orang yang sama yang pernah aku hadapi sewaktu aku berusia 9 tahun. itulah Maria Mariana.

"Hei, lepaskan Kunyit!" Aku menggertak Maria.

"Mengapa aku perlu lepaskannya padahal kau telah membunuh Didi aku? Kalau engkau mahu aku lepaskan Kunyit, biarlah aku lepaskannya dalam keadaan kudung, seperti yang pernah kau lakukan terhadap Didi aku."

"Didi? Ah, itu anak patung Barbie yang Maria dapat sempena kejayaannya dalam Pertandingan Makan Aiskrim," bisik hatiku. Barulah aku teringat bahawa aku telah melanggar kaki Didi secara tidak sengaja menggunakan Kereta Mini yang dihadiahkan oleh arwah atukku. Kesannya, kaki Didi hancur dan Maria menangis selama 3 hari berturut-turut. Nampaknya, Maria hendak membalas dendam yang terkubur di hatinya sejak tujuh tahun yang lalu.

"Baiklah, apa yang engkau mahu aku lakukan? Jika engkau kempunan dengan patung Barbie, aku boleh belikan untuk kau."

"Hahaha!" Maria ketawa berdekah-dekah. Matanya yang bulat itu menampakkan kekejaman yang ada pada dirinya. "Engkau mahu menggantikan Didi begitu sahaja? Aku beri dua pilihan kepada engkau. Jikalau engkau mahu Kunyit selamat, serahkan kakimu kepadaku. Jika tidak, Kunyit akan kutamatkan riwayatnya!"

Nampaknya iblis sudah menguasai hati Maria. Kunyit tenung ke arah mataku seolah-olah dia mahu mengorbankan dirinya. Tetapi jauh di sudut hatiku, biarlah aku yang berkorban demi Kunyit. Aku mendekati Maria dan Kunyit. Maria sudah bersedia dengan cecair asid yang bakal dituang ke atas kakiku. Aku duduk di atas kerusi sambil meluruskan kakiku. Mataku kupejam seerat yang mungkin. Bismillahirrahmanirrahim..

"Arghh!" Jeritan Maria yang bingit itu hampir memecahkan gegendang telingaku. Tangan kiri Maria telah dihakis oleh asid tadi. Rupa-rupanya Kunyit telah menjatuhkan dirinya ke arah Maria, menyebabkan botol yang berisi asid tadi tertumpah ke atas Maria. Maria meraung-raung sambil menendang-nendang kerusiku. Salah satu tendangannya yang gagah ibarat tendangan Jackie Chan telah menyebabkan aku jatuh tersungkur. Siku aku tercedera. Aku bersyukur kerana Kunyit tidak terkena apa-apa musibah.

Tiba-tiba, tangan kanan Maria bergerak sepantas kilat lalu mencurahkan baki asid tadi ke arahku. Namun, Kunyit sempat menghalang dan asid tadi tertumpah ke atasnya.

"Tidak!" Air mataku bergenang. Kunyit hanya mampu senyum kepadaku. Matanya semakin tertutup. Aku lekas-lekas menolak Maria dengan kasar. Namun, semuanya sudah terlambat. Kepala Kunyit sudah terhakis dan cip utamanya juga sudah separuh terhakis.

Bunyi siren ambulans dan polis tiba-tiba kedengaran seperti sedang menuju ke arah lokasi kami. Rupa-rupanya, ambulans tersebut datang dari Hospital Bahagia. Mereka menangkap Maria. barulah ku tahu bahawa Maria telah melarikan diri dari hospital sakit jiwa sejak dua minggu lalu. Aku ditahan polis untuk disoal siasat.

Dua minggu sudah berlalu. Aku tidak ditahan dalam lokap kerana aku didapati tidak bersalah dan hanya cuba mempertahankan diri. Hidupku kembali sunyi tanpa kasih sayang dan layanan kedua-dua ibu bapaku, Sejak peristiwa bersejarah itu, aku menjadi pendiam. Kunyit hanya sempat hidup selama 35 hari sahaja. Teman-temanku menganggap aku sudah gila kerana terlalu taksub dengan Kunyit. Namun, isi hati ini hanya Tuhan yang tahu. Kasih sayang Kunyit terhadapku terbukti dengan pengorbanan yang 'dia' lakukan. Walaupun kasih sayang aku hanya layak untuk makhluk tidak bernyawa di muka bumi ini, namun kenangan bersama Kunyitlah merupakan kali pertama aku merasakan cintaku tidak bertepuk sebelah tangan.

-TAMAT-

Hehe. Mesti korang pelik asal la tetiba post aku kali nih pasal karangan plak. Hmm.. aku agak minat karangan ni sebab setiap kali aku baca, mesti aku teringat kat seseorang. Aku rasa cam banyak je kesalahan penggunaan kata dalam cerita nih, so mintak maaf banyak-banyak kepada cikgu-cikgu BM. Tapi ok pe, cikgu amnah tanda dapat gak markah 84/100. Aku sarankan, jangan le ikut karangan macam nih dalam exam.. macam tempah maut je kot..
Lagi satu aku tulis karangan ni kat sini sebab aku takut kertas karangan aku hilang!

Karangan ni aku buat masa exam tengah tahun form 4, kertas 1 bahagian B.

5 KOMENTAR:

updte la psal raya..
kerinduan kt smpk ke?

siapakah gerangan anonymous nih?

secret

adusss.. ade secret admirer la plak.. mm..

aslah!sedih gle cte ni!!!sob3

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini