[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..


Assalamu'alaikum & salam sejahtera. Penah tak korang spend seketika waktu daripada hidup korang even beberapa saat je untuk muhasabah balik apa yang korang dapat selama ni? Sama ada yang baik, maupun yang buruk.

Contoh paling senang, korang nak gila2 masuk UIA, tapi korang dapat UNIC.. Dah target dah dari kecik nak masuk UTP, tapi masuk UiTM.. Memang dah aim dah dari dulu nak dapat straight A+ dalam SPM, tapi lain yang kita dapat.. Sebab paling munasabah >> rezeki kita bukan kat situ.

Sebelum pandang kat orang lain, aku cakap dulu la pasal diri aku. Aku ni bukannya terer sangat pun, rajin apatah lagi. Tapi disebabkan kasih sayang Allah yang bagi rezeki kat sesape je yang Dia nak, aku dapat 10A dalam SPM. Bila kawan aku tau pasal aku dapat UTP tanpa diinterview MARA, diorang tak caye sangat. Especially bila tau aku punya Fizik B. Tyme sekolah dulu pun aku just bernasib baik je sebab mostly yang aku baca tu keluar exam. Seriously, aku sendiri rasa yang memang aku tak layak pun duk sini. Nak lahirkan well-rounded student laa, blablabla. Tinggi betul matlamat sekolah zaman sekarang. Takpelah, better than nothing kan. Dan aku sebenarnya minat kat bidang IT, tapi MARA offer aku course engineering. So last2 sekali akhirnya aku pujuk hati aku dengan mengatakan : "Memang jodoh aku kat engineering.."

Tujuan utama aku nak cakapnya, it doesn't matter la kita ni rajin gila2, pandai tahap Albert Einstein, sentiasa siap homework.. Tak perlu over-confident sangat yang kita akan dapat semua kejayaan yang kita harapkan. Harapan yang terlalu tinggi mampu memusnahkan jiwa. Keyakinan tu kena ada, iaitu yakin dengan kuasa & sifat Allah dan tawakkal kepada Dia. Tak semestinya gak bila kita tengok kawan kita main2 time kat U, terdetik dalam hati kita ; "Ish, malas gile budak nih.. konfirm ar result teruk" ataupun "Dia ni eksiden sampai masuk ICU 3 bulan, konfirm laa takleh catch up nye!". Sentiasalah kita ingat, rezeki setiap orang lain2. Untuk jadi orang yang bersyukur, cuba kita try listkan balik kelebihan daripada apa yang kita dapat dalam hidup ni.. KONFIRMnye la, tersembunyi beribu-ribu hikmah di sebalik semua tu..

Aku nak oversea Medic, tapi aku dapat UiTM Asasi Sains Fizik.

Kelebihan:
*kalau ada pape masalah, family dekat.
*mak aku dah tua, aku boleh jaga dia.
*kalau amik Fizik Kimia ngan Maths kat sini pun aku dah tension, takleh bayangkan camne la kalau aku dapat oversea Medic.. campur ngan Bio nye skali..
*konfirm ke aku bleh jaga diri kat negara orang? iman aku ni bukannya kuat pun, ni Allah nak tolong jaga aku la ni..
*kat UiTM yuran murah, budak asasi dapat elaun plak tu..
*dan lain2 lagi.. (ni contoh je ye)

Ingatlah kawan2, selagi kita hidup, selagi tu la Allah dah prepare awal2 dah rezeki kita kat mana. Kalau kita dah takde rezeki langsung kat dunia ni, maksudnya ajal dah sampai la tu. Yang penting, kita usaha & yakin Allah dah sediakan yang terbaik untuk kita. Dia yang cipta kita, Dia je yang tau kekuatan, kemampuan & kelemahan kita. Jangan pernah putus asa daripada rahmat Allah, Dia Maha Pengasih, Maha Penyayang. Bersyukurlah.... Walaupun kadang2 rasa cam jeles gila tengok kawan kita yang terlalu murah rezekinya, mungkin tu salah satu cara Tuhan menguji hambaNya..


*solat sunat dhuha >>>Allah murahkan rezeki, insyaAllah*

3 KOMENTAR:

ana suka cara pemikiran anti..bpandangan jauh dn matang.:)syukran sgt2..penulisan anti byk mnyedarkan ana..:)sayang anti!!!!:)

wahh naim

like it!

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini