[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Salam semua. Sorry banyak2, tak berkesempatan nak update blog. Minggu lepas adalah minggu paling aku nazak di UTP. Ni la status yg menunjukkan aku bakal menghadapi saat2 getir pada minggu lepas..

Alhamdulillah, aku percaya yang Tuhan Maha Pemurah.. Tuhan tak pernah kejam, Dia takkan biar kita hadapi semua masalah sorang2.. Dia akan tolong gak kita walau apa pun beban yang dia turunkan kat kita..

Physics Lab Test, yang ni memang agak hancur la bagi aku. Allah dah takdirkan yang soalan ni senang, tapi aku je yang menyekat otak aku & malas nak pikir jauh2.. Lagi satu, aku punya mental tak ready 100% sebelum hadapi test ni. So, I deserve like that la..

Drama BI, alhamdulillah sir postpone. So kurang sangat2 beban minggu tu. Tapi of course la ada jugak perkara yg bosan & annoying skit masa drama practice. Malas dah nak layan~

Yang ni klimaks rasanya>> I have to submit PHYSICS Group Assignment, Tutorials & Assignments Questions and CHEMISTRY Assignments. Macam biasa, aku redha & tawakkaltu'alallah kat Chemistry.. CTRL+C and CTRL+V je la drpd kawan.. keh3.
Physics plak, yang ni aku bersyukur sangat2.. Walaupun aku terpaksa tak tidur satu hari dengan mengcopy jawapan dalam laptop (takde le membabi buta salin, try la gak paham sikit2..), alhamdulillah Allah tunjukkan hikmah di sebalik semua yang terjadi. Masa test Fizik, ada la dalam 40% soalan dalam tu yang diambik daripada soalan tutorial. Ada satu soalan tu sejibik sejibun! Walaupun aku tak dapat jawab semua soalan dengan yakin, tapi aku rasa lega sikit daripada sebelum ni punye test.

Chemistry>> aku rasa aku memang sentiasa give up kat subjek ni. Sorry to say, tapi memang tu yang berlaku. Aku pulun habis2an nak siapkn keje Fizik, sampai aku leka & abaikan Kimia. So sad, but what to do. Life must go on. 20% je yang aku boleh jawab. Mana taknye, yang masuk 5 chapter, tapi aku baca satu je! Seharian tu aku tido je tanpa sentuh buku pape.. Memang blur ah masa jawab test. Once more, I deserve this..

Pape pun, aku bersyukur sebab dalam minggu tersebut, prediction aku sebagaimana yg dalam status facebook tak jadi kenyataan. Tak gila, dan tak mati. Masih hidup, dan perlu terus berjuang..

*seriously, everyday is exam in university life. hari2 markah kena amik, and u have no choice other than struggle..

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini