[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

2 bulan aku tak update blog.. selama ni kalau bukak blogspot pun sebab nak blogwalking, follow cerita-cerita budak2 yang rajin update blog macam azleen , izzat , syue , am dan kawan2 lain.. skang ni macam-macam cerita kat blog izzat, tapi mostly of course la pasal PLKN kan.. :)

sometimes tu bila aku baca, pening gak la.. tak paham istilah2 cheers & pelbagai ilmu sulit apa tah yang diorang blajar kat sana. Dengar cerita kawan2 aku yang gi PLKN semua happy, kecuali Amy ek? hmm.. dia bakal di'interview' oleh aku masa ambik result nanti..

asal blog aku senyap je?
banyak masa aku dihabiskan kat luar, tolong abang aku berniaga dari 6 petang sampai 2 pagi.. lepas subuh pun tidur balik selalunya (serious penat gila).. bila bangun terus online, cari kerja2 yang patut dibuat.. sampai aku takde masa nak luangkan untuk update blog. Lagipun, takde benda sangat aku nak khabarkan kepada hangpa semua. Same story everyday, takde benda special pun nak kongsi. Kalau ikutkan adrenaline aku sekarang nih, aku nak je berkempen pasal pilihanraya kat sini.. tapi bila kusedari hakikatnya ilmu kat dada aku pasal politik ni tak cukup menebal, rasanya aku tak layak lagi & tak bersedia nak berhadapan dengan perbahasan manusia2 yang taksub kerajaan & taksub pembangkang.. bak kata Shirou, dakwah kena ada strategi.. serious kepala otak aku tengah risau pasal pemimpin Malaysia sekarang ni.. lagi jahil daripada budak2 sekolah pondok rasanya.. huhu.

2 hari yang lepas aku baru dating ngan kekasih aku, Hanan. hehe. jangan jeles ye. Aku yang paksa dia datang sini dari Ipoh semata-mata nak jumpa dia.. semua bayaran ditanggung oleh aku (kecuali tambang datang sini).. tapi sehari memang tak cukup ah, tak rasa pape pun.. ok la daripada tak jumpa langsung kan.. walaupun korang semua dah tau, aku tetap nak bagitau bahwasanya aku rindu kat dia yang teramat sangat.. sekarang ni baru la aku start nak hargai semua masa yang aku ada kat SMAPK.. kat situ dia sentiasa ada kat sebelah aku, tak payah nak pikir pasal tambang ke pape ke kalau nak jumpa..
manusia memang camni kan? tak pernah rasa puas..


sekarang aku masih blur pasal masa depan aku, rasa macam rugi gila cuti kat rumah ni.. kalau ikutkan perancangan aku, macam2 research aku nak buat.. tapi Allah tengah tunjuk sumting kat aku kot, sebab banyak perancangan aku terhalang.. apa2 pun yang jadi, mintak2 la aku sentiasa berada dalam rahmat Dia.. tetiba rasa tak sabar nak masuk U.. cepat laa! nak lari daripada hidup di sini?.. hmm.. ntah la..

-mengenang nasib sendiri, sampai bila takkan habis.. gerak satu langkah pun jadi la! please..-

0 KOMENTAR:

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini