[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..


Fuh~ Akhirnya ada gak masa untuk blogging setelah berhempas-pulas settlekan jadual2 & blablabla.. Orait, seperti yg penah dinyatakan, aku ambik Foundation in Engineering under MARA Scholarship.. spesifik kat Chemical Engineering.. Beberapa hari sebelum masuk sini, aku habihkan masa lebih daripada 5 jam untuk search pasal life kat UTP. Macam2 la yang aku taip, "my first day in utp", "life in utp", "aku budak utp", "kediaman utp" and so on.. Results = *nothing*. Kalau ada pun, kurang memuaskan hati aku. Hilang rasa excited aku nak masuk UTP. So aku decide awal2, aku nak update blog pasal UTP bila aku dah boleh online kat situ.. Harap2nya niat aku ni membantu generasi akan datang yang terlalu-amat curious terhadap UTP. Okay, kita proceed ye;

#LANDSKAP
Firstly, of course la kena tau pasal tempat dulu kan.. alamat takyah betau la, takde masalah kot untuk gi kat web UTP.. Aku citer pasal pemandangan kat sini je la. Tempat ni memang jauh kat ceruk kampung, dan nampak macam mini MSC. Kalo sape2 yang dah pasang niat nak berlagha2 tu, cancel je la. Tempat hang out paling dekat pun stesen minyak Petronas je. Hari first, registration kat Dewan Canselor. Macam STADIUM beb kebesaran bangunan nih.. Canselor Hall nih dok seberang ngan library a.k.a IRC (Information Resourse Centre), under one roof.. Ni ha gambar Chancellor Hall, credits to Jihan ;

Masa hari first nak gi kelas, jenuh aku mencari.. Hari ni hari ketiga, & alhamdulillah aku dah hapal la jugak sikit2 peta kat sini. Untuk budak foundation, kelasnya dekat2 la gak ngan hostel. Bila dah up sikit, kelas makin jauh & memang korang kena beli Kancil ke or mana2 kereta cikai supaya takde orang nak curik~ Bila masuk sini, aku dah start menaikkan speed aku berjalan.. Dengan kelajuan tersebut, maka aku akan sampai ke kelas kira2 7-8 minit. Dan yang agak mencabar, bilik aku dok kat tingkat atas sekali :)
UTP Map. Aku dok kat Village 2.

#HOSTEL
Pasal tempat tidur pun kena la tau.. Satu bilik ada dua orang je, aku dok kat tingkat atas skali, tingkat 4. Memang lepas balik kelas, sume akan lelah. Meja study, loker ngan katil mesti ar dah ada.. standard U la kan. And guess what, roommate aku oghe klate jugok wehh.. Ex-SCIPP (sains pasir putih). Tandas bersih, ada bilik basuh, tempat sidai baju.. Tapi aku tak sure ar ada ke tak mesin basuh.. Stakat ni ada khabar angin bahawasanya ada mesin basuh kat tingkat 1. Nanti2 la aku explore. Utk iron, aku pun tak tau ada ke tak bilik khas.. macam takde je. Ni pun aku bersyukur sgt2 sebab parents aku sangatla sanggup bergadai duit belikan seterika seketul utk aku.. sob2 :( Kat dalam bilik boleh online, pakai LAN.. beli le cable dia kat koop sebelah CIMB Bank, RM 6.50 je. WiFi ada kat IRC & area sekitar dia je.

#MAKAN
Hehe.. yang ni sangat mustahak! Kat bangunan sebelah hostel aku ni ada kafe. Sebelum tu, buat sesape yang mengharap aku smakin gemuk, aku mintak maaf banyak2 ye.. Bagi aku la kan, nasik lemak, nasi lemak ayam ngan nasik tomato kureng skit ke'umphh'an dia. Hari first, aku makan nasik lemak ayam skali ngan mak ayah. Hari second, aku tak makan nasik langsung. Hari third, aku makan nasik ayam [ni le ranking paling tinggi dalam list aku]. Pastu kadang2 kalo aku malas nak sarapan, aku gi koop beli kuih baulu.. SEDAP GILER! dah ar lembut, cute gile.. ni ha baulunye~
Manis tu of course la kan, tapi sihat la gak sebab ada minyak sayuran [ahha]~ Dah le average aku berjalan dlm sehari tu 5 km (mcm over la plak), konfirm2 ah badan aku melayang kena tiup angin dalam beberapa bulan nanti..

#ORIENTASI
Agak common la kalo korang tengok memang ramai bakal2 siswa-siswi yang SANGAT bencikan orientasi. Kalo kat sekolah aku dulu, namanye MSR (Minggu Silatur Rahim).. Kat sini lak Minggu Aluan Siswa (MAS). Untuk orang yang tak suka rushing macam aku, memang tak seronok. Alhamdulillah, aku masuk lambat skit, so sempat join 2 hari je MAS.. keh3. Bila aku tanya budak2 yang dah lama masuk, lebih kurang je prosesnye ngan orientasi SMAP.. Marah2 wajib ada, dancing2, tepuk2, kena hapal lagu Petronas ngan UTP (tak tau nape aku suke ngan lagu ni), kena solat kat masjid (minggu depan konfirm kosong jek masjid), & macam2 agi.. barang amanah je takde.. so korang takyah risau la kena simpan & jaga lead pensil bagai menatang minyak ke benda sume tu lah.. Ayat2 yang wajib ditengking: "Apa ni wehh, semangat ar skit!", "Korang ni tak makan ke?!" & macam2 lagi ar.. cuma bezanya, instructions diorang majoriti fully in English.. situasi yang sama berlaku kat aku, & aku gak penah wat kat junior2 dulu.. hehe. Sekarang baru aku sedar, hanya orang yang tak join orientasi je akan sedar betapa bergunanya benda alah ni. Korang ingat senang ke terkapai-kapai kat sini? Dah la luas giler kat sini! Pastu tetibe lak dapat tau yang korang kena register blablabla kat mana2 bangunan tah... Nak carik tempat register tu plak amik masa lebih kurang 1/2 jam.. tapi pape pun, alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku..

#STUDIES
Haaa.. ni la niat asal kita datang sini, nak belajar :) Terus-terang aku katakan, kehidupan kat U berbeza sangat ngan sekolah menengah.. especially untuk budak2 SBP yang dah biasa dimanjakan. Kat sini, semuanya kita yang atur. Yang paling utama pasal proses blajar kat sini, kena susun jadual leklok. Nanti korang akan dapat satu jadual tetap untuk kelas lecture, and then kena register untuk kelas lab ngan tutorial. Sebelum register ni la korang kena plan leklok, nak pilih kelas lab ngan tutor ni hari apa, waktu bila yang sesuai. Jangan lupa untuk consider waktu solat :) Nampak macam senang, tapi first come first serve. Disebabkan batch kitorang tahun ni paling ramai, so kena berebut ar untuk register. Limit satu kelas 40 orang je. Sape yang kurang bernasib baik tu, selalunya tinggal kelas2 lab/tutor yang akan clash ngan kelas lecture korang.. Penyelesaiannya, Allah yang tolong and you must believe in Him :) Untuk sesape yang terlepas orientasi, baik korang amalkan selalu bertanya kat kawan2 yang dah lama @ senior-seniorita.. tanya pasal apa kena buat, kena beli apa, camne nak hidup kat sini dll. Yang bestnya, NO NEED TO WEAR UNIFORM utk gi kelas.. hehe. (Patin Ainaa Shima, leh kangkang seluas-luasnya?) Buku nota wajib di tangan, sebab banyak giler announcement!

#KOMUNITI
Kat sini bermacam-macam background ade. Oleh sebab UTP ni U swasta yang menerima international students, so yang agak ramainya orang South Afrika le.. ari tu masa aku tengah jalan sorang2 explore UTP, tetiba sorang laki nih tegur. Aku tak sure orang Negro ke orang mana, dia tanya nama aku.. Nama dia Shikhu. [takyah nak gelakkan sangat la kat aku, at least ade gak orang ngorat :P] Orang Arab pun ada gak, matsaleh pun.. (Isha sonok ar nih). Berdasarkan pemerhatian aku, boleh cam ar anak2 orang kaya.. U swasta la katakan. Tengok gaya jalan ngan cakap pun leh tau. Tapi kat sini terjaga la gak, dengan bantuan Rakan Masjid.. Makcik sapu kat sini baik2, pak guard pun baik, tapi STRICT giler! Kalah pak guard SMAP.. kalo pakai selipar ke gi blok akademik, kena denda RM20 kot. huhu~


Pape pun, aku bersyukur sebab di sebalik dugaan yang aku dapat, Allah mesti akan bagi penyelesaiannya.. Thanx to Kak Ili especially, sebab banyak membantu..hehe. Baik betul beliau nak bagi buku free kat aku :) InsyaAllah, hari-hari aku akan jadi smakin baik~

kawan: "Mesti aktif sukan en".
aku: "Sebab?"
kawan: "Tengok cam ganas semacam je jalan"
*dah dua orang cakap kat aku camni.. what daa??

9 KOMENTAR:

huhu . wahh ~ life kat U . kena ready gle2 ni !

ala, kat KMB tade mat saleh !.

kacaknye dok utp.nice :)

smart3..walaupun susah aku nak bayangkan badan kau yang cekeding tu akan bertambah cekeding. huhuhu

nice

saya pun dpt MARA tp utk petroleum engineering :D

nk tanye...watz the dress code klau nk gie klas/???

dresscode?
utk laki baju brkolar, sluar track xdibenarkan.. utk perempuan, baju kurung or t-shirt, sluar track tak dibenarkn jugak.. pakai kasut brtutup

kalau xikut kena saman. tapi tgk nasib jugak ah :P

salam...hai,nak tanya macam mana nak tukar course??

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini