[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Dah lama aku tak tulis post. Kali ni aku betul-betul takleh tahan. Segalanya yg terkumpul di hati belum terluah.

Aku nak bercakap pasal cikgu. Aku fokuskan lagi untuk pelajar SMAPK, esp. putra yang tak sedar diri. Semuanya start bila aku facebook-walking, aku terbaca komen diorang pasal PK HEM. Aku start panas bila ada sorang budak laki ni (bg aku dia baik), dia gi kutuk apa tah kat Ustaz Rujhan. Respect aku terus jatuh bila dia cakap benda2 tuh. Sebenarnya dah lama dah aku bengang ngan budak putra sebab perangai diorang ngan cikgu, lagi2 sejak kes diorang ada pukul ustaz pakai belt lepas SPM. Dengan perasaan bengangnya, aku post la status baru..

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini