[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..


Sesungguhnya jari-jari lentikku berasa amat malas untuk menaip di Blogger.com
Namun apakan daya, ada juga peminat yang entah dari mana, meminta kumenulis post sempena Hari Raya Aidilfitri.

Takde benda best pun raya tahun ni, cuma bezanya tahun ni raya tanpa abangku, solat sunat raya family aku pun pergi awal sikit tahun ni. So, takyah la kitorang susah-susah nak himpit-himpit ngan orang lain kat masjid tuh. Pastu, duit raya dapat banyak la juga. Kata pakcik makcik aku, makin besar makin banyak duit nak pakai. Sebab tu la makin banyak duit yang dibagi.
Lagi satu, aku sangat-sangat terkilan sebab baju raya aku tahun ni mencipta rekod!
Dua-dua pasang yang mak aku belikan, dua-duanya warna PINK! Unbelievable! Aku tak faham kenapa aku merelakan pilihan mereka..
Ini salah satu gambar aku pakai baju kurung. Yang lagi satu pasang, aku tak amik gambar la plak.

OK! Dah tamat pasal kisah raya aku yang memboringkan. Sangat-sangat ringkas.
________________________________

Ni pun alhamdulillah aku boleh taip guna keyboard. Itu pasal la aku amik kesempatan post blog sementara boleh menaip dengan normal. Bila komputer aku start menggila, aku terpaksa guna on-screen keyboard macam kat gambar sebelah ni haa..





Skarang, aku sentiasa jadi orang yang 'agak' up-to-date pasal kelab Real Madrid. Semuanya sebab Ozil. Nak tengok apa perkembangan dia dok kat kelab baru tuh. Nak tengok dia sihat ke tak, takut ada kena buli ngan C.R ke. Hehe. Ngarut ah~
Yang aku frust sikit, aku takleh tengok match diorang sebab GUA TARAK ASTRO! Haiyaa.. Takpe la, Allah nak suruh aku study banyak-banyak sikit. Hmmm... Ozil2..

Ha, benda yang satu ni plak buat aku happy skit. Bukan sikit, tapi sangat-sangat keterlaluan happynya! Anan balik rumah aku lagi. :)
Esok dia bertolak dari Ipoh pukul 10.30 am. Plannya, nak study ADDMATHS sama-sama. InsyaAllah. Baru la syok, ada kawan study sama-sama. [Ada kawan nak dibuli. Yay!]

Oh ye! Aku rasa sunyi semacam la cuti nih. Fatin Iliyana Jaafar, mana kau? Kau study hard gila-gila ke sampai dah tak layan internet? Huk2. Serious aku rindu kau (kat internet je la kot. Haha. Tak kejam sangat enn?) Mmmm.. Boring sebab takde kawan nak buat keje gila kat facebook.

Yang penting, aku tak sabar nak tunggu hari esok, menyambut ketibaan beliau dengan penuh rasa gembira!

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini