[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Mood tengah baik, better than yesterday. Allah aturkan segalanya, dan semua yang aku harungi lagi senang daripada yang aku sangkakan. Berbalik kepada tajuk asal,


Kenapa aku takleh jadi debater?

#1st skali, aku seorang yang sangat malas membaca. Akibatnya, aku ni bukanlah termasuk dalam golongan yang informative mcm Ama, Wawa, Patin, Kuping dan lain2 makhluk. Kecuali kalau benda yang perlu dibaca tu benda yang aku minat, insyaAllah sampai ke titisan dakwat terakhir pun akan ku sentap. Macam yang korang tengok, pendebat2 hebat memang banyak kena tahu isu semasa. Apa yang jadi ngan ekonomi negara, sekolah harapan laa, NKRA la amende tah lagi.. Dengan perangai aku yang macam ni, aku boleh jadi debater, tapi debater yang busuk. Sangat hamis.

#2nd, kelemahan komunikasi aku terletak pada mulut. Especially kalau pasal benda2 skema & formal nih. Kalau setakat nak pujuk kawan ke, aku ok la gak *pendengar yang setia?*. Tapi kalau nak cakap pasal benda yang aku tak suka, memang hancuss. Aku tak tau la apa penyakit aku, kalau nak luahkan apa yang terbuku kat fikiran melalui mulut, memang aku lembab skit. Kalau ikut bahasa pendebat : "Saya bukanlah seorang yang kemas melontarkan fakta". Impulse memang susah nak sampai kat mulut. Memang terbukti la aku satu geng ngan Cupin, ahli kelab PLBS (Pending, Loading & Buffering Society). Tapi buat sesape nak upah aku jadik tukang laser, aku layak rasanya. Perli orang merupakan satu 'kelebihan' diriku. [ish3] Kalau nak yang cemerlang punya, suruh aku tulis via surat @ emel. Konfirm masuk Dewan Siswa. Bakat aku bukan di mulut, tetapi di tangan.

#3rd : Low self-esteem. Aku rasa sangat sedih bila dengar ayat nih ; "Apa? Tak dengar laa.. ulang balik". Huh~ Nape tah rasa macam kuciwa sungguh. Aku rasa aku dah try sehabis baik dah kuatkan suara. Dan orang kata aku cakap tak jelas. Huk2 :( Ni pun salah satu sebab aku rasa macam tak sanggup nak hadapi interview. Tapi aku bersyukur gak, sebab suara aku yang slow ni la tyme borak aku takde la macam nak wat announcement gayanya. Aku boleh berdebat, tapi bukan dengan cara yang sopan (perkataan sebenar, carik gaduh).

#4th, yang ni sebenarnya macam takde effect sangat (kot?), mungkin boleh menyokong hujah je walaupun sikit. Tak kira la waktu aku excited, waktu aku penat, waktu aku sedih, sweat gland aku akan aktif secara tak langsung. Even time aku relaks pun leh jadi camtu gak. Tapi bukan di ketiak, di muka saja [aku tau korang dah start pikir yang aku ni baeng kan]. Tak caya? Try with a simple test. Bagi aku minum air masak segelas, konfirm 4 saat lepas tu aku akan berpeluh yang amat. Tak manis la kan, tetiba je sorang pendebat perempuan berair-air mukanya. Penah ke korang tengok Ama camtu? Malu mak eden nengok, tak sanggup ngaku anak masa berdebat.

Well, aku sebenarnya ada menyimpan angan-angan nak jadi pendebat *rasa cam malu plak*. Tapi, aku tau keupayaan aku bukan di situ. So kepada mana2 pendebat negara, aku tabik keras kat korang! Especially stok mulut2 pedas tu, memang aku kagum abis. Buat mana2 sedara yang still berminat ngan dunia perdebatan nih, follow la blog ni ye>>> SalahTaip

Tak sangka ada gak citer camnih.. huh~ *geleng-geleng*


5 KOMENTAR:

aku tak suka baca laaaa..... [hak2]

kwang3... aku sangat mengenali siapakah gerangan 'aku' nih... ok la tu, ko TAU GILA psl NKRA en?? haaa..

kuping...hihi

tralalala~

ana pun..teringin jd debater..tp berdiri dpn org pn takot..ayt cam..(*&^%$#
hahaha

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini