[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Start dari malam semalam, mood aku tak berapa baik. Aku ngantuk gila sebenarnya, tapi aku sempat lagi nangis teruk gila sebelum tido, jadi bengkak la mata aku macam panda makan buluh esoknya.. Aku tak tau nak hilangkan kesedihan camne, seriously takde benda best aku nak buat kat rumah. Tyme tu ada 2 perkara je yang terlintas kat kepala aku; 1st, nak gi Perak jumpa Anan. 2nd, nak hangout sorang2 kat mana2. Dan kedua-dua perkara tersebut sangatlah mustahil untuk dilaksanakan.


So, untuk meredakan kedukaan dalam diri aku, aku try la bukak beg kenangan aku. Dalam beg tu, banyak gila barang2 yang kawan2 aku bagi, especially kad-kad beday @ kad raya. Jangan risau kepada sesiapa yang ada bagi hadiah kat aku, aku simpan sampai bila2. Alhamdulillah, akhirnya terukir gak senyuman yang aku rasa cukup ikhlas kat mulut aku.. Rasa macam bodoh gila tengok lawak kawan2 aku kat kad nih. Mad Isa design kad beday labah-labah 2 tahun beturut-turut untuk aku [kureng asem sungguh]. Orang yang paling banyak bagi kad kat aku, Nasya Seman. Setiap tahun dia akan bagi kad beday & kad raya kat aku, kecuali tyme Form 1.

Secara tak langsungnya aku rasa rindu gila kat SMAP. Aku rindu diri aku kat SMAP, tak macam kat rumah ni, memboringkan & menyedihkan, sangat2 suram. Aku rindu time pagi2 gi sekolah lambat, & aku tak suka jadi orang yang terlalu ikut peraturan a.k.a skema [obviously, aku ni bukan la orang yang baik]. Aku ingat lagi time Form 3, aku ngan Izzah wat hal kat mikrofon asrama. Buat announcement merepek. Masa buat tu tak takut, lepas je buat memang aku cuak gila *sambil gelak2. Seb baik la ada Geng Asmaul Husna di sisiku. Kitorang ni kadang2 anti skit ngan naqibah yang pelik2 & over, tu kot yang membuatkan kitorang satu kepala. Start je teringat kat Nasya, ada satu kenangan buruk yang aku takkan lupa sampai bila2. Aku ingat lagi, camne la aku boleh bodoh sangat gi bersekongkol dengan senior provoke kawan baik sendiri. [kalau ko tengah baca ni Nasya, ni kes kat buaian tu ha]. Lepas je jadi benda tu, aku rasa bodoh & menyesal sangat, aku dapat bayangkan camne perasaan dia, kawan tikam dari belakang. Kawan yang selama ni sokong, tetiba je berpakat ngan musuh kita untuk jatuhkan kita. BODOH PUNYA ASLAH! Nasya, aku mintak maaf sangat2.. Aku memang bukan kawan yang baik, selalu buat baik, tapi once aku sakitkan hati orang, mesti luka yang aku toreh tu meninggalkan kesan yang dalam sangat. Benda yang sama jadi lagi kat teman rapat aku, Hanan. Apa gunanya buat baik banyak2, tapi bila sakitkan hati orang, jadi teruk gila. Aku rasa better sakitkan hati orang banyak2 & tak menyakitkan sangat daripada jadi macam yang aku buat.

Huh~ sesal dahulu pendapatan, sesal sekarang takde guna dah.. Aku bersyukur sangat kawan2 yang aku sakitkan hati tu still terima aku dalam hidup diorang.. Nasya, thanx a lot. Hanan, you too.. Sorry for every single thing that I've done. Terima kasih sangat2 kat kelembutan hati korang..

*Sorry, aku rindu gila kat korang...


1 KOMENTAR:

:)

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini