[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..


1st skali, demi menjaga hati manusia yg kian sensitip skarang ni, aku manipulate skit la ayat title utk post kali ni.
>>>> "Makin Berumur Makin Jiwang" (semua orang ada umur en)

Ce kome usha balik tajuk2 blog zaman sekarang;
*sape2 punye tajuk blog yg ade kat sini jgn marah ye :)

Aku ngaku, termasuklah post aku yg latest ni, bunyi title tu mcm TERsentimental skit. Bila aku kata 'ter', involuntary action la namanya eh. Ehem. Pape pun bagi aku, aku rasa puas bila mengalunkan ayat2 cinta, rasa cam leh dapat A++ BM. Tak semua orang pandai menjiwangkan ayat, ada yang jiwangnya terletak pada action (kinesthetic punye orang), senang citer masing2 ada cara tersendiri nak mengekspresikan kejiwangan diorang.
Jangan fobia sekiranya anda jiwang, bahkan bersyukurlah. Kerana itu tandanya anda ada perasaan cinta, a universal feeling, can change a nobody into somebody, and somebody into nobody. Setiap orang ada perasaan ni, cuma ramai yang gagal kawal sampai jadi buta terhadap cinta. Sanggup buat benda2 bodoh utk orang yg disayangi, padahal orang tu belum tentu jadi hak milik kita. Sayang sekadar yg mampu je, jangan terlalu risau dia tak rasa cinta kita. Kalau kita ikhlas, insyaAllah Dia akan tolong sampaikan perasaan tu menusuk ke dalam kalbu diorang. Every things have their own limitations.

Pantun tentang CINTA;
Kalau terlalu over, leh jadi giler.
Kalau terlalu biasa, tak berapa nak rasa.
Kalau sikit sangat, tu kedekut namanya, memang apa pun tak dapat.
Kalau takde langsung, tunggu je laa mayat kena usung.
Apa kata semuanya disandarkan kepada Dia, insyaAllah berkat tu sentiasa ada :)

Kesimpulannya, aku memang leh jadi penulis novel yg hebat. Kalian bila lagi?


*makin tua >> makin banyak belajar >>makin banyak ilmu >> makin banyak vocab2 cinta >> maka makin banyaklah ayat2 jiwang yg tercipta


"When I am down, and oh my soul so weary,
When troubles come and my heart burden me,
And I am still and wait here in the silence,
Until you come, and sit a while with me."

Bila baca lirik lagu ni, muka siapa yang terlintas kat fikiran korang? Sape2 pun yang muncul, aku percaya orang2 tu adalah antara orang yang korang sayang tahap maxima punya.

Masa mula2 masuk, aku tak sedar pun ngan ke'special'an dia. Time Form 1 zaman jahiliah aku, hari 1st sekolah dah tidur dalam kelas. Time tu tak rapat lagi ngan dia, padahal kitorang duduk selang semeja je. Time Form 2 aku selalu datang kelas dia, tapi bukan untuk jumpa dia. Form 3 pun camtu gak. Walaupun kita duduk satu dorm 3 tahun, average masa kita bercakap dalam 3 jam je setahun.

Akhirnya time Form 4 aku nekad nak duduk kat dorm je, tak mau dah gi merempat dorm lain.. Sian kat budak dorm aku. Ilham yang Allah bagi untuk decide benda ni telah bagi satu perubahan besar dalam hidup aku. Semuanya Dia dah atur.

Ya, dia dah masuk dalam hidup aku sebagai orang lain, bukan orang biasa. Mula2 tegur biasa2 je, kacau2 skit.. Makin hari makin banyak tengok dia senyum. Bila dia takde, rasa sunyi lak kat dorm. Time tu gelak sama2. Makin lama nangis sama2 lak, sama2 tolong selesaikan masalah. Rasa lega bila dapat tau ada orang yang sudi teman kita waktu kita takut, pujuk kita time kita sedih. Rasa ada harga diri & dihargai. Rasa seronok bila orang tu mengaku dia sayang kat kita. Rasa terharu bila dia terima keburukan kita seadanya, jaga aib kita sebaik-baiknya. Akhirnya aku abiskan Form 4 ngan Form 5 aku sebagai sahabat rapat dia.

Aku sangkakan hubungan ni bakal berakhir lepas abis sekolah. Tapi ternyata aku amat sayangkan dia. Rindu nak jumpa face-to-face, rindu nak rasa soundwave dari peti suara dia masuk ke telinga. Rindu dia ada di sisi. Kalau boleh nak gam dia kat bahu ni, tapi semua tu mustahil. Aku kejar dia sampai Perak, dia lari gi Pahang lak. Hmm..

Yang penting, aku betul2 sayang kat budak ni, dia la kawan aku, dia la teman aku, dia la kakak aku, dia adik aku, cikgu aku, mak kedua aku, bibik aku, doktor aku, nurse aku, semuanya dia boleh jadi.. Aku lak, bodyguard dia :)

Semoga hubungan kita diredhai sampai bila2, :)

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini