[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..


Semalam tragedi yg tak diingini berlaku. Aku bangun pukul 1.30 pm, sebab aku tido pas subuh (sah2 takleh wat menantu, teruk!). Abis mamai2 & mandi semua tu dah pukul 2, pas solat zohor terus aku bersiap.. Semangat gila aku nak gi derma darah, memang dah plan dua hari sebelumnya dah. Tetiba Liyana Hasan ketuk pintu bilik aku dengan pakai baju Argentinanya.

"Eh? Ko nak gi mana?"

"Gi mana lagi? Kelas ah."

Ya Allah! Baru aku teringat ada kelas ganti English.. hish! kacau sungguh. Tapi semangat aku utk derma darah terus berkobar2. Kelas abis kol 4, blood donation tutup kul 5. Mr. AMEE ni pulak abis lambat.. banyak betul dia bebel ari ni.. Nasib baik bebelan yang best. Disebabkan beliau comel, terubat la jugak hati ni :P

Dengan langkah selaju 75 km/h, aku rush ke V2 foyer.. Aku ingat nak makan dulu, sebab aku tak makan dari malam semalamnye.. "Kang tak sempat lak. Nanti ah makan, ok je kot".
Aha, ye la tu. Lepas je derma darah, memang aku ok lagi.. Bila aku tengah tunggu nasi lemak ayam kat kafe, tetiba rasa cam pening2. Aku tau ni akibatnya aku tak makan. Pastu sempat la gak aku keluarkan air kotak milo free yg dia bagi tadi. Kononnya nak supply energy cepat2 la kann.. Tyme bukak straw tu, kepala aku berat gila, dah tak tahan nak berdiri.. Tak sempat minum.. Pastu aku tak sedar dah..




.....................................................................................





Bangun2 je, aku dengar suara makcik Kafe Sufiah.. Sakit gile belakang kepala aku.. Bibir aku pun sakit.. Koyak rupanya. Tyme jatuh pengsan tu kepala aku terantuk kat lantai kot.. Aku pun tak tau camne aku jatuh. Aku pengsan tu dalam kul 5 kot, sedar2 aku terus tengok jam.. nak dekat kul 6 dah. Pastu nurse2 yang ade kat situ mula la masukkan air kat badan aku.. ari tu je dah 4 kali badan aku kena cucuk jarum, mengalahkan orang isap dadah.. hehe. Nasib baik la ada sorang budak Jan Intake ni, baik bebeno budaknye.. Dia AJK yg handle blood donation ni, so dia la yang teman aku gi Hospital Batu Gajah, nak x-ray tengkorak aku kot2 ada retak ke pecah ke.. 6.30 pm sampai hospital, aku tak solat agi.. Aku memang separuh sedar je, kepala pening gilakk.. Nasib baik aku kenal lagi kaki kiri mana satu kanan mana satu.. Pastu aku tertidur lagi kat hospital tu. Bangun2 je dah pukul 9 pm. Busy betul doktor, macam2 suara aku dengar. Baby nangis la, ada atuk Chinese kat sebelah aku tu baik je duk diam2.. Pastu ade gak atuk sorang lagi ni eksiden. Tapi dia gi keluar drpd ambulan sebab taknak gi hospital. Abeh luka muka dia.

Asar tinggal, Maghrib pun tinggal.. Ya Allah, ampunkan aku.. Kul 10 lebih tu baru la doktor sahkan yang aku takde pape, cuma akan pening 2-3 hari kot. Tyme tidur aku terpaksa mengereng ke kanan (ikut sunnah), sebab kepala aku bengkak sebelah kiri.. Mau tak telengnya aku pagi esok tu. Si Liyana Hasan pulak nurse aku yg terbaru, baik betul offer nak teman aku tidur.. Dah la tolong aku belikan makanan.. Thanx banyak2 weh!

Amek kau MC terus 4 hari

Bagi ubat banyak2 ni macam aku dah nak mati je

Pape pun, alhamdulillah Allah bagi aku peluang utk bernafas lagi. Memang aku tak nak mati lagi, tak sempat bertaubat lagi weh.. Skang badan aku lemah gila, baring pun pening, berdiri pun pening, duduk pun pening.. Last2 tidur gak ubat paling mujarab. Terlepas main futsal malam tadi :( Petang ni pun plan nak gi convofair, tapi tak larat ah.. Kang sian kat Intan ngan Liyana kena angkut aku kalo pengsan kang.. hehe. Takpe, YANAKUAT kan.. :P
Esok jaga booth :) hehe. Gilo la aku nih. Doktor dah bagi rehat banyak2, ngade lak nak jalan2. Bila kerja banyak, ngade lak nak rehat lebih2 kat kelas. Tak kesah la, yang penting aku still leh dengar suara org2 yang aku sayang.

*ada budak tu nangis teruk gila sampai takleh study.. padahal aku pengsan je. keh3. sori le buat awak camni, dah2.. miss u :)

4 KOMENTAR:

salam.. kesiannya.. alhamdulillah semuanya slamat.. all da best k..

Apa ni aslah sakit sakit . Sampai oengsan pulak tu . Haishh jga diri elok elok .

keh3.. concern sungguh sahabat2ku ini

salam,aslaaaaaaaaaaaaaaahhhhh!!!!dasyat bebenor hang nii...haih..dah la kuruih,tak makan smpai 24 jam..aslah aslah..dah la x de nurse peribadi kat sana..kot la duk kat smap,ada jugak hanan..hihi..hey,take care tau!jangan x makan ubat pulak.. :D

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini