[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

huk2~ tengah syok2 online, tetiba terbaca sumting kat News Feed..

No! What happen to my Mr. Zuzi? Kenapa tiba2 cikgu tak semangat ni? Secara jujurnya, aku sedih sangat2 bila baca ni.. Ye la, cikgu yang selama ni sangat2 jarang marah anak murid, sentiasa happy & selalu buat lawak tak kira kat mana pun dia wujud, tiba2 hari ni dia SEDIH! :(
Dah la cikgu kesayangan @ cikgu subjek kesayangan aku lak tuh. Sian kat cikgu aku sorang ni.. Dalam hati aku nekad, aku takleh biarkan ini berlaku! [tetiba je~]

So dengan penuh sayunya, aku unlock keypad handsetku.. Lalu aku taip;
"assalamu'alaikum. cikgu, saya harap cikgu dapat terus bersemangat dalam mengajar.. saya nak cikgu tahu, cikgulah yang membuatkan saya jatuh cinta sangat2 kat subjek maths.. dan kalau boleh, saya nak lagi ramai pelajar smap dapat alami apa yang saya rasakan ni.. teruskan perjuangan cikgu! :)"

Touching giler aku en? keh3.. seganas2 gaya berjalan aku pun, hati aku masih lembik macam jeli tau~ Lepas je send mesej, hati aku berharap satu je.. Ya Allah, tolong bagi semangat & kekuatan kat cikgu2 aku..

Lepas je solat maghrib tadi, tetiba dapat satu mesej..
[saje je nak tunjuk gambar, sebagai bukti aku bagitau kisah yang benar]
Ni mesej fullnye: "Terima kasih banyak2 atas kata2 motivasi, cikgu rasa bersemangat semula bila anak2 murid cikgu suka cara cikgu mengajar"

Dan resultnya, aku happy balik :)

*Orait, nak study PRE-CALCULUS! hehe~ GurukuL! Doakan kejayaan anak muridmu ini...

1 KOMENTAR:

eleh,die touching takpe lak..haha~ study well k..=D

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini