[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..


Ari ni aku ngantuk gila sebab tidur kul 3 semalam, baca buku utk kuiz Thinking Skills. Alhamdulillah Allah bagi ilham, boleh la gak jawab dlm 65%, gara2 'discussion' last minute ngan roomate baru aku si Liyana Hasan nih. Pastu sejak pindah bilik aku ni dia dok penuhkan notifications facebook aku je. Nasib baik aku still ingat kat pesanan orang2 tua, budak kecik yg buat nakal ni takleh dimarah, bagi diorang rasa nikmat gelakkan orang kat dunia ni.. Kalau marah sangat kat dia, korek je idung dia malam2 tyme dia tengah khusyuk tidur tu.. biar esok dia rasa nikmat nangis pulak sebab lubang idung makin besar.


tengok muka pun dah tau prangai macam budak2



.......................................................................................

Ok, tamat pasal kanak2 riang. Kisah sebenar pasal C++ ni, lecturer bagi kuiz.. Tapi dia bagi la bawak balik bilik, & soalan tu susah sebab kitorang still blur ngan bahasa asing nih. Disebabkan aku tidur lewat semalam, so pas maghrib aku rehat la jap, sampai kul 11.. dengan keazaman yg tinggi aku tekad utk siapkan kuiz tu, esok dah kena hantar weh.

Sebenarnya aku nak berterima kasih sangat2 kat cik Intan, one of my best buddies kat UTP ni.. Semangat gila dia tolong kami walaupun dia tak blaja lagi.. Dah la dia ngantuk, nak tido awal. Esoknya dia kena bangun pagi nak gi CALL lab & ade kuiz Thinking Skills lak tu. Serious weh, terima kasih byk2, sebab kau la aku leh siapkan kuiz ni dengan jayanya. Tak lupa jugak kat budak JAN Intake (Ezza ngan Mira) yg tolong bimbing aku buat kuiz ni.. Ya Allah, berkatilah hidup diorang sampai akhirat.
anda seorang heroin malam ini

So sebagai ganjaran, ko mintak je pape sukan ko nak main minggu ni.. Nak joging? Nak main badminton? Nak gi gym? Nak swimming? Nak bunuh biawak tasik? Semua insyaAllah boleh, & nanti aku belanja gi V5 yok.

Kesimpulannya, terima kasih sahabat2 yang telah banyak memudahkan kerja saya. Semoga dapat jawab kuiz dengan lancar ye esok, Intan & the geng..

*walaupun si Liyana ni banyak buat zalim malam ni, aku still nak ucap thanks gak sebab isi perut aku dengan Milo ngan biskut gula malam ni :) Lapar gile dong tak makan petang


Semalam tragedi yg tak diingini berlaku. Aku bangun pukul 1.30 pm, sebab aku tido pas subuh (sah2 takleh wat menantu, teruk!). Abis mamai2 & mandi semua tu dah pukul 2, pas solat zohor terus aku bersiap.. Semangat gila aku nak gi derma darah, memang dah plan dua hari sebelumnya dah. Tetiba Liyana Hasan ketuk pintu bilik aku dengan pakai baju Argentinanya.

"Eh? Ko nak gi mana?"

"Gi mana lagi? Kelas ah."

Ya Allah! Baru aku teringat ada kelas ganti English.. hish! kacau sungguh. Tapi semangat aku utk derma darah terus berkobar2. Kelas abis kol 4, blood donation tutup kul 5. Mr. AMEE ni pulak abis lambat.. banyak betul dia bebel ari ni.. Nasib baik bebelan yang best. Disebabkan beliau comel, terubat la jugak hati ni :P

Dengan langkah selaju 75 km/h, aku rush ke V2 foyer.. Aku ingat nak makan dulu, sebab aku tak makan dari malam semalamnye.. "Kang tak sempat lak. Nanti ah makan, ok je kot".
Aha, ye la tu. Lepas je derma darah, memang aku ok lagi.. Bila aku tengah tunggu nasi lemak ayam kat kafe, tetiba rasa cam pening2. Aku tau ni akibatnya aku tak makan. Pastu sempat la gak aku keluarkan air kotak milo free yg dia bagi tadi. Kononnya nak supply energy cepat2 la kann.. Tyme bukak straw tu, kepala aku berat gila, dah tak tahan nak berdiri.. Tak sempat minum.. Pastu aku tak sedar dah..




.....................................................................................





Bangun2 je, aku dengar suara makcik Kafe Sufiah.. Sakit gile belakang kepala aku.. Bibir aku pun sakit.. Koyak rupanya. Tyme jatuh pengsan tu kepala aku terantuk kat lantai kot.. Aku pun tak tau camne aku jatuh. Aku pengsan tu dalam kul 5 kot, sedar2 aku terus tengok jam.. nak dekat kul 6 dah. Pastu nurse2 yang ade kat situ mula la masukkan air kat badan aku.. ari tu je dah 4 kali badan aku kena cucuk jarum, mengalahkan orang isap dadah.. hehe. Nasib baik la ada sorang budak Jan Intake ni, baik bebeno budaknye.. Dia AJK yg handle blood donation ni, so dia la yang teman aku gi Hospital Batu Gajah, nak x-ray tengkorak aku kot2 ada retak ke pecah ke.. 6.30 pm sampai hospital, aku tak solat agi.. Aku memang separuh sedar je, kepala pening gilakk.. Nasib baik aku kenal lagi kaki kiri mana satu kanan mana satu.. Pastu aku tertidur lagi kat hospital tu. Bangun2 je dah pukul 9 pm. Busy betul doktor, macam2 suara aku dengar. Baby nangis la, ada atuk Chinese kat sebelah aku tu baik je duk diam2.. Pastu ade gak atuk sorang lagi ni eksiden. Tapi dia gi keluar drpd ambulan sebab taknak gi hospital. Abeh luka muka dia.

Asar tinggal, Maghrib pun tinggal.. Ya Allah, ampunkan aku.. Kul 10 lebih tu baru la doktor sahkan yang aku takde pape, cuma akan pening 2-3 hari kot. Tyme tidur aku terpaksa mengereng ke kanan (ikut sunnah), sebab kepala aku bengkak sebelah kiri.. Mau tak telengnya aku pagi esok tu. Si Liyana Hasan pulak nurse aku yg terbaru, baik betul offer nak teman aku tidur.. Dah la tolong aku belikan makanan.. Thanx banyak2 weh!

Amek kau MC terus 4 hari

Bagi ubat banyak2 ni macam aku dah nak mati je

Pape pun, alhamdulillah Allah bagi aku peluang utk bernafas lagi. Memang aku tak nak mati lagi, tak sempat bertaubat lagi weh.. Skang badan aku lemah gila, baring pun pening, berdiri pun pening, duduk pun pening.. Last2 tidur gak ubat paling mujarab. Terlepas main futsal malam tadi :( Petang ni pun plan nak gi convofair, tapi tak larat ah.. Kang sian kat Intan ngan Liyana kena angkut aku kalo pengsan kang.. hehe. Takpe, YANAKUAT kan.. :P
Esok jaga booth :) hehe. Gilo la aku nih. Doktor dah bagi rehat banyak2, ngade lak nak jalan2. Bila kerja banyak, ngade lak nak rehat lebih2 kat kelas. Tak kesah la, yang penting aku still leh dengar suara org2 yang aku sayang.

*ada budak tu nangis teruk gila sampai takleh study.. padahal aku pengsan je. keh3. sori le buat awak camni, dah2.. miss u :)


Assalamu'alaikum & selamat sihat2 belaka. Hari ni seorang pemudi yang berusia 18 tahun nak luahkan isi hati sikit (sekali sekala aku pun nak update gak tahap kematangan kan). So kalau salah jangan dibiarkan.

Tajuk hangat politik sekarang >> pasal HUDUD. Buat masa sekarang, aku masih jalankan research skit pasal politik2 ni. Bukannya apa, aku tak nak le sokong membabi buta kan. Sape kata politik tu tak penting? Kita nak lantik pemimpin yang boleh tolong kita tegakkan agama Allah kat muka bumi ni. So takleh main2.

Aku agak tak gemar dengan sikap menuding jari antara kedua2 pihak. BN kata PR gunakan hukum hudud untuk pancing undi. PR pulak kata BN yg gunakan hukum hudud untuk pancing undi, sebab BN dok takut2kan non-muslim supaya jangan undi PR, kalo tak nanti diorang jalankan hukum hudud. Yang ni aku 'boleh' la gak terima kan. Walaupun hati terseksa.

Tapi yang paling2 aku terkilannya, how come diorang senang2 je nak komen hukum Allah? Macam mana diorang boleh dengan bahagia & senang hatinya teruskan bernafas kat muka bumi ni setelah diorang cakap;
"Hukum hudud tak berpaksi kepada realiti"
"Buat apa nak potong tangan diorang, apa kata bagi peluang kat diorang utk berubah"
"Macam mana diorang nak teruskan hidup kalo kudung?"
"Nanti makin banyak la sup kaki ngan tangan kat Malaysia ni"

Astaghfirullahal'azim, ceteknya pemikiran. Sejahil2 aku pun, at least aku ingat lagi ilmu yg Ustazah Zakiah aku ajar (ustazah PSI).
Antara perkara yang membatalkan aqidah;
  • Menganggap syariat tidak sesuai pada zaman sekarang
  • Menganggap undang-undang Islam sudah lapuk, kejam dan zalim
*Rujukan;

So kepada sesape yang ada terdetik pasal benda2 camni kat hati korang, bawak2 la mengucap balik. Kalau ye pun nak bagi komen, kaji dulu pasal syariat Islam ni. Kalau tak silap aku hukum hudud ni untuk orang Islam je. Tapi org bukan Islam bebas nak pilih sama ada nak ikut undang2 Islam ataupun undang2 agama diorang sendiri. Untuk maklumat lebih, baca sini .

Aku paham, bukannya senang nak jalankan undang2 ni on the spot. Tapi kot ye pun jaga la mulut tu elok2 skit, cakap je la : "Bagi kami masa utk atur elok2 supaya undang ni berjalan lancar. Beri peluang kpd kami utk buat persediaan yg lengkap." Lagi satu, ingat senang2 ke nak jatuhkan hukuman kat seseorang tu. Sebelum disabitkan bersalah, utk org yg tuduh org lain berzina contohnya, kena kemukakan 4 org saksi yang adil. Bukannya sewenang2 kerat itu ini. Dan setahu aku, kalau syariat Islam dilaksanakan, insyaAllah kita terlepas daripada seksaan di akhirat kelak. Tak tau le kalau ada antara kita ni yg rasa lagi selesa ngan azab api neraka nun. Na'uzubillah.

Akhir kata, aku tak nak komen lebih2. S
atu je pesan utama aku: Sedar la diri sikit, kita ni hamba.. Jom sama2 muhasabah diri, ingat balik kat Allah.. Wallahu'alam.

*gambar credits to Amirulhazim

*Yang baik tu datang dari Allah, yang buruk pun datang dari Allah jugak, disandarkan atas kelemahan diri aku sendiri..


Bismillahirrahmanirrahim. Sekarang saya tengah berada dalam fasa muqadimah semester 2, yang mana otak kiri saya perlu diabaikan buat seketika, & otak kanan pulak perlu dipressure semaksima mungkin. Sememangnya fenomena ni membuatkan saya ngantuk yang amat sangat. Namun memandangkan UTP dah sediakan lecture hall yang selesa & empuk kali ni, maka rezeki tak boleh ditolak, doa sebelum tidur tak harus dilupakan di kelas. Dan sem kali ni akhlak aku terjaga sikit, menggambarkan keberkesanan subjek2 sem 2;
*Thinking Skills
*English 2
*Islamic Studies
*Fundamental of Programming

Mana taknya aku jadi budok baik, gi kelas kena pakai kasut. Sem lepas curi2 pakai selipar je. Pastu lecturer ada yang strict, bangun awal gila wooo nak sampai kelas awal. Harapan palsu yg Athirah bagi kat aku sia2 camtu je. Punya la dia buat aku berangan, dok cakap sem 2 ni kelas paling awal pun pukul 10/12. How dare UTP tuka jadual :(

Yg kak Intan ngan kak Athirah tu plak dok tension pasal timetable diorang. Asyik tuka2 je, nasib baik tak buat jadual lawa2 lagi. So 1st week utk 2nd sem ni kitorang pun plan la nak keluarkan peluh2 emas, dgn harapan stress dalam otak pun akan ikut serta.

Intan semangat gile naik basikal walaupun kaki tak sampai. Dalam bakul, sebuku Gardenia dgn expiry date pada esok hari khas utk pirana2 UTP


nasib Pak Guard tak saman sbb parking makan ruang. gemok


Ikan UTP yang ramai & rakus berebut roti mahal


muka2 bahagia buat ibadah kononnya :P


Kucing perempuan ini dicekik gara2 mengemis Gardenia daripada kami


Budak 2 orang ni dah bangga sebab disambut dengan nyalaan lampu2 Kompleks Canselor


Saya plak bangga dengan basikal Ali Baba Sdn Bhd


Last destination, dinner kat Sufiah Bistro. Minum skyjuice

Pagi tadi plak, gi main badminton. Lelah punya pasal, kitorang main tak sampai sejam pun. Dewan tu busuk bau kayu. Sempat snap satu gambar je guna Blueberry kesayangan Intan. Ni ha dia gambonye

Uhui, penat giler 2 hari ni. Dah le sebelum main badminton tu makan nasik lemak, pas main tu plak melantak mi ngan maggi goreng ngan kuih seri ayu. Sia2 je exercise. Esok nak gi joli kat Ipoh lak, hehe. Sori mak ayah, minggu ni saya puasa sebagai ganti rugi duit kalian.

*sayang punya pasal, kukorbankan impianku.. gud luck study kat hutan KMPh tu ye.. sikit je lagi nak keluar, bertahanlah anda wahai insan kesayanganku

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini