[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..


Percaya atau tak, lepas balik kerja (2.30 am) aku terus sambung basuh pinggan & periuk belanga dan segalanya sampai la pukul 4.30 pagi [diselang-selikan dengan online..keh3]. Rasa macam sewel lak basuh pinggan pepagi buta nih. Disebabkan aku rasa tak selesa yang teramat sangat, aku pun mandi & terus sambung online.
Ditambah lagi dengan air power nih, maka tak mengantuklah aku..

Seriously, aku takde idea nak bagi tajuk apa untuk post kali ni. Cuma aku nak cerita sikit apa yang berlaku kat gerai tadi. Hari ni RAMAI gila orang datang makan.. Mentang-mentang ar baru je dapat gaji, semua lepaskan kekempunan nak makan kat luar. Aku rasa tension sangat bila order yang serentak datang berduyun-duyun. Kitorang ni bukak gerai jer, mana laa cukup dapur nak buat semua sekaligus. Tapi menjadi satu fenomena biasa la kan, kita mana boleh buat semua orang paham situasi kita. Alhamdulillah, Allah still selitkan kebaikan di sebalik setiap dugaan. Tadi nasib baik angin tak kuat sangat, takde la api tu meliuk-lentok & mengada-ngada sangat. Pastu nasib baik gak takde customer yang merajuk sampai blah camtu je ke. Aku sangat tak suka berniaga macam ni. Barang yang aku jual semuanya lambat nak masak, dan aku takleh buat pape untuk mencepatkan makanan tu masak. Malam ni adalah salah satu malam yang aku rasa down gila berniaga. Salah sorang customer telah melukai hatiku [tak tau le kalau aku je yang syok sendiri]. Yang aku pasti, macam-macam kerenah customer yang aku jumpa, yang paling menarik ialah Geng Pelik (bakal diceritakan di lain post).

Dah la, tetiba rasa nak tamatkan post yang ni. Nak sambung tengok cerita, sambil tunggu azan Subuh. Adios~

0 KOMENTAR:

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini