[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..


Tengah on the way balik KL dari Ipoh, tetiba Anan 'call', dia kata aku dapat MARA. Dengan penuh kepelikan aku suruh dia check lagi sekali. Dia kata memang aku dapat. Yang aku herannya, aku dah le tak gi interview, camne ar tetiba leh dapat? Aku still was-was, lalu mintak tolong Patin checkkan.. Dia kata aku dapat, & budak yang apply PIDN (Program Ijazah Dalam Negeri) takyah gi interview. Hoho. Kat sini aku nak selitkan sikit, untuk sesape yang belum tau, Puduraya baru nih kat Plaza Rakyat, bukan kat Pudu. So yang naik LRT nak gi Puduraya tu waspada sikit ye.

Orait. Sampai je kat gerai aku berniaga, terus aku on laptop. Tadaa~~

Foundation Engineering UTP? hoho.. Tak pernah aku terpikir nak jadik engineer seumur hidup aku. Kalau setakat nak jadi mekanik tu penah la gak masuk list cita-cita aku. Tapi aku bersyukur, sebab aku takyah belajar BIO! Yay~ Mak ayah aku pun apa agi, setuju je ar.. Ye la, dah la kat U swasta yang diiktiraf, dapat tajaan lak tuh.. Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Tapi yang toughnya, kena study hard & struggle sampai bulu betis tercabut ah.. Kalau tak botak le bapak gue. Dan lagi satu, kat salah satu borang tu ada tanya 3 pilihan program yang aku nak study kat UTP. Kalau bab2 ni, ICT je la yang aku paling minat. Tapi ICT under Foundation Technology, sedangkan aku foundie enjin. sob2 :( . Elektrik aku tak minat, Petroleum pun sama.. Petroleum Geosains apetah lagi.. yang tinggal menjadi pilihan aku hanyalah Chemical, Civil & Mechanical.. Tiga-tiga course ni agak ok la bagi aku, cuma concentration minat aku yang berlainan skit antara semua tuh.. Takpe ah, yang penting aku nak tanam azam baru, aku tak nak apply cara aku study masa sekolah menengah kat U nanti.. Aku tak dapat decide lagi nak spesifik course apa untuk ijazah nanti, tapi aku berpegang kat kata-kata kakak aku.. "Kau belajar je elok-elok, score semaksima mungkin, pastu kau tinggal pilih je nak ambik course apa.. Nanti masa study kau sendiri akan sedar kau minat bidang apa.." Matlamat aku sekarang >> STRUGGLE!

*antara moto hidup aku : "Jangan berharap sangat kalau rasa benda tu mustahil". Dan aku rasa agak susah bagi aku untuk tukar ke course ICT. huk2 :( UTP, I'm coming!

5 KOMENTAR:

wah, tahniah aslah! suka akk tgk korang ni hebat2 belaka :)

hehe.. tenkiu.. lawyer pun hebat gak..

Tahniah..moga dipermudahkan segala urusan nanti.. InsyaAllah..

apsl pendeks sgt criter, nnt cer lagi tau! good luck selah

haha..aku stdnt utp gak!jom knl2,haha..jan 2011 intake=)

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini