[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Assalamu'alaikum semua kawan2 yang sangat & sentiasa disayangi. Buat batch 0610 SMAPK, takyah bangga sangat la baca tajuk post nih.. keh3. Nak kata cemerlang gila result, aku tak rasa pun camtu.. Hebat kat sini maksudnya hebat dari segi tinggalkan kenangan kat hati aku.. Heh, bunyi cam gila.. Tapi hakikatnya aku rindu gila kat kawan2 sekolah aku. Betul la kata orang, kenangan paling manis dalam hidup ialah masa high school (selain drpd kawin la kan). Kecuali bagi akak aku, syuh2~


Aku tak tau nape, bila datang UTP nih, personaliti yang aku tunjukkan sangat2 lah berbeza. Sama ada aku terpengaruh ngan environment sini, ataupun sendiri yang buang tebiat. Kalau kat SMAP dulu, aku terkenal sangat ngan kemalasan + tidur 24 jam.. Dalam satu hari, aku boleh gelak & enjoy 10 jam (waktu sekolah & waktu aku sedarkan diri), 12 jam utk tidur. Lagi 2 jam, ?.. Abaikan. Tapi kat sini, 6 jam aku tidur, 9 jam study, dan average aku gelak dalam sehari hanyalah 1 jam. Kalau hari tu ada kelas Sir Sam & aku ada online facebook untuk borak2 ngan group batch aku, bertambah la gak masa aku gelak iaitu bersamaan dengan 2 jam setengah. Kalau kebetulan plak hari tu hari yg sangat menyeronokkan bagi Anan, masa gelak aku bertambah 2 jam, & insyaAllah mood aku elok untuk hari tu. Baki masa yang lain, hanyalah terperuk keseorangan, merantau, ataupun berlagha ja kat intenet.

Padahal kalau kat SMAP dulu, kalau boleh setiap masa aku nak gelak @ dengar kengkawan aku gelak. Tapi kat sini, aku lagi selesa dok diam je. Kalau sesape dak UTP ada rasa yang aku ni borak macam happy semacam je ngan diorang, tu maksudnya aku dah agak selesa ngan diorang --bersyukurlah anda. Yang lain, maybe rasa janggal sikit kot. Belum kenal hati budi.

Kalau dibagi masa yang sangat2 free & duit banyak2, aku nak jumpa balik kawan2 sekolah aku. Tempah hotel untuk gathering. Sesungguhnya mulutku ini amat mendambakan senyuman & gelak tawa kerana korang.. Takde sorang pun dak SMAP yang aku rasakan yang aku tak rapat (bukan ar rapat gilerr).. Kalau ada pun, dalam 5-6 orang je kot. Sian kat diorang. keh3. Yang penting, aku rindukan suasana sekolah dulu...

Maybe orang sedih & kesian tengok aku sorang2 je kat sini. Aku gerak gi kelas sorang2, gi lab sorang2, makan pun jarang berteman. Jujur aku cakap, aku suka sebenarnya hidup camni. Takyah bergantung sangat kat orang, gi mana2 sentiasa bersama (kecuali dengan Anan la kan.. keh3). Aku tak suka bergantung ngan orang, aku lagi suka jadi tempat bergantung. Kalau takde teman>> tak nak gi makan, tak nak gi gym, takut nak gi kelas.. Lagi2 kalo berdua je, bila sorang tu takde, lagi sorang terkontang-kanting. Ah, aku tanak camtu.. aku lagi suka jalan sorang2, nak buat apa pun takde orang kesah. Jangan ar ingat aku sombong lak, aku cuma tanak nyusahkan orang lain. Ye la, mana la tau kawan yang teman ko tuh ada nak wat kerja lain ke.. sian kat dia. Hidup jangan nyusahkan orang lain :) Tapi tu la, kadang2 aku rasa sunyi gak.. sampaikan ada satu hari tu aku rasa cam ketagih gila nak gelak, so aku pun bukak la page group batch aku.. alhamdulillah Allah nak bagi aku happy, satu malam tu ramai gila yang online.. maka banyaklah jampi serapah yang merapu yang menjadi perbualan kami semua.. keh3. Tak berenti aku gelak selama 3 jam. Bak kata Jiji, ni la penangan SMAPK. Kucing kat SMAP pun kitorang rindu.

Kesimpulannya, korang bagi la aku masa 3 hari 3 malam untuk ceritakan balik kenangan ngan kawan2 SMAP, aku takkan pernah rasa bosan. Buat pertama kalinya, aku nak ucapkan terima kasih sangat2 kat Naqibah Form 3 tyme kitorang Form 1, yang mana memang amanah diorang la kena jaga kitorang yang bertanduk2 nih.. (kecuali Hasnoor dan sekutunya.. keh3). Sebab korang sentiasa menekankan ukhwah antara kawan setiap kali LIQA'.. dan sebab korang yang selalu marah kat kawan kitorang la, kitorang jadi saling memahami.. Thanx a lot.. Sebab usaha korang (walaupun perkara yang sama je disampaikan masa liqa') yang simple tu, telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam kat kitorang semua, sampai la hari ni..


*Bulan ni memang bulan kerinduan..


Salam sayang buat semua. Semenjak dua menjak ni aku tension sungguh. Especially ngan budak-tersebut-yang-hanya-group-puteri-smap-je-yang-tau-pasal-kebengangan-aku-terhadap-dia. Hehe. Nickname baru yang simple :)


Tapi akuilah hakikat bahawa Allah tu Maha Adil, lepas je bagi dugaan yang bagi kita amat berat susahnya, mesti Dia bagi benda yang happy balik :) Macam tu la gak aku. Hari ni aku seronok sangat sebab for the first time, aku dok kat depan skali time lecture fizik. Bagi kebanyakan dak kelas aku, dok kat barisan VIP time fizik merupakan perbuatan KAMIKAZE sebab lecturer aku ni agak garang & strict. Tapi tak tau nape sebab sifat dia camtu aku jadi tertarik kat fizik. hoho. Alhamdulillah, hari ni mood dia tetiba baik. Ada la gak buat lawak 4-5kali (jumlah paling banyak rasanya setakat ni). Dan yang aku suka gak, hari ni adalah tahap maximum aku pernah fokus dalam kelas, iaitu lebih kurang 95% (untuk fizik la, pre-cal tu lain citer). Seriously, ni first time gak aku rasa puas sangat2 dapat blajar fizik, walaupun tak berapa nak paham sebenarnya time last2 tuh..

Lagi satu, aku rasa bahagia sangat tengok perkembangan study Anan.. Unbelievable sangat2 bila dia call aku tadi, dan dia kata dia malas nak wat Chemistry sebab tetiba rasa seronok buat Maths. Yang aku kagum sebenarnya, dia seronok tu time buat soalan COMPLEX NUMBER, yang mana bagi aku merupakan tajuk yang agak susah untuk catch up (bagi orang yang tak minat AddMath cam dia). Dah la tadi, dia yang bagi idea kat aku untuk jawab satu soalan yang agak mencabar nih. Huhu! Seronok sangat2... Aku tumpang bahagia dengan kemajuan dia.. Satu pencapaian yang sangat mengagumkan bagi aku, dah le tanpa aku di sisi.. :(

Pape pun yang jadi, aku percaya Allah tu Maha Pengasih. Sebab Dia bagi aku sahabat2 setia yang sanggup dengar luahan hati tak kira masa :) THANX GUYS! Love you all! (Best sungguh masa malam touching beramai-ramai kat facebook ari tu..hehe)




Miss you :(







huk2~ tengah syok2 online, tetiba terbaca sumting kat News Feed..

No! What happen to my Mr. Zuzi? Kenapa tiba2 cikgu tak semangat ni? Secara jujurnya, aku sedih sangat2 bila baca ni.. Ye la, cikgu yang selama ni sangat2 jarang marah anak murid, sentiasa happy & selalu buat lawak tak kira kat mana pun dia wujud, tiba2 hari ni dia SEDIH! :(
Dah la cikgu kesayangan @ cikgu subjek kesayangan aku lak tuh. Sian kat cikgu aku sorang ni.. Dalam hati aku nekad, aku takleh biarkan ini berlaku! [tetiba je~]

So dengan penuh sayunya, aku unlock keypad handsetku.. Lalu aku taip;
"assalamu'alaikum. cikgu, saya harap cikgu dapat terus bersemangat dalam mengajar.. saya nak cikgu tahu, cikgulah yang membuatkan saya jatuh cinta sangat2 kat subjek maths.. dan kalau boleh, saya nak lagi ramai pelajar smap dapat alami apa yang saya rasakan ni.. teruskan perjuangan cikgu! :)"

Touching giler aku en? keh3.. seganas2 gaya berjalan aku pun, hati aku masih lembik macam jeli tau~ Lepas je send mesej, hati aku berharap satu je.. Ya Allah, tolong bagi semangat & kekuatan kat cikgu2 aku..

Lepas je solat maghrib tadi, tetiba dapat satu mesej..
[saje je nak tunjuk gambar, sebagai bukti aku bagitau kisah yang benar]
Ni mesej fullnye: "Terima kasih banyak2 atas kata2 motivasi, cikgu rasa bersemangat semula bila anak2 murid cikgu suka cara cikgu mengajar"

Dan resultnya, aku happy balik :)

*Orait, nak study PRE-CALCULUS! hehe~ GurukuL! Doakan kejayaan anak muridmu ini...

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini