[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Firstly, aku rasa aku blogger Batch0610 SMAPK yang paling lambat post blog sejurus after SPM.

Balik-balik rumah je semua orang dah kelam-kabut, banyak kerja nak buat kat dapur.

Chop garlic & parsley,
Potong cili & capsicum,
Bungkus kuah bolognese untuk di'frozen',
Potong ayam, udang dan sotong,
Rebus pasta (spaghetti, penne & fettuccine)..etc

Fuh~ Dapur memang busy. Masuk la plak kat bilik (nak simpan barang-barang HOSTEL). Alang-alang masuk bilik, bukak la facebook sekali. Cett~ Internet takde, streamyx belum bayar. Aduss. Kepala otak aku dah plan macam-macam dah aktiviti after SPM, dan kebanyakannya melibatkan komputer dan internet! Takpe2, sabar dulu. Maybe dalam 1-2 hari ada la internet tu KOT.

3 hari kemudian...
Akhirnya seksa menunggu internet dah tamat. 3 hari aku menghabiskan hariku dengan berniaga (5.00 pm - 2.00 am). Masa balik dari sekolah tu, rasa semangat gila nak post blog. Apakan daya, mood dah takde. Pape pun, aku bersyukur gak sebab at least aku boleh online kat gerai.

Point utama yang aku nak cakap kat sini, ABANG aku sepatutnya AMAT BERSYUKUR sebab ayah aku sanggup keluarkan modal untuk bukak perniagaan ni, semata-mata nak isi masa dia after U. Kalau ikutkan hati, aku rasa malas sangat nak ikut berniaga (tahap keikhlasan : 50%). Tapi disebabkan aku tengok ayahku amat bersemangat dan aku kesian tengok dia, aku rela korbankan plan after SPM aku.

Aku tak tau kenapa, aku rasa terseksa dok sini.

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini