[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..


Assalamu'alaikum & selamat sihat2 belaka. Hari ni seorang pemudi yang berusia 18 tahun nak luahkan isi hati sikit (sekali sekala aku pun nak update gak tahap kematangan kan). So kalau salah jangan dibiarkan.

Tajuk hangat politik sekarang >> pasal HUDUD. Buat masa sekarang, aku masih jalankan research skit pasal politik2 ni. Bukannya apa, aku tak nak le sokong membabi buta kan. Sape kata politik tu tak penting? Kita nak lantik pemimpin yang boleh tolong kita tegakkan agama Allah kat muka bumi ni. So takleh main2.

Aku agak tak gemar dengan sikap menuding jari antara kedua2 pihak. BN kata PR gunakan hukum hudud untuk pancing undi. PR pulak kata BN yg gunakan hukum hudud untuk pancing undi, sebab BN dok takut2kan non-muslim supaya jangan undi PR, kalo tak nanti diorang jalankan hukum hudud. Yang ni aku 'boleh' la gak terima kan. Walaupun hati terseksa.

Tapi yang paling2 aku terkilannya, how come diorang senang2 je nak komen hukum Allah? Macam mana diorang boleh dengan bahagia & senang hatinya teruskan bernafas kat muka bumi ni setelah diorang cakap;
"Hukum hudud tak berpaksi kepada realiti"
"Buat apa nak potong tangan diorang, apa kata bagi peluang kat diorang utk berubah"
"Macam mana diorang nak teruskan hidup kalo kudung?"
"Nanti makin banyak la sup kaki ngan tangan kat Malaysia ni"

Astaghfirullahal'azim, ceteknya pemikiran. Sejahil2 aku pun, at least aku ingat lagi ilmu yg Ustazah Zakiah aku ajar (ustazah PSI).
Antara perkara yang membatalkan aqidah;
  • Menganggap syariat tidak sesuai pada zaman sekarang
  • Menganggap undang-undang Islam sudah lapuk, kejam dan zalim
*Rujukan;

So kepada sesape yang ada terdetik pasal benda2 camni kat hati korang, bawak2 la mengucap balik. Kalau ye pun nak bagi komen, kaji dulu pasal syariat Islam ni. Kalau tak silap aku hukum hudud ni untuk orang Islam je. Tapi org bukan Islam bebas nak pilih sama ada nak ikut undang2 Islam ataupun undang2 agama diorang sendiri. Untuk maklumat lebih, baca sini .

Aku paham, bukannya senang nak jalankan undang2 ni on the spot. Tapi kot ye pun jaga la mulut tu elok2 skit, cakap je la : "Bagi kami masa utk atur elok2 supaya undang ni berjalan lancar. Beri peluang kpd kami utk buat persediaan yg lengkap." Lagi satu, ingat senang2 ke nak jatuhkan hukuman kat seseorang tu. Sebelum disabitkan bersalah, utk org yg tuduh org lain berzina contohnya, kena kemukakan 4 org saksi yang adil. Bukannya sewenang2 kerat itu ini. Dan setahu aku, kalau syariat Islam dilaksanakan, insyaAllah kita terlepas daripada seksaan di akhirat kelak. Tak tau le kalau ada antara kita ni yg rasa lagi selesa ngan azab api neraka nun. Na'uzubillah.

Akhir kata, aku tak nak komen lebih2. S
atu je pesan utama aku: Sedar la diri sikit, kita ni hamba.. Jom sama2 muhasabah diri, ingat balik kat Allah.. Wallahu'alam.

*gambar credits to Amirulhazim

*Yang baik tu datang dari Allah, yang buruk pun datang dari Allah jugak, disandarkan atas kelemahan diri aku sendiri..

0 KOMENTAR:

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini