[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Salam sayang buat semua. Semenjak dua menjak ni aku tension sungguh. Especially ngan budak-tersebut-yang-hanya-group-puteri-smap-je-yang-tau-pasal-kebengangan-aku-terhadap-dia. Hehe. Nickname baru yang simple :)


Tapi akuilah hakikat bahawa Allah tu Maha Adil, lepas je bagi dugaan yang bagi kita amat berat susahnya, mesti Dia bagi benda yang happy balik :) Macam tu la gak aku. Hari ni aku seronok sangat sebab for the first time, aku dok kat depan skali time lecture fizik. Bagi kebanyakan dak kelas aku, dok kat barisan VIP time fizik merupakan perbuatan KAMIKAZE sebab lecturer aku ni agak garang & strict. Tapi tak tau nape sebab sifat dia camtu aku jadi tertarik kat fizik. hoho. Alhamdulillah, hari ni mood dia tetiba baik. Ada la gak buat lawak 4-5kali (jumlah paling banyak rasanya setakat ni). Dan yang aku suka gak, hari ni adalah tahap maximum aku pernah fokus dalam kelas, iaitu lebih kurang 95% (untuk fizik la, pre-cal tu lain citer). Seriously, ni first time gak aku rasa puas sangat2 dapat blajar fizik, walaupun tak berapa nak paham sebenarnya time last2 tuh..

Lagi satu, aku rasa bahagia sangat tengok perkembangan study Anan.. Unbelievable sangat2 bila dia call aku tadi, dan dia kata dia malas nak wat Chemistry sebab tetiba rasa seronok buat Maths. Yang aku kagum sebenarnya, dia seronok tu time buat soalan COMPLEX NUMBER, yang mana bagi aku merupakan tajuk yang agak susah untuk catch up (bagi orang yang tak minat AddMath cam dia). Dah la tadi, dia yang bagi idea kat aku untuk jawab satu soalan yang agak mencabar nih. Huhu! Seronok sangat2... Aku tumpang bahagia dengan kemajuan dia.. Satu pencapaian yang sangat mengagumkan bagi aku, dah le tanpa aku di sisi.. :(

Pape pun yang jadi, aku percaya Allah tu Maha Pengasih. Sebab Dia bagi aku sahabat2 setia yang sanggup dengar luahan hati tak kira masa :) THANX GUYS! Love you all! (Best sungguh masa malam touching beramai-ramai kat facebook ari tu..hehe)




Miss you :(







0 KOMENTAR:

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini