[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..


Dari mula2 aku blaja Fizik, aku rasa aku ada ikatan yang sangat kuat antara kami.. Aku tak nafikan, memang aku suka Fizik (istilah MINAT belum layak digunapakai). Tapi tu le, aku je yang mengada tak nak betul2 usaha untuk buat seperfect yg mungkin untuk kuasai salah satu benda yg aku suka ni. Time Form 4 (kelas ngan Cikgu Atan) : selalu tidur dalam kelas, satu2nya pompuan yg selalu tak siap kerja sekolah, & selalu tak dapat jawab dengan betul kalau cikgu tanya. Of course la, budak2 stok rajin macam Miras & Kuping selalu tolong bagi jawapan kat aku.. keh3. Time Form 5 lak (ngan Cikgu Atan gak), rasa macam nak berubah sikit. Dua bulan pertama masih bertahan, tak tidur dalam kelas.. Lepas ujian Mac, dah terus surrender kot. Sebab rasa cam ganjil lak kalau hidup sebagai seorang yg rajin. Hmm..

Masuk alam U; dah start rasa dalam sikit minat kat subjek nih. Rasa tenang sikit nak blaja sebab takdak BIO kot. keh3~ Lecturer aku sangat la best mengajar, & KONFIRM boleh paham & catch up kalau concentrate 100% masa dia ngajar.. Nama beliau Dr. Hasnah MZ.
Hari ni seriously, aku rasa salah satu tajuk yang best dalam Fizik ; FLUID. Skang baru la aku tau kenapa buih yg kita tiup dalam air, bila makin naik ke permukaan air, dia jadik makin besar (kalau tak masa tadika dulu main tibai jer diameter buih tu beso kecik beso kecik).. Pastu ada blaja pasal Titanic plak hari nih.. Serious seronok, aku rasa macam banyak gila nak kaji. Tapi takde driving force untuk aku mulakan kerajinan aku. Macam biasa bad habit aku, TANGGUH. Next sem la baru rajin skit, hehehe..

Tadi tu semuanya saat2 bahagia aku ngan Fizik. Masuk je part LAB SLOT, dah start rasa macam nak belasah je Lab Demonstrater tuh. Minggu lepas punya lab, aku rasa macam seronok gila sebab masa tu la first time lab demonstrater tu (Mr Majeed) tak seksa kitorang masa lab presentation. Dia suruh semua budak group kitorang tunjuk calculation je, tanpa tanya soalan pape, dia suruh kitorang blah. Sangat simple, dan best. Ghupe2nya, ada pemadam di sebalik printer. Hari ni bila dapat je balik lab report, check2 markah untuk presentation, aku dapat 7/10 je, walhal budak satu group ngan aku dapat 9.5 /10! WAH WAH WAH.. apakah perbezaan kami yang menyebabkan markah kami begitu ketara?! (tulisan aku buruk sangat kot.. dia payah nak paham mungkin? ataupun dia jeles tengok aku ada key-chain Germany Football Team?)

Yang tu aku biarkan la menjadi misteri.. Malas nak gaduh lama2 walaupun markah aku sendiri yang effect sebenarnya. Sampainya hatimu Mr. Majeed.. Mr. Nadim gak yang baik, BAIK GILA!!! Aku sayang dia sangat2.. bertuah betul sape yang dapat demonstrater yg hatinya semulia begitu.. Yang lain semua kerek.

Ok la, jom belajar Fizik ramai2;

0 KOMENTAR:

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini