[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..


Apa-apa yang kita nak buat, kena ada PLAN! [betapa lambatnya aku, baru nak plan cuti ni, sama waktu dengan budak2 yang baru balik PLKN - baik aku volunteer je gi PLKN. huh~]

First skali aku nak senaraikan benda-benda yang paling aku takut & gentar sekali dalam cabaran hidup ni.

Hari tu ada universiti swasta (Linton University College- tak femes sangat pun, katanya ni universiti baru ek?) call aku. Macam biasa, dia offer la macam-macam course kat mana-mana bebudak lepasan SPM yang terpilih kununnya. And guess what? Aku di'offer' bidang NURSERY. What the??....
Apa kaitan universiti nih ngan benda yang aku takutkan ni? Terus terang aku cakap, jantung aku berdegup laju sangat-sangat masa dia speaking ngan aku (he's a chinese). Alhamdulillah, aku berjaya berlakon poyo boleh speaking (padahal soalan senang je dia tanya). Tapi pape pun, setelah aku renung balik diri aku ni, baru aku sedar betapa rendahnya tahap IQ aku bab2 English nih. Nak dijadikan cerita lagi, aku ni dah le lepasan SPM, nak interview pun kena pakai English gak. Ni belum masuk U lagi, kalau masuk UIA confirm2 kena belajar speaking dengan lagi telus. Bila besar sikit lagi, nak KERJA pulak. Kalau dapat kerja mewah2 (angau gilak), of course ah kena jumpa ramai lagi kaum kerabat yang berlainan bangsa & agama, kena speaking gak. Kesimpulannya, sama ada aku suka atau tak, ENGLISH tetap kena masuk dalam to-do-list aku.

So my first plan, I want to learn to SPEAK in English. (aku tanak STUDY english - grammar & what so ever). Aku nak belajar speaking je. Alhamdulillah, Allah tu Maha Memberi Petunjuk. Satu hari, member aku (Syafa) ada share satu video pasal how to speak english fluently . Baru je tengok first video, aku dah rasa teruja gila nak tengok yang second punya. Maybe aku rasa camtu sebab methods yang dia ajar jauh beza kot ngan yang aku belajar kat sekolah. Semuanya ada 7 rules, salah satu yang aku sangat suka - BURN YOUR GRAMMAR & TEXTBOOKS (memang berlainan sangat2 dengan kat sekolah punya kan?)
So kepada mana2 rakan taulan yang berminat nak improve English, jom lah kita sama2 follow & subscribe video2 ni. Oh ye, meh aku perkenalkan manusia yang dah inspire aku untuk blajar speaking ni ;

Nama beliau, AJ Hoge .
(Walaupun dia nampak macam tua sikit, tapi dia sangat BERSEMANGAT!) thumbs up~

Second plan, aku nak explore pasal Maths (bidang yang aku harapkan bakal bawak aku ke kemuncak kareer ku). Seriously, aku nak sangat2 tau applications dalam Maths & Addmaths yang aku dok belajar selama nih. Pasal ni, aku takleh cerita lebih detail sebab aku tak nampak lagi apa yang aku bakal tau (ayat macam biasa, saja nak suh korang makan panadol).
-yang ni aku cerita lain kali ah, sebab aku SURE 100% kalau ada mana2 pembaca yang benci Maths, dia takkan baca part ni.-
ok, next~

Third, walaupun aku agak segan sebenarnya nak cakap, tapi aku betul2 nak buat pengakuan, bahawasanya aku sangat berangan nak hustler dalam game Fifa. (bagi yang belum tahu, aku ni salah sorang game addicts)
Sebenarnya, semangat aku start berkobar-kobar lepas tengok gambar ni. keh3.
Yang pasti, dari dulu sampai la skang, aku bebal gila nak main game nih. *Am, boleh kan tolong daku? :D*

OKAY! enough. Setakat ni tu je yang aku nak tekankan dalam plan cuti aku.

#Well, aku tengah belajar buang dia jauh2 dari hidup aku. Susah macam mana pun hidup, kena teruskan gak kan.. ramai lagi orang yang tunggu aku kat depan tu, especially dia.. :)

0 KOMENTAR:

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini