[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..


Bismillahirrahmanirrahim. Sekarang saya tengah berada dalam fasa muqadimah semester 2, yang mana otak kiri saya perlu diabaikan buat seketika, & otak kanan pulak perlu dipressure semaksima mungkin. Sememangnya fenomena ni membuatkan saya ngantuk yang amat sangat. Namun memandangkan UTP dah sediakan lecture hall yang selesa & empuk kali ni, maka rezeki tak boleh ditolak, doa sebelum tidur tak harus dilupakan di kelas. Dan sem kali ni akhlak aku terjaga sikit, menggambarkan keberkesanan subjek2 sem 2;
*Thinking Skills
*English 2
*Islamic Studies
*Fundamental of Programming

Mana taknya aku jadi budok baik, gi kelas kena pakai kasut. Sem lepas curi2 pakai selipar je. Pastu lecturer ada yang strict, bangun awal gila wooo nak sampai kelas awal. Harapan palsu yg Athirah bagi kat aku sia2 camtu je. Punya la dia buat aku berangan, dok cakap sem 2 ni kelas paling awal pun pukul 10/12. How dare UTP tuka jadual :(

Yg kak Intan ngan kak Athirah tu plak dok tension pasal timetable diorang. Asyik tuka2 je, nasib baik tak buat jadual lawa2 lagi. So 1st week utk 2nd sem ni kitorang pun plan la nak keluarkan peluh2 emas, dgn harapan stress dalam otak pun akan ikut serta.

Intan semangat gile naik basikal walaupun kaki tak sampai. Dalam bakul, sebuku Gardenia dgn expiry date pada esok hari khas utk pirana2 UTP


nasib Pak Guard tak saman sbb parking makan ruang. gemok


Ikan UTP yang ramai & rakus berebut roti mahal


muka2 bahagia buat ibadah kononnya :P


Kucing perempuan ini dicekik gara2 mengemis Gardenia daripada kami


Budak 2 orang ni dah bangga sebab disambut dengan nyalaan lampu2 Kompleks Canselor


Saya plak bangga dengan basikal Ali Baba Sdn Bhd


Last destination, dinner kat Sufiah Bistro. Minum skyjuice

Pagi tadi plak, gi main badminton. Lelah punya pasal, kitorang main tak sampai sejam pun. Dewan tu busuk bau kayu. Sempat snap satu gambar je guna Blueberry kesayangan Intan. Ni ha dia gambonye

Uhui, penat giler 2 hari ni. Dah le sebelum main badminton tu makan nasik lemak, pas main tu plak melantak mi ngan maggi goreng ngan kuih seri ayu. Sia2 je exercise. Esok nak gi joli kat Ipoh lak, hehe. Sori mak ayah, minggu ni saya puasa sebagai ganti rugi duit kalian.

*sayang punya pasal, kukorbankan impianku.. gud luck study kat hutan KMPh tu ye.. sikit je lagi nak keluar, bertahanlah anda wahai insan kesayanganku

0 KOMENTAR:

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini