[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Maybe dah ramai orang yang tau & tengok filem Titanic 1997 lakonan Leonardo DiCaprio & Kate Winslet. Ni kira yang latest punya lah. Sebenarnya semalam aku dah start ngantuk + kepala pun pusing lepas pukul 12. Tapi aku tidur pukul 2 am, dan lepas tu mata aku segar gila sebab gelak sakan ngan adik aku. Semuanya gara-gara movie kat RTM2 semalam, Titanic 1953.
Cover cerita dia memang la colour, tapi filem dia hitam putih je (standard oang dulu2 la kan).

Satu lagi pasal cerita ni, aku tak dapat nak bezakan yang mana satu watak utama ngan watak sampingan. Kat atas ni watak utama mungkin? (macam dah terlalu tua). Aku tak tau sangat sebab aku tak tengok cerita tu dari awal kot. Tengok putus-putus.

Macam biasalah, mesti yang baru punya lagi gempak & tinggi kualitinya daripada filem lama. Memang lain betul la situasi dia, ketidaklogikan cerita ni la yang buat aku gelak ngan adik aku.

Antara perbandingan cerita versi baru & versi lama;
#VERSI BARU: First skali, masa Titanic terlanggar iceberg, of course semua orang panik, dah start ada orang jerit2. And for sure, Jack ngan geng2 kelas bawahan tak diutamakan, diorang tak dibagi jaket keselamatan & dikurung. Bila kapal dah start tenggelam, air mula masuk, suasana pun dah start bising2 dah. Ada yang jatuh, luka, mati. Even orang kelas atas yang dah naik kat bot emergency pun belum tentu lagi sempat lari ke area yang lebih selamat.
#VERSI LAMA: Bila Titanic terlanggar iceberg, kapal dah start senget (ok la tu sebagai permulaan). Tapi aku start tak tahan nak gelak bila SEMUA orang sempat pakai jaket keselamatan, sama ada orang miskin mahupun kaya (lain gila ngan versi baru punya). Air pun takde yang masuk dalam kapal walaupun sikit. Pastu background dia senyap gila, yang dengar suara pelakon je & bunyi siren emergency kapal. Takde orang yang lari2 kat belakang, yang ada pun macam standard orang jalan-jalan kat pasar malam Malaysia je. Pastu takde tunjuk scene orang mati, cuma nak bagi 'real' sikit kot, dia pun tambah la tompok2 hitam sikit kat muka pelakon2. Lagi satu, takde langsung kegoncangan berlaku, hanya kapal sahaja yang senget sampai la Titanic tenggelam. Jangan risau, sebab orang yang naik bot emergency semuanya selamat menjauhi Titanic yang semakin karam, dengan gaya mendayung yang sangat relaks. Oh ye, muka heroin dia masa nak tinggalkan hero (heroin sempat naik bot) tak macam yang versi baru punya. Riak muka sedih yang sangat sikit, dan takde air mata mengalir serta muka tak panik langsung (merelakan pemergian agaknya).

Disebabkan kepala aku sangat la berat dan pening sebab tahan ngantuk, aku tak tengok cerita tu sampai habis. Conclusionnya, aku tak tau apa dah jadi ngan Jack (dalam cerita versi lama, nama laki tu bukan Jack kot). Nama perempuan tu Anette.

Oleh itu, sama-samalah kita bersyukur dengan kemajuan dalam bidang perfileman pada masa ini, yang mampu membuatkan kita ada feeling seolah-olah kita yang mengalami situasi itu.

*Tetiba aku rasa nak tengok balik cerita Titanic 1997 punya. Info buat sesiapa yang belum tahu, Titanic karam pada tahun 1912, lebih kurang 100 tahun yang lalu.*

0 KOMENTAR:

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini