[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Assalamu'alaikum & selamat sejahtera. Semalam tiba2 Apin hantar mesej kat handphone aku jam 2.06 pagi : "Salam Aslah, pernah bayangkan tak tsunami waktu malam?". Walaupun aku rasa dia sebenarnya dah gila sebab tanya soalan yang pelik pagi2 buta, namun hakikatnya soalan dia yang aneh tu la membuatkan aku terfikir..


Ya, baru aku sedar.. Selama ni dok keluar berita pasal tsunami, semuanya terjadi waktu siang (setakat orang yg macam aku tau la). Sebelum tuh, mari kita sama2 hayati video tsunami kat Jepun hari tu..


Seram sejuk aku nengok air berkeladak mengalir kat seluruh bandar..
Kalau tsunami jadi waktu malam, korang bayangkan la dalam keadaan gelap-gelita tu, dengar bunyi macam bumi nak runtuh je.. Pastu tanah bergegar, anak korang yang umur 3 tahun & baru terer berjalan pun dah jatuh sebab tak stabil. Tetiba black out, elektrik satu kampung terpadam. Rasa jeles menyelubungi diri korang bila terpandang cahaya daripada lampu-lampi kat kampung seberang. Tapi tak lama pastu, satu bandar plak black out, cahaya bulan je yang korang nampak. Tiba2 plak ada bunyi tingkap pecah, rupa2nya kena hempap ngan kereta Mr. Bean kepunyaan jiran sebelah. Nak dijadikan lagi tragis, cermin sisi kereta tu patah lalu tercampak kat kepala anak korang yang berumur 3 tahun, tapi korang tak nampak sebab takde sumber cahaya. Yang kedengaran hanyalah tangisan bising yg normal daripada budak kecik. Nak keluar tengok apa yang jadi, tapi perasaan takut gila & seram tak dapat dihilangkan. Hanya mampu berdoa & baru la terkenang balik dosa2 silam.. Nak lari, tapi tak nampak pulak hala tujunya kat mana.. Berpandukan peta kampung yang dah ada dalam minda, korang lari laju2 sambil dukung anak kecik, menuju ke arah masjid terdekat, dengan harapan Tuhan akan selamatkan korang kat rumah mulia Dia tu. Rakyat sekampung semua menjerit, kadang2 ada rasa tension & tak puas hati dalam diri korang sebab dah la bising, pastu terlanggar kaki orang lak tuh.. Tapi bila terpikir balik keselamatan & nyawa keluarga korang, matlamat korang hanyalah nak selamatkan mereka.. Masa tu baru korang rasa belum ready lagi nak mati, dan baru la start nak hargai nyawa walaupun selama ni dok hitamkan paru-paru dengan rokok.. Selamat atau tak family korang lepas tu, aku tak tau.. Semuanya dengan izin Dia.. Lagipun, ni cerita rekaan je semata-mata.

Point yang aku nak cakap, sifat kasih sayang tak pernah terasing daripada Allah. Walaupun dia turunkan bencana alam yang meragut nyawa berpuluh ribu orang, tapi dia tak turunkan bencana yang lagi berat daripada tu. Itu mungkin petanda bahawa Allah masih sayangkan hamba2Nya, Allah takkan bagi dugaan yang hambaNya tak mampu.. Cuma kadang2 kita je rasa lemah & putus harapan, lalu mengenepikan Dia.. Dan terus salahkan Dia..

Kesimpulannya, setiap perkara yang berlaku ada hikmahNya. Bersyukurlah di atas setiap dugaan & nikmat yang kita dapat. Sentiasa bersangka baik dengan Dia, dan carilah sendiri hikmah tu.. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang dirahmati Allah.. Sekian sahaja tazkirah ringkas daripada saya, credit untuk A'isyah Hishamuddin.

*T.S.U.N.A.M.I : Tuhan Suruh Umat Nabi Muhammad Insaf

1 KOMENTAR:

TSUNAMI

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini