[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Penat gila minggu ni, full dengan quiz, assignments and test. Salah aku gak sebenonye, assignment bagi awal2 tanak siapkan. Ni le namanya buat keje last minute. Masih takleh tinggalkan habit buruk zaman sekolah.. hehe. Minggu depan balik rumah :)


Kelmarin test PreCalculus. Komen : certain soalan sangat mencabar bagi aku, ataupun sangat senang sebenarnya bagi Sir Sam, tapi aku yang blur. Semestinya begitu. Petang tadi pulak test Physics.. Masuk 6 chapters, dan aku hanya fokus kat 1 chapter je, iaitu chapter 4 >> Dynamics (chapter yang menjadi pemangkin kepada minat aku terhadap Fizik). Betul la kata bapak aku, buat je pape yang kita nak, selagi kita minat benda tu, kita akan try sedaya upaya untuk berjaya.. Tahap keyakinan aku untuk lulus test Fizik ni : 27%. Minggu depan ada kuiz Kimia lak, pas cuti ada test.. Tak tau la nape, masuk je sini, aku tak suka sangat2 kat Chemistry.. Bukan benci, tapi bagi aku subjek tu sungguh MEMBORINGKAN. Kalau kat sekolah dulu rasa seronok gila, especially time blajo tajuk Hydrocarbons. Sangat excited masa lukis2 structure.. Keh3. Ahha, dah le aku spesifik kat course Chemical Engineering. Sungguh tak patut subjek ni dibenci.

Lagi satu, aku rasa tak seronok sebenarnya masa LAB. Sama ada Fizik mahupun Chemistry.. Time Chemistry memang kena serious gila ah buat eksperimen. Setakat ni dah dua kali lab time aku, dan dua2 kali tu la aku tertumpahkan CONCENTRATED Hydrochloric Acid yang dah dicampur ngan amende tah. Satu kat flow chart, satu lagi kat pencil case.. Habih berbau.. Boleh buat aku addicted.

Fizik punya eksperimen lak tak abih2 ngan masalah machinenya. Acceleration Sensor yang takleh pakai, Motion Sensor yang gila.. Nak dapat percentage error yang sikit sangat la susah, & proses trial and error yang ambik masa lebih daripada 2 jam. Satu je yang aku bersyukur, eksperimen Fizik ni takde la penat sangat macam Chemistry, kena ulang-alik nak amik chemical substance. Duduk, dan tengok trolley tu berjalan..... itu saja. Hehe. Tapi eksperimen Fizik ni sungguh menekan jiwa.. Lagi2 bila dapat Lab Demonstrater yang kerek..huh~ Ditambah lagi dengan lab report yang panjang berjela, aku rasa cam nak bako je lab Fizik tuh.

Oh ye, English plak macam biasa. Dari aku kecik sampai skarang tak abih2 ngan discussion & presentation. Aku suka sebenarnya English ni, tapi cakap bodo2 camtu aku ok la. Hehe. Ni pun alhamdulillah dapat tutor yang best & sporting. Aku dah ada blog lagi satu, tapi ni khas untuk group tutor kitorang, termasuk dalam coursework English. Kekok gila nak menaip dalam BI.

Hari ni sebenarnya aku agak tension, tapi bila dapat tau Hanan punya markah test Matematik, hilang terus segala pemikiran negatif :) Sape tak terkejut weh, budak yang slalu putus asa dengan subjek yang sangat bertentangan ngan passion dia dapat 78% dalam first test. Walaupun aku ni sekadar tutor sampingan & takde la banyak sangat tolong ajar, tapi terselit rasa bangga ngan kejayaan dia. Macam ni la kot perasaan cikgu tengok anak murid dia berjaya. Keh3. Pape pun, aku sentiasa berharap Allah murahkan rezeki sahabat2 aku yang tersayang..

*hidup kat UTP makin best + mencabar...*

0 KOMENTAR:

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini