[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

percaya atau tidak, camtu le hati aku sekarang nih..

penuh dengan kebencian, sedih, marah, dendam..
nampak sangat setan dah start kuasai aku.. semua benda yang aku buat ada je tak kena..
susahnya nak hidup, bila kita membenci yang teramat sangat kat orang yang sepatutnya kita sayang..
susahnya nak hidup, bila 1/3 daripada 24 jam yang kita ada, diluangkan bersama orang yang selalu sakitkan hati kita..
susahnya nak hidup, bila bangun je dari tidur terus tatap muka orang yang paling kita tak suka dalam hidup..
susahnya nak hidup, bila kita takleh lari & tak mampu buat pape bila kita rasa macam nak tumbuk je muka orang tuh..
susahnya nak hidup, bila kita dah try lembutkan hati kita untuk maafkan orang tu, tapi hakikatnya dia akan sakitkan balik hati kita..
lagi susah hidup nih, bila kita pendam semua rasa yang kita ada sampai bernanah hati, dan sampai sekarang orang tu buat tak tahu & tak kesah pun..

SUSAHNYA BILA SAKIT HATI NGAN ORANG LAIN!

kadang2 aku harap dia akan mati @ berambus dari hidup aku selama-lamanya, tapi aku tau doa yang tak elok tak dimakbulkan.. adakah aku termasuk dalam golongan yang teraniaya?

hidup ni memang susah, pandai-pandai la nak hidup..

2 KOMENTAR:

main game?? hehehe.. org ni x minat bola la pulak..

ok.. kita mengalami perkara yang sama..

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini