[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Apa Kah No. Tel Bimbit anda? Cuba ini

Langkah 1:
Masukkan 3 digit pertama no. tel bimbit anda ( tidak termasuk 01X)

Langkah 2:
Kali dengan 80 ( X 80)

Langkah 3:
Tambah dengan 1 ( + 1)

Langkah 4:
Kali dengan 250 ( X 250)

Langkah 5:
Tambah dengan 4 digit terakhir no. tel bimbit anda

Langkah 6:
Sekali lagi Tambah 4 digit terakhir no. tel bimbit anda

langkah 7:
tolak dengan 250(- 250)

langkah 8:
Bahagi dengan 2 ( /2)

Apakah no Tel Bimbit anda?


*kalau sesape yg rajin, try le cari function untuk solve problem nih (kalau ade la kan.. keh3~)


Semakin hari minat aku terhadap dunia blogging semakin mendalam. The Power of Words >> setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir.. Seronok baca cerita orang especially yg merepek tapi bernas, tengok orang bengang & lepas geram dalam blog, baca tazkirah daripada budak2 baik, kongsi minat yang lain2.. Macam2 ah. Kalau boleh, nak jadi macam B.A.U dalam Criminal Minds. Baca karangan budak2 pun dah boleh predict perangai orang tu. Huh~

So aku dengan penuh syok sendirinya create satu page khas untuk blog aku kat facebook. Sape2 yang rasa dia masih belum muak ngan aku, dipersilakan dengan segala hormatnya untuk jenguk page ni. :) Jangan ade adegan pijak-memijak antara kita sudah~

Buat sape2 yang teringin nak tarik perhatian aku ke blog dia, senang je.. Korang post la pape pasal magic kat dunia nih, terutamanya pasal keajaiban ilmu.. The Power of Maths, Physics, Biology, Chemistry, History, Islamic Studies etc. Tapi lepas post tu jangan la dok senyap2 plak, mai la promote kat aku.. Lagi satu, maaf sangat2 sebab kalau kome dah terbiasa post guna bahasa2 pasar yang ejaannye dalam simplest/shortest form, aku boleh jadi pening sikit nak baca.. tak perlu le tulih macam nak buat essay SPM.. kalau yang medium punya ok lagi, tapi kalau dah melampau sangat, serious aku takleh baca.. lagi2 yang tulihnya macam ni ; "skunk aq ta ske dye kol 6be clcm aq". Serious aku akan scroll sampai bawah, cari kalau ada gambar best dulu & then pangkah kat atas. Ampun ya buk~
Ok la, sat lagi ada kelas Tutorial PreCal.. [seriously aku dah muak gila sebab dah 3 hari terpaksa siapkan 50+ Maths questions/day yang dah tertangguh sekian lamanya.. tapi nasib baik ar best, kugagahkan jua mata lebamku..] Adios~


Dari mula2 aku blaja Fizik, aku rasa aku ada ikatan yang sangat kuat antara kami.. Aku tak nafikan, memang aku suka Fizik (istilah MINAT belum layak digunapakai). Tapi tu le, aku je yang mengada tak nak betul2 usaha untuk buat seperfect yg mungkin untuk kuasai salah satu benda yg aku suka ni. Time Form 4 (kelas ngan Cikgu Atan) : selalu tidur dalam kelas, satu2nya pompuan yg selalu tak siap kerja sekolah, & selalu tak dapat jawab dengan betul kalau cikgu tanya. Of course la, budak2 stok rajin macam Miras & Kuping selalu tolong bagi jawapan kat aku.. keh3. Time Form 5 lak (ngan Cikgu Atan gak), rasa macam nak berubah sikit. Dua bulan pertama masih bertahan, tak tidur dalam kelas.. Lepas ujian Mac, dah terus surrender kot. Sebab rasa cam ganjil lak kalau hidup sebagai seorang yg rajin. Hmm..

Masuk alam U; dah start rasa dalam sikit minat kat subjek nih. Rasa tenang sikit nak blaja sebab takdak BIO kot. keh3~ Lecturer aku sangat la best mengajar, & KONFIRM boleh paham & catch up kalau concentrate 100% masa dia ngajar.. Nama beliau Dr. Hasnah MZ.
Hari ni seriously, aku rasa salah satu tajuk yang best dalam Fizik ; FLUID. Skang baru la aku tau kenapa buih yg kita tiup dalam air, bila makin naik ke permukaan air, dia jadik makin besar (kalau tak masa tadika dulu main tibai jer diameter buih tu beso kecik beso kecik).. Pastu ada blaja pasal Titanic plak hari nih.. Serious seronok, aku rasa macam banyak gila nak kaji. Tapi takde driving force untuk aku mulakan kerajinan aku. Macam biasa bad habit aku, TANGGUH. Next sem la baru rajin skit, hehehe..

Tadi tu semuanya saat2 bahagia aku ngan Fizik. Masuk je part LAB SLOT, dah start rasa macam nak belasah je Lab Demonstrater tuh. Minggu lepas punya lab, aku rasa macam seronok gila sebab masa tu la first time lab demonstrater tu (Mr Majeed) tak seksa kitorang masa lab presentation. Dia suruh semua budak group kitorang tunjuk calculation je, tanpa tanya soalan pape, dia suruh kitorang blah. Sangat simple, dan best. Ghupe2nya, ada pemadam di sebalik printer. Hari ni bila dapat je balik lab report, check2 markah untuk presentation, aku dapat 7/10 je, walhal budak satu group ngan aku dapat 9.5 /10! WAH WAH WAH.. apakah perbezaan kami yang menyebabkan markah kami begitu ketara?! (tulisan aku buruk sangat kot.. dia payah nak paham mungkin? ataupun dia jeles tengok aku ada key-chain Germany Football Team?)

Yang tu aku biarkan la menjadi misteri.. Malas nak gaduh lama2 walaupun markah aku sendiri yang effect sebenarnya. Sampainya hatimu Mr. Majeed.. Mr. Nadim gak yang baik, BAIK GILA!!! Aku sayang dia sangat2.. bertuah betul sape yang dapat demonstrater yg hatinya semulia begitu.. Yang lain semua kerek.

Ok la, jom belajar Fizik ramai2;


Assalamu'alaikum & salam sejahtera. Penah tak korang spend seketika waktu daripada hidup korang even beberapa saat je untuk muhasabah balik apa yang korang dapat selama ni? Sama ada yang baik, maupun yang buruk.

Contoh paling senang, korang nak gila2 masuk UIA, tapi korang dapat UNIC.. Dah target dah dari kecik nak masuk UTP, tapi masuk UiTM.. Memang dah aim dah dari dulu nak dapat straight A+ dalam SPM, tapi lain yang kita dapat.. Sebab paling munasabah >> rezeki kita bukan kat situ.

Sebelum pandang kat orang lain, aku cakap dulu la pasal diri aku. Aku ni bukannya terer sangat pun, rajin apatah lagi. Tapi disebabkan kasih sayang Allah yang bagi rezeki kat sesape je yang Dia nak, aku dapat 10A dalam SPM. Bila kawan aku tau pasal aku dapat UTP tanpa diinterview MARA, diorang tak caye sangat. Especially bila tau aku punya Fizik B. Tyme sekolah dulu pun aku just bernasib baik je sebab mostly yang aku baca tu keluar exam. Seriously, aku sendiri rasa yang memang aku tak layak pun duk sini. Nak lahirkan well-rounded student laa, blablabla. Tinggi betul matlamat sekolah zaman sekarang. Takpelah, better than nothing kan. Dan aku sebenarnya minat kat bidang IT, tapi MARA offer aku course engineering. So last2 sekali akhirnya aku pujuk hati aku dengan mengatakan : "Memang jodoh aku kat engineering.."

Tujuan utama aku nak cakapnya, it doesn't matter la kita ni rajin gila2, pandai tahap Albert Einstein, sentiasa siap homework.. Tak perlu over-confident sangat yang kita akan dapat semua kejayaan yang kita harapkan. Harapan yang terlalu tinggi mampu memusnahkan jiwa. Keyakinan tu kena ada, iaitu yakin dengan kuasa & sifat Allah dan tawakkal kepada Dia. Tak semestinya gak bila kita tengok kawan kita main2 time kat U, terdetik dalam hati kita ; "Ish, malas gile budak nih.. konfirm ar result teruk" ataupun "Dia ni eksiden sampai masuk ICU 3 bulan, konfirm laa takleh catch up nye!". Sentiasalah kita ingat, rezeki setiap orang lain2. Untuk jadi orang yang bersyukur, cuba kita try listkan balik kelebihan daripada apa yang kita dapat dalam hidup ni.. KONFIRMnye la, tersembunyi beribu-ribu hikmah di sebalik semua tu..

Aku nak oversea Medic, tapi aku dapat UiTM Asasi Sains Fizik.

Kelebihan:
*kalau ada pape masalah, family dekat.
*mak aku dah tua, aku boleh jaga dia.
*kalau amik Fizik Kimia ngan Maths kat sini pun aku dah tension, takleh bayangkan camne la kalau aku dapat oversea Medic.. campur ngan Bio nye skali..
*konfirm ke aku bleh jaga diri kat negara orang? iman aku ni bukannya kuat pun, ni Allah nak tolong jaga aku la ni..
*kat UiTM yuran murah, budak asasi dapat elaun plak tu..
*dan lain2 lagi.. (ni contoh je ye)

Ingatlah kawan2, selagi kita hidup, selagi tu la Allah dah prepare awal2 dah rezeki kita kat mana. Kalau kita dah takde rezeki langsung kat dunia ni, maksudnya ajal dah sampai la tu. Yang penting, kita usaha & yakin Allah dah sediakan yang terbaik untuk kita. Dia yang cipta kita, Dia je yang tau kekuatan, kemampuan & kelemahan kita. Jangan pernah putus asa daripada rahmat Allah, Dia Maha Pengasih, Maha Penyayang. Bersyukurlah.... Walaupun kadang2 rasa cam jeles gila tengok kawan kita yang terlalu murah rezekinya, mungkin tu salah satu cara Tuhan menguji hambaNya..


*solat sunat dhuha >>>Allah murahkan rezeki, insyaAllah*

Penat gila minggu ni, full dengan quiz, assignments and test. Salah aku gak sebenonye, assignment bagi awal2 tanak siapkan. Ni le namanya buat keje last minute. Masih takleh tinggalkan habit buruk zaman sekolah.. hehe. Minggu depan balik rumah :)


Kelmarin test PreCalculus. Komen : certain soalan sangat mencabar bagi aku, ataupun sangat senang sebenarnya bagi Sir Sam, tapi aku yang blur. Semestinya begitu. Petang tadi pulak test Physics.. Masuk 6 chapters, dan aku hanya fokus kat 1 chapter je, iaitu chapter 4 >> Dynamics (chapter yang menjadi pemangkin kepada minat aku terhadap Fizik). Betul la kata bapak aku, buat je pape yang kita nak, selagi kita minat benda tu, kita akan try sedaya upaya untuk berjaya.. Tahap keyakinan aku untuk lulus test Fizik ni : 27%. Minggu depan ada kuiz Kimia lak, pas cuti ada test.. Tak tau la nape, masuk je sini, aku tak suka sangat2 kat Chemistry.. Bukan benci, tapi bagi aku subjek tu sungguh MEMBORINGKAN. Kalau kat sekolah dulu rasa seronok gila, especially time blajo tajuk Hydrocarbons. Sangat excited masa lukis2 structure.. Keh3. Ahha, dah le aku spesifik kat course Chemical Engineering. Sungguh tak patut subjek ni dibenci.

Lagi satu, aku rasa tak seronok sebenarnya masa LAB. Sama ada Fizik mahupun Chemistry.. Time Chemistry memang kena serious gila ah buat eksperimen. Setakat ni dah dua kali lab time aku, dan dua2 kali tu la aku tertumpahkan CONCENTRATED Hydrochloric Acid yang dah dicampur ngan amende tah. Satu kat flow chart, satu lagi kat pencil case.. Habih berbau.. Boleh buat aku addicted.

Fizik punya eksperimen lak tak abih2 ngan masalah machinenya. Acceleration Sensor yang takleh pakai, Motion Sensor yang gila.. Nak dapat percentage error yang sikit sangat la susah, & proses trial and error yang ambik masa lebih daripada 2 jam. Satu je yang aku bersyukur, eksperimen Fizik ni takde la penat sangat macam Chemistry, kena ulang-alik nak amik chemical substance. Duduk, dan tengok trolley tu berjalan..... itu saja. Hehe. Tapi eksperimen Fizik ni sungguh menekan jiwa.. Lagi2 bila dapat Lab Demonstrater yang kerek..huh~ Ditambah lagi dengan lab report yang panjang berjela, aku rasa cam nak bako je lab Fizik tuh.

Oh ye, English plak macam biasa. Dari aku kecik sampai skarang tak abih2 ngan discussion & presentation. Aku suka sebenarnya English ni, tapi cakap bodo2 camtu aku ok la. Hehe. Ni pun alhamdulillah dapat tutor yang best & sporting. Aku dah ada blog lagi satu, tapi ni khas untuk group tutor kitorang, termasuk dalam coursework English. Kekok gila nak menaip dalam BI.

Hari ni sebenarnya aku agak tension, tapi bila dapat tau Hanan punya markah test Matematik, hilang terus segala pemikiran negatif :) Sape tak terkejut weh, budak yang slalu putus asa dengan subjek yang sangat bertentangan ngan passion dia dapat 78% dalam first test. Walaupun aku ni sekadar tutor sampingan & takde la banyak sangat tolong ajar, tapi terselit rasa bangga ngan kejayaan dia. Macam ni la kot perasaan cikgu tengok anak murid dia berjaya. Keh3. Pape pun, aku sentiasa berharap Allah murahkan rezeki sahabat2 aku yang tersayang..

*hidup kat UTP makin best + mencabar...*

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini