[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Akhirnya impian Wawa untuk piknik selama ni tercapai, bertarikh 29 April 2011. Mula-mula ingatkan nak gi bookfair dulu, baru piknik. Tapi nasib baik ar ada sorang kawan yang bernama Nisa ni sentiasa sedar diri, ingatkan kitorang tentang traffic jam & sebagainya.. Yang lain semua main setuju je masa first2 decide nak gi bookfair dulu, tanpa menghiraukan cahaya ultraungu yang bakal menyinari masa piknik nanti. Gila ke apa nak piknik pukul 1 p.m. Excited sangat la tuh~ Pape pun, kami sedih banget :( sebab original punya organizer tak dapat datang sebab ada test motor, dan mak beliau tak mengizinkan beliau enjoy di luar. Dan of courselah, saya kesunyian tanpa kehadiran teman kesayangan saya Hanan Khairunnaim.

Rancangan awal :
#9.30 am >> berkumpul kat stesen KTM Titiwangsa, macam yg Wawa betau ni ha;
#10 a.m - 12 p.m >> Piknik~
#1 p.m >> gerak gi bookfair

Tapi rancangan jauh gila tersasar! Aku kena amik Iqa dulu kat Seremban.. anak mak la katakan :) Kitorang sampai kat Titiwangsa tu dalam pukul 10.45 (lambat sejam 15 minit), sebab Wawa ngan Azleen tunggu aku, Iqa ngan Anis (plg lambat.. keh3). Orang yg paling awal sampai >> Ily! [pukul 8.30 dah tercangak kat tasik tuh.. punctual sungguh.. sian gila kat dia menunggu sampai kering air tasik disedut beliau]. Ama, Izzat, HAB, Shima ngan Nisa sampai pukul 10 kot kat tasik tuh. Semua dah sampai, kumpulkan makanan kat tengah tikar & ngap!

tak jernih mana pun air tasiknya.. tapi wawa tetap tak bagi kitorang basuh tangan kat situ, dia kata ada air kencing tikus, nanti boleh mati. *semua orang percaya*

semua dah sampai~ nisa yang bawak tikar.

Ily nak elak daripada bergambar *kononnya*. Aku bawak spaghetti, sebagai pekerja KFC, HAB mempromosikan A.M Rizer yang baru dan lama, Ily bawak air gas banyak gila, Azleen bawak cupcake, Wawa bawak sandwich telur, Izzat bawak kek batik, Shima bawak cendawan goreng [tapi dia tak bagi orang makan sebab dia kata masin.. seb baik ar Azleen pandai sedapkan hati orang, dia kata "Ok la ni Shima." :P Iqa kununnya rasa bersalah sebab tak bawak pape dari rumah, dia beli la potato chip ngan Orea, tapi last2 bagi orang tapau je..hehe

cupcake azleen :)

Nisa baru datang dari mana tah

air pancut yang baru tumbuh pukul 12 pm

lapar~

with lin dan

semua berkemas nak gi playground jap

_________________________________________

KAT PLAYGROUND ;

gambar yang bakal di'upload' kat facebook untuk tag mak Iqa :)

atas jambatan gantung~

budak2 PLKN mengimbau kenangan lama di kem

kat 'pro-builder' a.k.a mini gym [best giler!]

rahsia olahragawati SMAPK

even main nset je kat alat ni dah boleh kurus :)

nak wat Isha jeles~

kitorang tak tau apa function benda nih

driving class

Iqa : Meh la sini Ily, runtuhkan lemak2 berkrim hang tuh..
Ily : Pe jadahnye.. tak yah laa.. aku dah slim abes dah ni! Aku nampak gemuk sebab banyak sedut darah je

shima ngan nisa balik dulu demi anak-anak kecik di Kumon [muka Nisa menahan kegelian sewaktu dipeluk Shima :) ]

Berpeluh gila kitorang jalan-jalan kat sini. Stop kat surau jap untuk solat Zohor, malangnya kepala paip & air takde. Tyme ni baru la ramai2 sedar yang muka diorang burn. Sambil2 tu bergosip kat situ. Astaghfirullah [seb bek aku tak join gosip :P]

Izzat balik dulu, dia tak join gi bookfair. Kamera aku dah nak abes bateri. So on the way nak gi PWTC tu naik teksi, aku sempat rakam suara pakcik teksi tu bagi ilmu 'tilik' kat kitorang. Merepek sungguh. Aku tak tau camne nak upload benda tu, nanti kalo dah tau aku masukkan ye kawan2.

Yang tinggal sekarang hanyalah aku, Wawa, Iqa, Azleen, Ily ngan Anis. Kat pintu masuk bookfair tu semua orang ambik nombor S.O.X free. Nak ambikkan untuk Anan, tapi kena ada I/C :( Pastu kitorang solat Zohor jap kat The Mall. Raaamaii gila orang solat kat PWTC, sesak gila & bau kepam budak sekolah punya stokin. Alhamdulillah masih ramai orang Islam yang solat :) Pusing2 kat bookfair tu tak lama mana pun, lebih kurang sejam je. Last2 sekali buku yang dibeli? LAWAK KAMPUS. Ceyh~ Iqa plak tak habih2 ngan Alaf21 nye, tapi dia tak jumpa booth.. Kesian~ Dalam pukul 5 petang camtu, kitorang dah start naik LRT nak balik.. Aku tak sempat nak hantar Iqa balik ke Seremban, so kitorang pun berpecah kat komuter.

Disebabkan akakku dari UM ajak balik sekali, so aku pun singgah la kat Mid Valley untuk solat Asar jap, and then jalan2 sorang [BEST gilerr! I love freedom~] sambil tunggu kakak aku call untuk guide aku ke UM. Last2 aku amik teksi & solat Maghrib kat bilik member dia. Tyme ni aku dah start penat gila, ngantuk nak mampus sebab malam sebelum gi bookfair ni memang aku tak tido. Lepas solat aku makan taufufa yang akak aku beli kat pasar malam. Dah le masam, air nisan tu sikit lak tu, aku rasa ni la taufufa paling tak sedap yang pernah aku makan seumur hidupku. Nasib baik la ada nasik ayam [nyum2]. Tapi nasik ayam tu aku tak sempat makan kat UM. Kakak aku nak bertolak awal sebab nak sampai rumah awal. Sambil2 tunggu komuter tu, akak aku suruh makan dulu, dia kata KONFIRM komuter sampai lambat lagi. So kami pun duduk la bersila kat tepi jalan tuh. Dalam 3-4 suap lepas aku makan, tetiba lak komuter datang.. gelabah gila aku bungkus balik nasik ayam tu, seb bek la tak sesak sangat kat koc pompuan. Masuk dalam komuter, aku sambung makan balik kat atas lantai - tempat duduk penuh :) [selamba badak je men tibai nasik ayam dalam komuter].

Dalam kereta on the way gi gerai, aku tidur.. Malam tu aku tak gi kerja, penat gila nak mampus. Sedar2 je aku dah sampai rumah dalam kol 11. Kakak ngan adik aku yang tolong abang kat gerai :) Sampai je rumah, aku solat Isyak & qadha' hajatku untuk tidur..

*Hari yang amat memenatkan! Next time nak gi air terjun lak. keh3*


Percaya atau tak, lepas balik kerja (2.30 am) aku terus sambung basuh pinggan & periuk belanga dan segalanya sampai la pukul 4.30 pagi [diselang-selikan dengan online..keh3]. Rasa macam sewel lak basuh pinggan pepagi buta nih. Disebabkan aku rasa tak selesa yang teramat sangat, aku pun mandi & terus sambung online.
Ditambah lagi dengan air power nih, maka tak mengantuklah aku..

Seriously, aku takde idea nak bagi tajuk apa untuk post kali ni. Cuma aku nak cerita sikit apa yang berlaku kat gerai tadi. Hari ni RAMAI gila orang datang makan.. Mentang-mentang ar baru je dapat gaji, semua lepaskan kekempunan nak makan kat luar. Aku rasa tension sangat bila order yang serentak datang berduyun-duyun. Kitorang ni bukak gerai jer, mana laa cukup dapur nak buat semua sekaligus. Tapi menjadi satu fenomena biasa la kan, kita mana boleh buat semua orang paham situasi kita. Alhamdulillah, Allah still selitkan kebaikan di sebalik setiap dugaan. Tadi nasib baik angin tak kuat sangat, takde la api tu meliuk-lentok & mengada-ngada sangat. Pastu nasib baik gak takde customer yang merajuk sampai blah camtu je ke. Aku sangat tak suka berniaga macam ni. Barang yang aku jual semuanya lambat nak masak, dan aku takleh buat pape untuk mencepatkan makanan tu masak. Malam ni adalah salah satu malam yang aku rasa down gila berniaga. Salah sorang customer telah melukai hatiku [tak tau le kalau aku je yang syok sendiri]. Yang aku pasti, macam-macam kerenah customer yang aku jumpa, yang paling menarik ialah Geng Pelik (bakal diceritakan di lain post).

Dah la, tetiba rasa nak tamatkan post yang ni. Nak sambung tengok cerita, sambil tunggu azan Subuh. Adios~

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini